salam.
nahhh! mungkin ramai yg tertarik dgn tajuk ini. makanya, jgn hanya melihat pada tajuk, sila hayati kisah ini.
........
Para mujahid yang lain tertanya-tanya.Siapakah gerangan penunggang kuda itu.Gayanya penuh keberanian. Seolah-olah shahid itu merupakan satu tujuan yang pasti.Bahkan Khalid Al-Walid sendiri begitu terpegun dengan ‘mujahid’ bertopeng ini.
Perang pun bermula.Kekuatan tentera Rom bukan sembarangan.Dalam konteks dunia moden,mereka seperti Amerika,sedang melawan sebuah negeri kecil.Mungkin Perlis.Tetapi ia tidak menggentarkan mujahid ini.Ia terus memacu kudanya,membelah barisan ketenteraan musuh,menembusi hingga ke tengah pasukan musuh lalu mengucar-kacirkannya.Sahabat sekali lagi terpegun.Sang mujahid bermandikan darah,dikepung musuh,tetapi tidak menampakkan tanda-tanda berundur.Keberaniannya menjadi sebutan tentera muslimin.
‘siapakah kamu?tunjukkanlah mukamu itu’ tanya Khalid al-Walid.
Sang mujahid terus berlalu pergi,tanpa melayan permintaan Khalid al-Walid.Dia lantas dimarahi kaum muslimin.Mereka begitu ingin tahu siapakah gerangan di sebalik topeng itu.
‘Aku ialah Khawlah binti Al-Azwar.Adik perempuan kepada Dirar bin al-Azwar.Aku bukannya hendak berlaku biadap pada pemimpin, tapi aku ingin memelihara kehormatanku dengan tetap mengenakan niqab ini’
...........
itulah dia Khawlah!
cantik, anggun, menawan. menjadi wanita idaman Peter, adik kepada general tentera Rom.
namun, kecantikan Khawlah tidak pernah disia-siakan. iman menjadi penghias menjadikan dirinya pakej lengkap. mempunyai semangat juang yg super dahsyat, ingin berjihad bersama-sama kaum lelaki, tapi dalam masa yg sama, tetap memelihara maruah diri. (':
maka, lihatlahhhh...lihatlahh bagaimana islam melengkapi kehidupan...lihatlah bagaimana apabila iman memenuhi hati...
menjadi wanita bukan bermaksud kita lemah, tetapi lembut dan santun dalam menjaga budi bicara dan tatatertib. jadilah wanita yang tegas dalam kelembutan. sama2 kita aim nak jadi wanita2 cantik di syurga nanti..(':
-kisah khawlah diambil dari dakwat.org-