salam.
takpe kejap je kejap je.nak update jugak!
saikin(sejak kebelakangan ni), mmg banyak sgt jishin(gempa bumi).. yg kecik2 ala2 membuai tu xpe jugak, ni yg jenis gegar macam mesin basuh time spin bunyi gedegang2.macam org main gendang pon ada.rasa nak campak ke luar. okay, bukan nak describe jishin tu sbnrnya.
just nak cakap pasal perasaan time jishin tu, well,duduk dalam mansyon(apartment) setinggi 7 tingkat..eh tujuh ke, x ingat..lebih kurng la -.-' saya duduk tgkat paling bawah sekali, x penah guna lif so x taw berapa tingkat. *alasan x munasabah nur fatihin -.-'
well, duduk dalam mansyon time jishin ni dah cukup buat saya takot. bila time jishin yg kuat tu, bangunan rasa goyang2...nak2 lagi kalau time tgh baring, bergegar abis katil2..terus terjaga n x leh tido...dah la sekarang musim panas berpeluh peluh
haish, sejak kebelakangan ni mmg bnyk betol...meh saya nak list jishin2 yg kuat sejak 2 3 hari ni...ni yg kuat2 je, yg kecik2 x masuk dalam list...
start 8july,
3.35pg : magnitude 5.6 shindo 4
11. 43pg : magnitude4.0 shindo 3
1.58tghari : magnitude 3.8 shindo 2
10.10mlm : magnitude 4.8 shindo 3
9july pulak,
5.55pg : magnitude 3.8 shindo 2
10.41mlm : magnitude 4.1 shindo 3
10july iaitu hari ini!
5.58pg : magnitude 3.9 shindo 2
9.57pg : magnitude 7.1 shindo 4
1.18tghri : magnitude 4.5 shindo 2
2.25ptg : magnitude 4.7 shindo 2
shindo tu adalah bhsa jepun actually.maksud dia seismic intensity, atau cara senang kita ckp je yg shindo ni adalah tahap kerosakan yg jishin tu bg.
yg saya highlight kan tu, adalah yg shindo 4 semua. hari ni, iaitu pagi tadi, ada amaran tsunami dikeluarkan...
haihh,risau pulak saya..manalah tawu kalau apa2 terjadi..amalan dahla x cukup, ber'huha' sana sini..pastu kalau ajal dah panggil, bukan boleh nak cakap 'eh, kejap jap, saya x ready lagi'...tapi bak kata blogger saiful islam, "islam x ajar kita utk takot mnhadapi mati, tapi untuk bersedia mnhadapi mati"
masalhnya sekarang, bersediakah saya? okay muhasabah diri sendiri kejap.kalau ingat2 balik, mmg bnyk sgt dosa....hurm nak patah balik, betulkan
mmg x boleh dah...pilihan yg ada, adalh untuk berubah..
manfaatkan masa yg ada...sebab usia kita kan semakin kurang...semakin singkat masa untuk hidup...rasa cepat sgt masa berjalan...yalah, sapa yg rasa masa tu cepat, maknanya tak cukuplah tu amalan yg dibuat..haih saya lah tuuu TT
nak muhasabah diri saya sendiri, apa sumbangan diri untuk hidup sebenarnya...
..........
jom! jom! jom cari cara untuk mnyumbang jugakk sepanjang kita hidup ni.
okay sekian.
p/s : nak ulas jugak pasal isu BERSIH ni....kecoh sana sini, terpaksa jugak diri untk ambil tahu....xnk ulas bnyk, just nak cakap yg erm gunalah cara yg btul2 bersih...sbb kita kan negara Islam. untuk yg nak keluar pergi join 'bersih' tu, semak amalan WAJIB untk diri sendiri dulu...kalau solat sendiri tak jaga, tinggal2..hati diri sendiri pon x bersih, mcm mna nak bersihkan hati org lain? kalau untuk yg dah jaga suma amalan wajib tu, doa2 dan mintaklah petunjuk Allah..muhasabah diri, adakah perkara yg dilakukan itu adalah yg terbaik...
okay, itu je (: jgn sampai keamanan Malaysia tergugat sudahlah..peace for Malaysia
1 comment:
take care there Fin. Allah sentiasa melindungi, insyaAllah. :)
Post a Comment