Thursday, March 31, 2011

Hotel untuk ayammm!!

salam


hyeeee!


haha. amaran awal : sape yg alergik dgn ayam, atau bermusuh ketat dengan ayam,
SILA JANGAN BACA ENTRY INI


sebab dah dua hari berturut turut saya bercakap mngenai ayam..


hari ni, sewaktu menyelak nyelak harian akhbar, membaca perkembangan terkini di dalam negara, isu politik yg x abis2, banjir di utara Malaysia,gosip artis yg penuh kontroversi,,,tak dilupakan, berita dunia...yg mana yg paling menarik perhatian tentunya perkembangan di bumi matahari terbit sana..haihhh~ pedih rasanya hati saya melihat keadaan radiasi yg semakin merebak. apalah nasib mereka di sana ya... apalah nasib saya juga yg masih di sini...hurm.


okay stop. lupakan semua itu.


terselak pula pada satu muka surat Berita Harian bertarikh hari ini iaitu 1 april....di sudut kanan paling bawah, terdapat suatu berita comel, yg cukup menarik perhatian saya...


eh, eh. HOTEL UNTUK AYAM


klik untuk melihat tumbesaran padu keratan akhbar. sapa malas, boleh scroll ke bawah lagi n baca kat bawah paper ni, nur fatihin yg baik hati ini dah tolong tulis semula. ^_^ ouhh, x perlu berterima kasih, saya mmg baik hatii...lalalala~




HOTEL UNTUK AYAM

LONDON : Seorang lelaki Britain memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada idea 'gilanya' membina sebuah hotel khusus untuk ayam. David Roberts,31, membuka hotel Avian Inn yang 'kalis musang' dan lengkap dengan kemudahan bagi mereka yang mahu menempatkan ayam peliharaan ketika meninggalkan rumah. "Ramai penduduk Britain menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan" katanya yang mengenakan bayaran (RM 9.70) bagi seekor ayam untuk satu malam.



sekian, sahaja berita ini,



haaaa~ nampak tak nampak tak? dah ramai org yg bela ayam n sayang sayang dekat ayam!!! woowwwww! kalau ada hotel ayam ceni kat mesia, time nak kuar g jalan2, nak antar lah kat 'hotel ayam' nii...HIHIIHI~ i like!!!


sekali sekala kena manjakan jugak ayam nii...suap ayam makan....ahahahaha :D


that's all~ bye!

ayam ada telinga tak??

salam.


hye!


okay, terus kepada persoalan. hey kawan kawan(mcm nk cri gadohh je -.-'), korang tawu tak ayam ada telinga ke tak ehh??


seperti ramai yg tidak ketahui, rumah saya membela ayam, ehh, saya membela ayam di rumah saya.. 2 EKOR TAW! 2 EKOR!SEPASANG YE SEPASANG!


bernama CICI n KOKO!!


selama ini, saya tidak pernah terfikir bahawa ayam saya mempunyai telinga atau tidak..korang penah terfikir takkk?? ayam ada telinga ke takk?? eleh~ mesti korang pon ta penah terfikir kann...ngaku jelaahhhhh~ -_-"


sehinggalah semalam, sewaktu sedang berbalas 'comment2' di facebook..


klik untuk tumbesaran


tetiba, persoalan mengenai ayam ada telinga ke tak, wujud...adoyy~


klik ye kalau nak die membesar



merasakan seperti pelik kalau ayam x ada telinga, dan sedey pulak membayangkan kalau ayam x boleh mendengar...maka,


saya dengan RAJINNYA meng 'google' lalu terjawablah persoalannn..





ni haa...saya snip sikit je, sape nak bace lebih detail, boleh klik SINI.

saya tawu saya tawu...

susah nak percaya kan??

saya pon ta boleh terima...ish2~


sbb kebanyakan gmbr ayam, mmg dorang tak lukis telinga!! haihh~






tapi, terimalah hakikat bahawa, AYAM MEMPUNYAI TELINGA!! cuma ia terlalu kecik, n mne ade cuping2 cam manusia ni...ada lubang telinga ja...haha~


s0,

its a YAY! YAY! n YAY for me!!!


ayam saya ada telingaa!!! ada telingaa!!! hahahahaha~ ada telingaa!!! YAY!


maksudnya,selama ni segala percakapan org semuanya ayam2 dengar...sigh~ s0, dia dengar la pasal buat kari ayam, rendang ayam semua tu...-.-' kesiannya idup dorang.. T.T


okaylah, nak g jenguk cici n koko jap. bye!


p/s: menci kat alip iskandar sbb dia nak buat 'sup telinga ayam' guna ayam saya!! uhhh!!terasa ayam kalau dia dengar ni!! ]:

Sunday, February 13, 2011

卒業おめでとう!! -graduation day

10 FEBRUARY 2011.

one perfect day where the student of AAJs graduated from the 'special preparatory program to Japan(RPKJ)'.




