Sunday, May 29, 2011

doakan saya (,:

salam.

entry pantas.


harap maaf kerana tidak berjaya menunaikan janji, mengupdate gmbr2 rumah untuk mama T_T


dan juga akan berhenti mengupdate mungkin untuk sebulan lebih disebabkan masalah kesihatan, masalah internet, masalah komputer dan kekangan masa yg semakin hebat.


mungkin masih belum membiasakan diri dgn cuaca di sini agaknya.bekalan panadol juga sudah semakin berkurang.kepeningan melampau, dengan musim hujan yg sedikit pon tidak bertolak ansur, uwaaa!!! semuanya pakej lengkap untuk menjatuhkan nur fatihin.



saya mahu menjadi SUPER FIN!! waa~ tapi dah x mampu..


tawu apa perasaan saya? saya rasa sangat sangat takot untuk menjadi sakit di tempat orang. tapi, apakan daya. kuasa Tuhan tentukan segalanya. nasib baik ada bawak panadol lah bagai dari Mesia, kalau tidak, mahu menangis jugak nak pegi klinik je pon.


yelah, semua benda memerlukan kudrat dan tenaga. nak keluar ke mana2 pon, kena kayuh basikal n naik bukit tu, nak2 lagi kalau time kau sakit gila rasa nak pengsan, uh, x payah g klinik lah, baik duduk rumah je. kalau keluar lagi PARAH rasanya -.-


dengan sekarang musim, tsuyu(musim hujan) yg sgt luar biasa hujan nya dari malaysia.nak kuar pegi kelas pon malas.kayuh basikal pergi university? BIGG NOOO!! kau gile?!! dah la demam pon x baik lagi. naik basikal, seolah olah merelakan diri dibuli oleh air hujan. okay fine,berjalan kaki pon still basah lencun jugak even 2 LAPIS RAINCOAT yg dipakai. okay, NO CHOICE.


sekarang ni, nilai2 kesabaran banyak diuji dan nilai2 ketabahan juga sangat berusaha keras untuk membantu nilai kesabaran.


mungkin saya patut katakan di sini, bahawa saya rindukan Malaysia. keindahan dan keceriaan yg mengenai kehidupan saya, tetapi di sebaliknya,pahit dan getir juga sgt banyak setimpal lah dengan nikmat yg diberi.


kerana hidup sgt adil.


seadilnya hujan yg diturunkan sebagai satu rahmat Allah,dan kemunculan pelangi yg indah selepas hujan,


kawan2, doakan kejayaan saya ya. eh,dan juga kesihatan saya ya, sbb bila sakit tekak,pening2 n demam, mood saya selalu jadi x baik, sebab x boleh nak bercakap..uwaa!!nak tulis blog lambat lagi pulak lepas ni, hurm,


okaylah, see you guys some other perfect time,insyaAllah.








Saturday, May 28, 2011

apa erti sebenar hidup ini?

salam.

nikmat kesihatan yg ditarik oleh Allah, membuatkan saya lebih bnyk berfikir.

sakit tekak, selsema dan pening yg agak melampau,nikmat dunia dah x lagi dirasai.nak makan pon rasa perit, apatah lagi mahu bercakap. menyebabkan saya mengasingkan diri lalu berfikir.

perkara yg terdetik di fikiran saya tadi, apa erti sebenar hidup ini? kadang2 hati selalu saja lalai dalam melaksanakan peranan sebagai manusia.

kata akak naqibah, tidak Allah turunkan manusia ini sia2 hanya untuk hidup, makan, belajar, tidur, menjadi tua lalu mati.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'
2:30


Allah dah cakap terang-terang dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan khalifah di muka bumi. bukan sekadar manusia yg perlu hidup dan akhirnya mati.


jahilnya saya dahulu, apabila tidak pernah memahami apa yg disampaikan Al-Quran. khatam Al-Quran hanyalah dari segi bacaan walhal isi kandungan dan mesej itu adalah yg paling penting.


