Sunday, September 4, 2011

jarak dua hati



salam.

pernah tertanya tanya kenapa agaknya manusia cepat melenting, mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya apabila marah? ada sesuatu yg sgt menyentuh hati saya...share it with you guys (':


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,
Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata,
“Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan,
“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?”
Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

copy dan paste dari blog akuislam.com
hurm, kadang2 ego banyak menguasai diri kita kan...apabila dengan tidak sengaja menjarakkan hati, kata2 maaf sukar sekali nak diucapkan..kata2 yg dikeluarkan apabila emosi menguasai diri, boleh menjadi lebih tajam dari mata pedang, mengguris hati...TT

hati yg disakiti sememangnya sgt sukar untuk diubati, sememangnya memerlukan pengorbanan untuk memberi keikhlasan dalam memaafkan..

tapi manusia sekarang semakin ego,semakin sukar menuturkan kata maaf, walaupun tahu diri bersalah...kadang2 terfikir juga, kenapa agaknya begitu sukar untuk menuturkan kata maaf?


jom muhasabah diri. kawallah kemarahan, turunkan ego dan sejahterakanlah ukhuwah..(':


"sesungguhnya org mukmin itu bersaudara...." 49:10

2 comments:

ben said...

花より男子。。。

Cik TeN10 said...

LIKE this..

letak la button like dik.. =)