CONGRATULATIONS TO ALL 120 students!!!



eheh. sorrylah...xleh nak bubuh gambar suma....ramai sgt...!! hihii. letak gambar kelas tercinta jelah ey...




kita org pakai sut!!!!! hahahahahaha(gelak besar)




terasa diri sgt comel, ala2 'wanita berkerjaya' yg ada title datin bawak kereta Mers n gaji 15ribu sebulan... =_="
haha. abaikan angan2 over x hingat dunia~




tgok tu! muka nak maintain comel je...haih~
naik pentas dgn keadaan nervous gila. ntah kenapa...padahal dah practice okayyy~




bersama sensei2 yg telah banyak berjasa, membantu budak fin yg super pemalasss.okayyy, sgt terharu





bersama mama n abah yg juga banyak berjasa, terutama dalam menaburkan kata semangat n wang ringgit ehehehe~*malu*malu...( x padan dgn budak scholar, duit poket mintak lagi )



okaylah...Alhamdulillah kerana semua berjaya menamatkan pengajian program persediaan selama 2 tahun. semoga kejayaan yg sama akan berulang dengan pulangnya kita semua dari Jepun dgn segulung ijazah...insyaAllah... (:


sekian..


p/s : x sempat nak tgkap gambr pakai sut dgn semua )': xpe2....before fly, kita tgkap eyh..eyh....jgn sedih2 taw untuk mereka yg x dapat tgkap gmbr dgn budak fin....
jgn sedey k....tenang2 :D

Monday, February 7, 2011

thank you fazian sensei n idrus sensei!!!


salam. hihi. (mcm budak x betul,gelak dulu napa la budak ni =_=")


bermulanya dgn perjalanan menaiki train dari lrt universiti ke sri rampai...


menanti ketibaan adalah...





cik fadhilah....






n kereta yg dipandunya!!!!







waaa~ kakkoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~(super COOL!!!!)




can't imagine such a small girl driving those kinda big 'redah hutan punya' car(sorry, saya tak tawu tu kereta apa, tapi besar la besar, mcm utk gi jungle trackking punya)..naik tu mmg rasa selamat la, sbb rasa diri paling besar kat jalan raya tu...langgar sape pon, comfirm kita menang! .



hihihi okay, here's the proof!




a long journey to rumah fazian sensei. disebabkan tak taw jalan, sesat sana sini, salah faham info, salah memanfaatkan signboard...regardless our way back home...dgn dua kali toll..n blocking road yg ditempuh juga dgn gagahnya...... but, worth it!!!



sensei masak sedaappp!!!!



ada roti jala, spagetti, something like sushi...n this pudding...i like!



ini pose ' saya punya pudding!! '





this is the time when incik ri n cik pika berebut nk bawak balik bungkus makanan.hahaha(big laugh for them) soooo cute!!! n incik safoo on the left side justtt loooookinng, praying hard for incik ri to win.hahaha. okay, joking! d:




n this is the 'guys only' pictures time!!!



n this is the 'girls only' + idrus sensei pictures time!!!! *alamak...fazian sensei tutp mata la...)':



me with lovely fazian sensei. big hug for you. muah2!! *peluk sensei ketat2


okayy, that's all. thanx sensei for having us there!!


p/s : i ate a LOT! haha. 8 pieces of 'roti jala' plus the spagetti n the pudding. i'm so upset with my own self. sigh

Wednesday, February 2, 2011

bila nur fatihin masuk ke dapur...

hahahaha (gelak besar 40X dulu)

sape kata nur fatihin x pandai masak?? sila tepuk tangan sebelah....
haaa~xde bunyi kannn.okay diam.

saya mmg 'x pandai' masak...tapi, saya 'boleh' memasak...sekian, terima kasih.


okay, sambung balik.



menu yg paling amat PENTING sgt n saya patut 'master' kan adalah > ayam masak merah!!!!


hahaha. bunyinya agak pelik di situ, kenapa la ayam masak merah ni penting sgt utk budak fin agak agaknya ye?...*fikir...fikir


sebabnya....
negeri lain punya ayam masak merah kebanyakannya x guna santan...n mcm lain banyak lah dgn kedah punya....jadi, untuk mengelakkan simptom gedik x lalu nak mkn, langkah pencegahan harus diambil...



oleh itu, sesi belajar masak pun bermula...

dan tamat buat masa ini.



umpama magik, lalu terhasillah...