Allah turunkan Al-Quran itu untuk kita, memang KHAS untuk kita semua, mungkin ramai yg masih x menyedari, Al-Quran bukanlah sekadar bahan bacaan, tetapi ianya adalah panduan hidup kerana Islam adalah 'cara hidup' bukan sekadar satu perkataan.


"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?"
47:24


ini yg paling saya khuatiri. tetapi, Alhamdulillah, Allah x pernah tinggalkan saya. daripada seorang yg jahil,Allah masukkan saya ke AAJ, tempat di mana terdetiknya perasaan ingin tahu saya.


kemalasan dan kengganan ke usrah juga, mmg agak ketara.terdapat suatu kuasa negatif dalam diri pada waktu itu. dunia lebih banyak mendapat kemenangan berbanding akhirat. T__T


namun kuasa Allah, yg menghendakkan hati ini untuk memahami, lalu Allah tempatkan saya di suatu komuniti rakan2 yg sgt bnyk membimbing saya. sehingga saya mula merasakan perubahan hati.sedikit demi sedikit, saya lakukan perubahan hidup. dari cara pemakaian, penjagaan hati, dan tatatertib.


tangisan demi tangisan dalam menetapkan hati di jalan Allah.dan apabila hati membenarkan apa yg disampaikan namun perbuatan masih sebaliknya.


kemudian, Allah hantar saya pula ke sini, ke bumi matahari terbit ini, dan saya dibimbing pula dgn akak2 naqibah yg comel2 dan baik hati.


sungguh, Allah x pernah tinggalkan saya.kadang2 saya malu, Allah x pernah henti2 beri peluang, dan beri hidayah kepada saya, tidak Allah jadikan saya pelajar cemerlang spm untuk dimasukkan ke AAJ kerana sebab yg sia2. dan tidak juga Allah jadikan pilihan saya untuk ke Jepun ini adalah satu yg sia2. Alhamdulillah, tarbiyah di jepun agak kuat dan hati juga sudah tidak begitu malas untuk terus belajar.

sememangnya jalan menuju keredhaan Allah agak perit, bermacam2 dugaan. bahkan,ahli keluarga dan rakan yg paling rapat juga boleh menjadi satu benteng yg menghalang ke arah jalan itu.semoga Allah permudahkan jalan kita semua. (':


menjawab persoalan, apa erti sebenar hidup kita ini? jawapan nya ada di dalam Al-Quran. bacalah. bacalah dan hayatilah, maka setiap persoalan yg terdetik di hati akan terjawab sedikit demi sedikit. insyaAllah.


p/s : mohon maaf kepada akak naqibah, saya terlepas usrah kerana pening yg agak melampau sehingga tidak boleh berdiri semalam. T__T oh, mohon maaf juga sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya. teguran amat dialu-alukan. (:



Wednesday, May 25, 2011

hidup semakin padat dan sesak 0_o

askum.hello. salam keamanan.

hye! fuh, tarik nafas.

agak lama x ber'blog'. sorrylah, busy sikit. err, banyak jugak.

memandangkan jikken(experiment) telah bermula. setiap minggu perlu menyiapkan report yg paling kurang dalam 7 helai. mana lagi, nak menjenguk subjek2 seperti calculus dan matrix. japanese language juga tidak mahu kalah, meronta ronta memanggil manggil meminta perhatian cik nur fatihin.physics pula tidak mahu bertolak ansur, merajuk x ketahuan hala minta dipujuk.

haihh. kasih sayang dan perhatian x berjaya dibahagikan sama rata kepada semua subjek. wujudlah ketidak adilan di sini.oh, maafkan saya. -.-'

hurm, sekarang di bumi matahari terbit ini,berlakunya peralihan dari spring ke summer.yes! im in the first country who get the rising sun!!! yippee!!yaaayyy!!!

agak panas, tapi agak sejuk tawu.. mcm mna tu? -_-"

aura cik cahaya matahari agak memancar seperti menjerit ke arah kami, tetapi incik angin masih meniupkan angin sejuk yg membuatkan kami di sini keliru sama ada untuk memakai jacket atau tidak. nak pakai, nanti berpeluh sbb panas. x pakai, nanti sejuk menggigil time angin tiup. ahhh, keliru! keliru!