AYAM MASAK MERAH BUDAK FIN!!!





n lagi satu,

DAGING BLACK PEPPER...



hihi~ okay tak? okay tak? nmpak sedap x?...hihi. *angguk angguk..


sebenarnya, bukan saya masak sgt pun, mama ada sebelah, tunjuk ni tunjuk tu...kalau x xde nya jadi gini...hihi~tapi, still saya yg masak...xkira.xkira d:



siap dgn nasi minyak lagi...(muka bangga)...tapi, nasi ni mmg mama yg buat...
saya betul2 x reti =_="




yeah! jomm makan!!!

sorry ya...sajian sayur mmg tak termasuk dalam list makanan tengahari saya...
BELIA BENCI SAYUR!! haha d:

maafkan perasaan teruja saya kerana dapat masak makanan tengahari dgn sempurna. almaklumlah, budak baru gedik nak belajar...maafkan keter'over'an saya n_n"




p/s : ubat makin bertambah...apsal tonsil ni xnk lega2?? pelik..pelik...stress saya dgn ubat bnyk2 nii....haih =_="




Sunday, January 30, 2011

saya di rumah!!!

salam. saya sepatutnya berada di rumah, dalam keadaan melompat sambil menari nari riang ria. lompat dan lompat lagi.yeahh!!!






tapi, saya jatuh sakit.




uwaaa~


musnahlah angan2 menggunung tinggi balik ni nk trus ber 'hye2!' dgn dapur n blaja masak..tapi, ni baru berdiri sikit dah headache, mcm mna nak masak..=_="


saya telah disahkan tidak sihat oleh incik doktor n mendapat 5 prescription ubat yg dikira mampu menyembuhkan saya dlm masa yg cepat. saya sudah tidak sabar utk berlari lari n bercakap. (mulut saya pecah, jadi untuk banyak bercakap adalah sgt malas sekali)..jadi, saya menaip! wow! idea yg bijak lagi bernas :D


owh ya, disebabkan saya seorg pencinta aiskrim yg tegar, saya telah tekad nk mkn mc flurry banyak2 jugak. ah ah, saya tidak peduli /:





p/s : saya suka berada di rumah...suka! suka! suka!

Saturday, January 15, 2011

saya terer!!! d:

terasa diri sgt terer bila dpat derma darah harituu!!!

pastu saya juga rasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat, ibu pertiwi, bangsa dan agama... (saya tahu ini bajet. okay, sila muntah sekarang! d: )




waaaahhhh! hebat tak? hebat tak? hebat tak??...(:




okay. budak fin kecoh lebih.


org lain ade yg da derma puloh2 kali x kecoh pon. =_="


hihihi.



nampak tak saya duduk kat katil tu.sebelah sana tu cik ruby.



nak derma darah ni, kena berat lebih dari 45 kg taw... saya punya berat mmg selalunya cukup2 45 kg, tapi sebab few days ni, saya mcm risau, hati x tenang, x lalu makan sgt(yeke??) sbb result nak kuar ni, jadi saya tahu berat saya mesti turun sikit...tapi, saya still berkobar kobar dan telah nekad gak nak derma darah!! yoshh!!! jadi, saya pergi depan doktor tu, n naik alat penimbang dgn kasut. ahhahahaha. dan, jarum penimbang pun menunjukkan tepat pada angka 45 kg. yoshh!! berjaya!!! dan, incik doktor hanya mampu gelak, sbb saya buat muka desperate nak derma jugak. xkira! x kira!




muka time derma darah mmg x boleh blah. excited gila! n_n"



lpas derma darah, malam tu letih gila. esok tu, terus batuk n selsema. padan muke kau fin,sapa soh gedik2 nak derma sgt :D sampai sekarang x hilang lagi. ...hihhihi. gila x rock budak fin ni!!! baru derma darah sikit dah nak sakit =_=



tapi, saya tetap rasa
TERER!!! yeahh!!!



p/s : sorry kpd bebudak ichi nensei sbb rasanya suara mcm sengau la time bagi speech friday ritu. hihihi. gomen ne, sesema teruk lagi time tu~ :D

Muqaddimah Zilal- 1

salam

awak...boleh tak saya nak amik masa awak sekejap...kejap je. terima kasih (:

as promise. hari ni ada masa sikit, jadi kita akan cerita pasal Sayyid Qutb. rugi rasanya kalau ilmu yg saya dapat x bagi kat org lain sama.emm. korang tahu, kenapa Rasulullah disanjung tinggi dan terpilihnya diri baginda menjadi kekasih Allah.menurut kata akak naqibah, kerana baginda menyampaikan ilmu yg baginda dapat kpd org lain. means, kita x bolot sorang2, kita share, n bagi org lain pun sama taw dgn kita. kalau x, kita sama la jugak mcm kaum israel. dorang antara yg special sbb dpt petunjuk (kitab taurat) dari Allah dulu, tapi jadi tamak, bolot sendiri, tanak share.ouhhh. sgt tidak patut kannn.... =_="

oleh itu, walaupun saya ni x berapa nk 'center' otaknya, x dapat nak sampaikan 100% dari apa yg saya dapat,tapi, insyaAllah main point n tujuan dia x lari lagi kowtt :D

okay.