kulit muka juga terasa pedih. mungkin juga masih keliru seperti hati saya, sama ada untuk bersedia menerima kesejukan atau kepanasan.haihhh.


mencari alternatif yg agak baik + vogue, saya membuat keputusan untuk memakai incik topi bagi melindung muka dari cahaya matahari yg menjerit dan juga angin sejuk yg bertiup.


aish. abaikan muka over entah apa2.


fokuskan pada topi cantik pelindung muka. terima kasih kepada incik topi, muka sudah tidak lagi merintih kesakitan.


haha. tu ja nak cerita sebenarnya. entri merepek, sementara menunggu subuh yg akan masuk kul 2 lebih nanti.oklah, bye.

p/s: hey, this weekend nanti i update gambar2 rumah ya. dah janji dgn mama lama dah nak tunjuk gmbr rumah,aiyoo~ insyaAllah minggu ni keyhh... ^^,

Thursday, May 19, 2011

japan's life : HALAL FOOD

salam.

asyik meluahkan rintihan, mari kita dengar benda2 best pulak.hari ini saya nak cerita pasal university saya! yay!



nampak tak? nampak tak? penat i jinjat kaki nak tunjuk 'TOHOKU UNIVERSITY' tuu (':



salah satu sebab utama saya memilih untuk belajar di tohoku university, adalah disebabkan makanan halal. yes! jgn ingat semua tempat kat jepun ni x jual makanan halal. abaikan pak pak arab yg jual makanan halal, fokus hari ini adalah mengenai 'org jepun yg jual makanan halal'! *waaaahhh, serius bunyinya.mcm nak berbahas. -.-'


di tohoku dai(university) punya cafe, terdapat sgt banyak makanan. tapi, tapi, tapi.jgn nak pepandai ambik je! di tag2 nama makanan tersebut anda perlu mencari, simbol halal.alaa, yg macam kat malaysia tu. siap ada tulisan jawi lagi.



x dapat nak bayangkan?okay, takpe. nur fatihin yg baik hati dah tolong amikkan gambar.


haaaa, itu kari sayur. uhuk2. ehem, mmg la saya x mkn kann.*buat muka garang



haaa, yg ini boleh diterima perut sikit. potato yg ala2 mcdonald punya tu. emmmphhh, sedapnya mcd!!!teringat pulak T____T


sbnrnya ada banyak lagi halal menu kat sini, cuma mls nak ambik gambar. ada ayam percik, ayam black pepper..ada seafood curry, ada fish fillet and fries and etc. banyak ye banyak!



ni hah, certificate 'halal food'. say 'NO!' 'NO!' to alcohol n pork.


dan kalau cafe ada makanan halal tapi, x tunjuk cafe yg cantik lagi versatile, mmg x lengkap lah kan.aha! berlagak.



ini, adalah salah satu cafe dalam tohoku dai.kampus di Aoba. boleh buat kenduri kawin dalam ni sbb cantik sgt.pastu, pengantin boleh berdiri kat atas kat tempat i tgkap gmbr ni sambil lambai2 kat bawah. pastu boleh lalu turun ikut tangga cantik mcm cerita cinderella. okay, i nak kawin kat sini!



okaylah, that's all. that's all. that's all. nak tengok gambar kami selepas kenyang makan di cafe yg sedap? nah, letak satu ja!




amboii, depannya,yg paling depan tu. -_-"



okaylah, sampai di sini saajaaaa!!!kesimpulannya,sape muslim yg datang belajar kat sini tapi x reti masak, jgn risau kerana anda x akan kebuluran. sekian, terima kasih. nanti i update lagi keyh.byeee!!!

Tuesday, May 17, 2011

complaining? not really.

salam

and when i said im tired enough with all the nonsense things i did since i came to japan, i really mean it. yeah, being in class without intention, smiling all the way, and understand nothing is just one of the biggest nonsense things i did. i mean, NOTHING. you know, NOT A SINGLE THING.it is a nonsense thing!


and the most miserable thing is, that when my lecturer asked us, ' do anybody have any questions?'..i just can't make a question to ask. it is not bcoz i am afraid or shy, which is im not, but it just that i don't even know what was the thing that i don't understand. do you get it?


and 'they' said that it was normal, and i keep believing it. yes, its true. i can see a little bit improvement from last week to this week. but, it was SLOW! you get it?they won't wait for you, eh i mean, for me. s0, i have to run! run! run! and run!


i feel like i was being isolated all the time when the truth is im not. the sensei(teacher) and tomodachi(friends) are very yasashi(kind). thought that i am a gaijin(outsiders) they treat me very nicely.


but, it just not enough. i know, i know, we should be thankful enough to have someone who cares and being kind to you. but, it just...someone outside. you know, like ahh, how am i going to say it..its like you are having a friend which is only holding the name of 'a friend' which can't even make me feel safe and warm.


okay, that's it. i am not complaining.


sometimes, people just don't understand. ME, looking at my happy face,besides it.you never know. like when you said, 'wah, bestnya, duduk jepun. jelesnyaaaa' 'weeyy, syokk gilaaa, x acii'. if only i can change and let you be on my place for a while, i am with big pleasure to do it. its not that i came here to japan,to have a vacation or what, that you should be jealous of.


i am here to study. for those who forgot. -_-"


and it was hard to hold the responsibility given by rakyat malaysia,and to bring the image of islam. it is a big task.regardless about all the 'busyness' n all sort of things. i do care about the image and the position that i bring. it is my religion, our religion that we are holding on which is Islam, and it is also my job to show the beautiful of Islam and not to make them(the japanese) feel unpleasant with the Muslim's life.


but, i will trust myself. for all the nonsense things and having experienced like im the most 'not-clever' person in the world(i won't use the word stupid.coz it is a mean word).


i believe that everything happened for a reason. Allah's fate is always true. and HE will not left us as long as we also always remember HIM. Allah has create the best,most beautiful and wonderful rhythm of life for each of us. and it was not suppose to be a burden thing, it was us, who made it turned out to be the unpleasant way.


insyaAllah, i will try my best. and enjoy the moment for being here, being given the opportunity to feel the powerful of Allah..by looking at the sakura,feel the coldness, and the beautiful scenery here. subhanallah,it was really great. (':


that's all for today. ehem, please pray for my safety here in japan. it is a lonngg way more journey to go... (':


Thursday, May 12, 2011

ada sesuatu yg menyentuh hati

salam. entah kenapa. hati saya begitu tersentuh dgn video klip ini. credit to syafa.thanksss




jauh di bumi orang.saya risau hati kembali dihitamkan. mana mungkin saya tidak menyedari bahawa kehidupan begitu singkat. saya memerlukan bimbingan. sebagaimana yg dilakukan rakan2 di AAJ. tempat permulaan, di mana saya mengenal erti islam yg sebenar. di mana saya mempelajari mesej2 yg disampaikan melalui Al-Quran. di mana saya mendapat suatu ketenangan. di mana saya selalu mengalirkan air mata apabila menghayati sesuatu mesej yg disampaikan.
Ya Allah, tetapkanlah hati ku. (':

Saturday, May 7, 2011

Japan's life : oh, topi!

okay, abaikan kisah lawak lain di hari pertama ke kelas. menghadiri majlis kemasukan pelajar baru di universiti. sememangnya suasana U di sini agak berbeza dengan di malaysia.


tapi, x mengapa. abaikan juga fakta bahawa hanya saya seorang sahaja gaijin(pelajar dari luar di negara) di kelas tersebut. dan hakikat bahawa hanya saya seorang yg berhijab di dalam dewan di mana pelajar engineering berhimpun. -_-"


abaikan juga bilangan pelajar perempuan yg hanya 4 org di dalam kelas saya.



kerana,perkara yg paling menarik perhatian saya adalah TOPI. yaaa, topi.



pada hari pertama, saya mendapat topi ini.



abaikan karpet pink yg striking tapi comel d:


mengandaikan bahawa topi ini penting untuk kegunaan tertentu dalam pembelajaran mechanical engineering, saya pon bersangka baik.