1.2.3


starttt!!




Sayyid Qutb adalah. eh jap!! korang knal x sape ni??? x knal eyyy........takpe takpe. x knal x pe.saya pun x knal sampailah saya pergi Kalumpang haritu. :D nah, biodata





(: tarikh,tempat lahir : tahun 1906, Kg Musyrah, Egypt
(: seorg yg disegani umum, bnyk berbakti kat org miskin
(: usia belum cecah 10 tahun dah berjaya hafal Al- Quran( hebat kan!! malunya sayaaa...darjah
5 baru khatam, hafalnya,dah umur 20 tahun pun blom lagi..)
(: 1945-1950, menulis pelbagai penulisan sastera Islamiyah
(: 1951, mengalihkan penulisan beliau kepada penulisan2 Islamiyah
(: karya penghasilan yg jadi mercu tanda ialah tafsir ' Fi Zilalil-Quran'
(: penulisan Sayyid Qutb telah berjaya menaikkan semangat juang, dan menyedarkan ramai
umat Islam
(: 1960,dizalimi dan diainayai, lalu dimasukkan ke dalam penjara
(: tafsir in terpaksa ditulis sebanyak dua kali(kali pertama tafsirnya telah diharamkan semua),
dan kali kedua ditulis di penjara dengan 'darah syuhada'
(: 29 Ogos 1966, beliau syahid di tali gantung di Mahkamah Tentera tanpa sebab dan alasan yg
wajar.(mahkamah ini mmg mempunyai sejarah x adil n suka ainaya org)




jadi, tamat lah riwayat Sayyid Qutb ini. tapi, perjuangan beliau tetap terus berjalan. tafsir beliau sentiasa dipelihara. (:



erm. saya x belajar habis lagi sbb tafsir kan sgt panjang. insyaAllah sikit2 ye..
kita start dgn
Muqaddimah Zilal dulu. yosh!! >_<




' Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yg tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yg mngecapinya. Ia adalah suatu kenikmatan yg meluhur(secara menyeluruh), memberkati dan membersihkan usia seseorang'




'Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yg telah mengurniakan kepadaku, kenikmatan hidup di bawah bayangan al-Quran selama beberapa waktu ( mula betul2 hidup di bawah bayangan Quran pada umur 40tahun sehingga ajal), di mana aku telah mengecapi nikmat yg x pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yg meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.'



'Aku hidup seolah olah mendengar Allah bercakap kepadaku dgn Al-Quran ini....ya Dia bercakap kepadaku, seorang hamba yg amat kerdil lagi kecil.Manakah penghormatan yg dpt dicapai oleh seseorang yg lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yg amat besar ini? Manakah keluhuran usia yg lebih tinggi dari keluhuran usia yg diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yg lebih tinggi dari darjah kemuliaan yg dikurniakan oleh Allah Pencipta Yg Maha Mulia?'



(cuba bygkan,katakanlah kita tgh jalan2 pastu tetiba Najib dtg n ckp " eh, hye fatihin. sihat hari ini?" apa perasaan anda? mesti la mcm..waaahhh!!! "Najib tegor aku!najib tawu nama aku!!!"... takpun, nangis guling2 sbb terharu. haaaaa~ tu baru najib, seorang manusia biasa sama mcm kita. dapat penghormatan mcm tu pun kita da rasa mcm, gila best!cuba bayangkan Allah bercakap dgn kita,tak rasa ke yg nikmat ni lah yg paling agung? bestnya sampai 'speechless' lah nk kata betapa BEST NYA! )


okaylah, 3 perenggan je hari ini...terima kasih bg yg membaca.merasakan diri tidak pernah layak untuk menyampaikan ilmu,jadi, saya minta maaf. tetapi saya masih mahu mencuba. maafkan saya jika ada yg tersilap. saya banyak kekurangan. tapi, saya hanya mahu berkongsi..

sekian.






Tuesday, January 11, 2011

ohisashiburi!!

salam...
sorryy....rasanya sudah sgt lama x update...agak busy la... hihi. jgn tanya busy apa, mesti la makan2 , tgok movie n jalan2...

tapi, malam ni siyez busy!!> btol ni! x tipu!


malam ni kna siapkan presentation untuk english esok.padahal dapat minggu lepas. malam ni baru nak kelam kelibut. haih =_=" (sapa suruh diri yg volunteer nak jadi org first yg present..huhu~bagi punch dkt budak fin ni.dush2!)


okaylah, daitai(overall) last weekend, masa dihabiskan di KALUMPANG > capslock skit. sbb mesti korang tertanya tanya 'ehhhh, apa tu???' 'pelik gila bunyi kalumpang tu!!" tapi, mcm 'kau lempang!' pun ada kan... hihihihi d:



okay.okay.sedihh org Kalumpang kalu dorang tahu nama tempat nya dipermainkan :D



Kalumpang ni sebenarnya nama tempat. kat situ ada resort. haaa~ kat situ lah saya pergi. ditemani oleh empat org kakak n sembilan org rakan sebaya. (:


walla weyh, BEST kowt!!


muka time dalam keta akak naqibah,on da way nak p kalumpang. sgt tidak beragak budak fin ni, nak p mana pun bawak bantal sekali. haisyyy~ dah la tu, bolot pulak suma bantal dalam keta. sgt tamak di situ =_="


selain dapat lepak2, hilangkan stress(stress bendanya, exam da lama abis =_=") , hirup udara segar, dengar bunyi cengkerik, tengok katak, mandi sungai, selam2..apa yg paling penting adalah PENGISIAN HATI dan SALAM UKHUWAH yg terjalin.




HATI tu ye kawan2, kalau kita x isi dgn benda baik2...mulalah yg xbaik2 datang. haisyy~ jadi sebelum terisi dgn anasir2 jahats ini, mari kita isi dgn ilmu2 yg bakal menjamin kesejahteraan kita di dunia n akhirat.



actuallynya, saya mmg nak share pasal pengisian hati yg saya dapat 2 hari satu malam kat kalumpang ni, sebab saya kan suka SHARE. x caya tgok nama blog..hihii :D tapi, err, disebabkan masih ada banyak slide yg perlu saya habiskan malam ni...adoyy n_n" jadi,saya postponed kan ke emm, beberapa hari lagi, okay?



kita bagi hint2 dulu. ecece...macam misteri pulak.hihi.
okayla...kenalkah anda dgn Sayyid Qutb?? siapakah beliau???
okayyyy. nanti kita cerita ya pasal Sayyid Qutb ni....nak g sambung keje dulu. bye



saya rasa saya mcm jadi makin rock la dua tiga minggu ni.. pelik ni pelik. =_="




owh ya...jap2 ada lagi... mengenai ketakutan saya terhadap result yg bakal keluar...hurm. saya dah dapat result EJU. n alhamdulillah, resultnya dah buat saya tersenyum satu hari macam org gila n_n"
okay dah. dah. stop fin.


p/s : terharu dengan nikmat dan kasih sayang yg Allah berikan. terasa diri ini sgt kerdil,dan hina di sisi-Nya. Allah sgt2 sayangkan kita, tapi ada diantara kita yg selalu lupa(saya la tu). (': perlu perbaiki diri dgn lebih bnyk lagi. yoshhh!!

Tuesday, January 4, 2011

makan makan...

makannn? bila ada org sebut pasal makan tadi, baru la saya teringat, sejak balik ke sini, saya hanya makan SEKALI SEHARI tiap2 hari!!! uishh! mcm mana boleh lupa nak makan ni...=_="


saya baru nak flashback balik saya dah makan ke blom bila ada org tanya tadi, n baru saya perasan. dah 4 hari sejak balik sini(saya balik awalll okayyy )': ) saya hanya makan time lunch je!! no breakfast n of course la, no dinner! waaahhh!! HEBAT bukan?wow! sgt hebat! ^_^



okay. okay. rasa mcm nak bg side kick kat diri sendiri. boleh pulak dok main2..haisyy. mcm mna la boley lupa. baru ja wat azam baru nak jaga kesihatan lebih baik.patut la 2 3 hari ni rasa malas nak berjalan jalan ja..rupa rupanya, sbb perut lapar. ehhh, lapar ke? tak. tak. saya x rasa lapar pun, cuma maybe energy tu x cukup kowt..sorry tummy,i x sengaja terabaikan u )':


saya ni nak mkn cam masalah sikit.dulu kicik2, mama belikan saya pil untuk tambah selera makan saya .sbb kecik2 dulu, saya kecik sgt,ehhh,bukan kecik, tapi kurus mcm org sakit...x caya la tu...okay, cuba tgok ni..