tapi, rupa rupanya, sewaktu sesi taklimat...sensei berkata,

*translate dilakukan sesedap hati saya


"topi ini perlu dibawa ke mana2. kalau ada rasa jishin(gempa bumi) sikit, terus pakai ye. sila bawak ke mana2 pon ye."



what??? satu dewan kecoh. saya pulak gelak. hahaha. okay, ini sangat lawak. sememangnya jishin itu bahaya,tapi tapi tapi, untuk bawa topi tu ke mana2...errr.errr.entahlah. -_-"


dan mereka siap suruh try pakai sekali. okay, fine. adakah ini seriussss?????


fuh, bertenang. waktu rehat jumpa kawan2 mesia dari course lain, xde pon yg dapat topi nii..
eh eh, kami pelajar mechanical ni je ke yg bahaya kalau kena jishin -_-" eh think positive, kami adalah pelajar2 terpilih yg peru diselamatkan kalau ada jishin. -_-"


ah, dah2. pening. balik kat rumah, asyik pandang je topi ni.menarik perhatian btoll..haihh~



try je la kejap d:


okay jugak kan.hihi


okaylah,dah. esok saya start kelas macam biasa. saya dah jadi pelajar university balik! yay!

byee!

Friday, May 6, 2011

ouh, hye bukit!

salam semua. hye!

hari ni mari kita berjalan jalan...yay! mari mari!

hari dimulakan dgn perjalanan melalui dai (university).

mari saya perkenalkan bukit2 yg akan menjadi sahabat saya selama 4 tahun ini.



BUKIT PENAT 1




BUKIT PENAT 2





BUKIT PENAT 3





BUKIT PENAT 4




BUKIT PALING PENAT 5







sekian sahaja kawan2 bukit di sepanjang laluan dai saya.ambil masa 15 minit jugak la nak sampai dai -_-" gile penat. tapi, saya banyak sorong basikal je.hahaha. apelah fin, baik xpayah bawak basikal, buat penat je. eh eh, tapi, time turun mmg heaven gile.5 minit je dah leh sampai rumah. laju je turun bukit sampai kamera pon terpelanting habis tadi. uwaaaa!


tapi, walaupun bukit2 bnyk buat saya penat, tapi bestnya ada view yg cantik gilaa macam ni :D






gambar diambil dari atas laluan bukit jambatan.terima kasih kepada nur fatihin yg sangat rajin d:


okayh, sekian sahaja. bye kawan2. nanti ada masa, saya update gambar dai pulak eyh. tunggu lah kamera comel nak sihat dulu,sakit tetiba. maybe sbb bnyk terhantuk kot sbb letak dalam bakul basikal -.-'




Monday, May 2, 2011

safe in Japan.

safe in japan? yeah. for now. alhamdulillah. everything is doing great, good and fine. walaupun kadang2 ada rasa nak menjerit,dgn procedure all sort of form yg sgt banyaaaakk gila. kesejukan melampau. angin kuat sampai bawak basikal terhoyong hayang.


n by the way, saya sudah jatuh basikal!ulang lagi, JATUH BASIKAL okayy!!


bukan nak kata yg i ni x reti bawak basikal, tapi tapi tapi ...yaaaa~ dh 4 tahun lebih kot tak naik basikal -_-" dahla basikal agak klasik...ahahhaa. nanti yee i upload gmbr basikal x comel lagi nampak tua tu d:


ok fine.


tak maw kutuk2.tak maw. hihi.


hihi, saje je nak tulis nak cakap kat kawan2 n family, yg nur fatihin ni selamat kat jepun ni haa~ even x sempat hanami(duduk2 atas tikar sambil usha bunga sakura)..

tapi sempat je tgkap gambar dgn sakura on first day arrived, dgn blazer wanita bekerjaya -_-"



amik tengok gambar ni je!



gambar lain nanti lah. kalau internet dah ada..uwaaa~ penat kot nak isi form untuk internet je pon...eh, haha. tapi lawak pon ada... nanti lah cerita...bye~