*gambar bersama cousin2 saya.hihi. cuba teka saya yg mana?? semestinya yg paling vogue dan comel. :D saya yg pakai swimming cap tu lahh sambil pegang pelampung dgn penuh bergaya. gaya mesti nak COMEYL >_<>



saya rasa saya ni cuma x suka makan sgt kowt. owh, tapi saya suka MCFLURRY. hihi. (okay, diam fin.suka sgt kalau ckp psl mc flurry) bukan masalah x lalu makan, cuma saya x lapar.. selalunya tiap2 hari, my routine here :


breakfast + lunch = enough!




main meal or nasi, sekali je sehari.. kat rumah pun,kitaorg kat rumah xde dinner..



sbb tu la bila masuk ostel dulu, berat badan naik sgt sgt sgt! hihi. *over plak. tapi, mcm chubby jgk la....x caya? tgok gambar ni. CUTE kan?hihii.



*cuba tgok pipi..fokuskan pada pipi. pipi sgt chubby okayyy~ hihi. owh ya, gambar ni time form 4, tgh bukak hamper sbb mnang futcalll dulu. haaa, saya terer main futsal taw!!>okay, tipu. hampir tiap2 hari main futsal time skola dulu...hihi. suka sgt!
team kitaorg nama 'Kaki Bangku FC' > sgt cute!




lpas tu, time tunggu result spm, berat badan jatuh dgn melampau.hihi. sbb dok kat rumah saya jarang makan... nasi tu 2 3 kali je seminggu...saya selalu makan benda mcm wafell, garlic bread or nugget...benda2 gitu je...makan sekali, then enough la...^.^
senangnya hidup~ xyah nak susah2 masak n_n" hihi



n sekarang, mestila x kurus mcm kicik2 dulu kan. cuma, xde la chubby sgt kan. tapi, pipi saya macam macam bentuk cream puff laa. tahla..dulu kat skola,budak kelas suka usik saya. selalu kata yg berat pipi saya je dah 5 kg dari berat overall..)': n dorg suka cubit pipi saya jugak. sebelah je.n saya akan marah, sbb takut pipi jadi x balance, berat sebelah. okay, sila gelak. sgt x matang budak fin ni dulu. =_="




*pipi still bentuk mcm cream puff rasanya.=_="






okay lah. that's all.





p/s : skrg ni saya amalkan minum susu anlene creamy tiap2 ari. oishiii(sedap) rupanya...hihi. okay,saya tawu saya mmg x suka susu. tapi, demi masa depan tulang saya......sigh. =_=" minum jelah~


Monday, January 3, 2011

tired

exhausted. itu satu perkataan yg paling tepat untuk saya hari ini.

i can't sleep last night. n i totally ruined my first day 0f class.kept smiling. kept smiling for the whole day!!. (bagi senyuman palsu + bajet) uh! stop pretending girl! i slept around four last night, which was very bad. c0z i'm supposed to have ENOUGH sleep since i was like very hima(LOTS of leisure time) n have nothing to do overall.

n i tried my best to calm myself when i heard the rumors yesterday that my/our EJU results will be announced tomorrow(which means today!). n i had this feeling like ' a bee in my stomach'. yah, i know it supposed to be 'a butterfly in the stomach'. but, i prefer to use bee, cuz it was painful. n i was like, hey! what's wrong with you girl?!! huh!!



i HATE this feeling!!!





n this morning, i went straight to class without MY BREAKFAST!.went to the sensei's room, looking for my name, which class to i belong. after about few minutes. i don't know why. but, i couldn't find my name!!! n that was A LOT of pressure. since, i kept thinking about the EJU last night. n having nightmares about the elimination. n i was like
' omg! im not belong here anymore! i failed!' .

n i dash into sensei's room asking bout why my name was not on the board. n they was like, HAAAAAHHHH! >big shocked. panic. n they search my name in the computer. n ME, who was already in a not-so-good condition also make this kinda 'panic face'. one of the sensei trying to calm me by saying that 'it's okay.don't worry.calm down,fin.(in japanese)'. n when i got my class which is A3, the sensei follow me to the board n haaahhh, shame of me! my name was there!! sigh =_="

but, there was a simple error there. my name supposed to be the last one, bcoz im holding the AAJ's no 120. but, it was in the middle. (seee, not my false at all. uh! xnak mengku kesalahan jugak bdk fin ni!) =_="



after asking for forgiveness n so on. i just went to my class. im so sorry sensei. really really sorry for making this kinda 'early morning trouble'( is there such words??)
feeling very bad for myself )':



n i have this back pain since yesterday till now.(okay,20 years-old suffer a back pain?? now it sounds weird). i don't really know what the relation between back pain n my worries??n i also think im gonna have a fever soon. c0z my body feel like 'princess wanna be'. semua benda malas nak buat. usually it was not like this. not that im saying that i ni rajin, but, xde la pemalas sgt.



owh ya. about the EJU'S. rumors.hihi. shame me again. buat penat ja i panic2 bagai. haisyyy~ fin, u should learn to control the pressure after this.


okaylah, that's all for today. i think i need a cup of MCFLURRY. (i need to CAPSLOCK it, okay! *emo plak -_-) uh,ya ya,i know that i promise not to have it too much.but, it's not that much rite? bulan ni i x makan lagi rasanya :D


p/s : big applause for my lovely friend, Siti Zulaikha from Teknik Tuanku JAafar who managed to pass her exams with flying colours. n now counting days to fly to German this 6th of January. congratulation girls!!! s0rry, x dapat nak hantar...i miss you. do take care of your self keyh! BE NICE there. (: n pray for my turns too.. bye2!!

Saturday, December 18, 2010

busy nyaaa!!! busynyaaa!!!

salam. hey! hye guys!busy nya kan? kan? agak2 ceni la kot perasaan budak2 yg amik finals time matrix x pun asasi ke...hahahaha. eh ye ke? gini ke rasanya?

rasa cam x sempat semua benda. esok dah la start dgn paper butsuri(pyhsics) n kagaku(chemistry)..
paper killer yg paling suka cari gaduh dgn saya tu n selalu buat saya merajuk tu.. pagi2 pulak tu!!wuwuwuwu. okay dah, diam fin. =_="

busynyaaaa...mana nak study butsuri lagi, kagaku...pastu math x tgok lagi...nihonggo(jepun) punya jgn ckp la, lagi belambak lambak. kanji lagi, hafal goi(perkataan) la bagai..baju nak basuh lagi, kemas katil, kemas bilik, sidai baju...tulis blog lagi, blog walking, jalan2 bilik jiran lagi, lawatan sambil blajar ke blok lain...waaaa!! banyaknya benda nak kna buat!!! n semua berebut rebut nak perhatian saya. waaa! saya ada 2 mata 2 tangan ja....nantila saya bagi kasih sayang kat semua ..huk2!


okaylah kawan2. sila tolong doakan (eh eh, macam paksa pulak d: ) ah,x kira! hehe. sila tolong doakan final saya dan kawan2 di AAJ ni. sekiranya kami berjaya, kami semua dapat fly ke Jepun,,,,yeah!!! yeahh!!! yeah!!!! (eh, over pulak dia) ..d: terima kasih ya kawan2 yg wish good luck suma. thanx a lot! saya dan kawan2 kat AAJ ni akn buat yg terbaik. insyaAllah, sekiranya pemergian kami ke Jepun adalah yg terbaik untuk kami semua, semoga Allah permudahkan jalan kami untuk ke sana.amin


sekian.


p/s: mohon maaf andai pernah melukakan or merasakan hati sesiapa. doakan kejayaan saya ya.
mama n abah! doakan kejayaan fatin(oh, ini nama glamer saya kat rumah n_n") taw!

hait. sayounara!!


Thursday, December 9, 2010

cara CUTE utk hentikan perbuatan mencarut :D

salam

just now i met a cute little boy(my fren lil bro), n suddenly reminded me bout that day.
i went to the tailor(my mom's fav tailor). she has a son. just the same age, like the one i met before. maybe about 3-4 years old i guess.

n i just said, 'hye! wat pa tu?' .sambil bagi senyuman paling menawan. =_=" as usual la kan,dah jumpa budak2....xkan nk ckp hoi. ' wa ckp lu, lu sihat ak?' haha. xde pasal,cari pasal namanya tu.


okay, bersama saya dgn mama waktu tu, adalah kawan mama dan si kecil,zarfan yg saya rasa sebaya kot dgn anak akak tailor ni...dan mereka, mereka umpama magnet, SGT TIDAK MATC
H. haha. okay, biasalah kalau budak2 gadoh. tapi, apa yg x bestnya...anak akak tailor ni, suka sgt menyebut perkataan mencarut ba*i...> binatang yg haram utk kita sbg Muslim tu. bukan sekali, tapi, adala dalam berpuluh puluh kali dia sebut.

imagine, such a small kid dah pandai sebut prkataan gitu!!!!
OMG. entah, budak ini tawu ke tidak apa maksud ba*i tu, mungkin budak ini x tahu, tapi saya pasti dia hanya mengikut apa yg org cakap.
memikirkan bahawa sgt lah tidak sopan utk seorang kanak2 menggunakan perkataan sebegitu, jadi mama dan saya bertoleransi lah dengan bdk kecik itu...



mama : ba*i tu apa?

bdk kecik
: ba*i tu ba*i lah! (dengan pelat percakapan yg masih belum fasih)

mama
: penah tngok tak?


bdk kecik : tak...

mama :
haaaa~ ba*i tu kecik ja taw...kecik sgt...penah tgok gajah tak?


bdk kecik :
penah...dlm buku


mama : haaa...ba*i kalau lawan dgn gajah mesti kalah punya! baik sebut gajah...GAJAH.. G.A.J.A.H....sbb gajah lagi besar! pastu lagi kuat! haaaa~ sebutttt...sebutttt

bdk kecik : tipu...tipu >(okay, misi mcm nak gagal)

mama
: penah tgok kan gmbr gajah? haaa. xkan la nak tipu.


masa ini saya dtg menyibuk.

saya :
btol laaa. gajah hidung dia panjang. kaki besar, telinga pun besar.. kuat wooooo!!!!haaaa~ sebut GAJAH....GAAAAAAJAAAAAAHHH


bdk kecik :
gajahhh...


saya : haaa~ sebut lagi,...gajaahhhhh

bdk kecik
: gajahhh.... > (okay, misi berjaya! >.< )

jadi, saya pun leka tngok baju n mama pulak berborak borak... dan, pada masa yg sama juga, si zarfan dan anak akak tailor ni sedang lawan menjeling... tetiba si bdk kecik tadi panggil saya,

bdk kecik : akak, tu dia kata ba*i xpa pun (sambil menuding ke arah si zarfan)...(si zarfan pulak buat muka innocent + x bersalah )



saya pun pandang si zarfan ni,x dgr suara apa pun...jadi, saya abaikan..x lama lepas tu bdk kecik ni mngadu lagi... saya buat tak tawu, sambil mata mengintai dkt si zarfan ni... rupa rupanya! rupa rupanya si zarfan ni mmg tgah ckp 'ba*i' kat budak kecik ni, tapi dengan cara 'miming' mulut ja...( ala2 artis gerak2 mulut, pura2 nanyi lagu guna mike)


hadoi! saya naik pening. n budak kecik ni kembali kpd sebutan asal nya... tapi, mama cpt2 handle keadaan. mama bagi duit dkt budak kecik ni n suruh dia janji jgn sebut, n gantikan dgn GAJAH. n si zarfan pun, selepas di warning dan juga diberi seringgit, pun stop sebut perkataan tu. n apabila mereka bergadoh, masing2 berlawan sebut 'gajah!' 'gajah!' 'gajah"...n situasi menjadi sgt lawak. haha! sehinggalah kami pulang dari rumah akak tailor tersebut.


x sangka kan, budak sekecil itu mnggunakan perkataan mcm tu? n x sangka jugak, betapa cepatnya pengaruh rakan sebaya, seperti yg jadi kat zarfan yg terus je ikut sebutan tu. hurm. kalau difikirkan, salah siapa agaknya jadinya situasi begini...entahlah. entahlah. mungkin salah keadaan, atau persekitaran. tapi yg pasti, bukan salah anak ini...


saya tidak tahu. kerana saya belum berkahwin atau memiliki anak. saya tidak tahu mengenai kesusahan membesarkan anak.tetapi, mama, mama saya berjaya membesarkan kami berempat di mana perkataan seperti itu tidak jejak di bibir kami.
bukankah itu maksudnya, situasi seperti itu boleh dielakkan?...x kisahlah dari mana sekali pun kamu berasal, dari seorang anak raja, anak dato, anak org biasa2, anak org kampung, atau anak org asli....semuanya dilahirkan tanpa manners.seperti yg pernah saya katakan di post sebelum ini,


"Manners are not born with us, we should learn. "

x kisahlah dari mana asalnya kamu, manners adalah satu perkara yg perlu dipelajari. dari mana kanak2 mahu pelajari? dari ibu bapanya, atau dari org sekelilingnya. tapi, ada jugak org dewasa, yg x pernah fikir, n dengan sengaja menampakkan perangai buruk sendiri terhadap kanak2 yg tidak tahu lagi membezakan antara yg baik dan buruk.

tolonglah! tolonglah jgn jadi seorang dewasa yg pentingkan diri sendiri, kalaupun anda2 sudah tak boleh berubah, x boleh berenti dari tabiat mencarut itu, maka jgn...tolonglah jgn biarkan golongan ini bertambah... jgnlah pamerkan kelakuan tersebut kepada kanak2.. sesungguhnya perbuatan anda itu akan memberikan impak yg besar di masa akan datang..




p/s : org dewasa pun boleh cuba gunakan tips tu. gantikan perkataan mencarut dgn benda2 yg lebih cute, mcm
'kerusi' ke...or maybe 'penguin' ke ...heheeee~ kan COMEL tu!!
semoga berjaya
! >_<




gambar mesti nak selit jugak...ini gambar dgn cik syafa, time pergi kenduri abang cik jiya kahwin (: k lah, bye!