Sunday, December 16, 2012

ARIGATOU!

salam wbt.

kembali lagi cik nur fatihin menceritakan perkara2 yang menarik perhatian dirinya. serius. kalau nak cerita benda, mesti la orang akan cerita benda yang menarik perhatian dia.
contoh macam i, i suka mesin. MESIN. or MACHINE. segala benda2 mesin(teknologi) yang hebat2 ke, or unik kaa, x kisahlah. kalau mesin tu menarik perhatian,dah jadi macam satu habit dah i akan g duduk dekat2 dengan mesin tu, pandang2, sentuh2 and amik gambar, pastu paksa orang dengar i cerita pasal mesin tu.
pelik sgt perangai budak ni. -_-" 

sebenarnya i ada tengok satu movie jepun ni. pastu dalam movie ni ada satu dialog ni yg buat i rasa 'huwaaahhhh!!!' terkesann sgt dalam hati. 

ada sorang budak sekolah ni, cikgu dia tanya nak jadi apa bila dah tamat high school nanti, pastu dia camm fikir punya fikir and finally he came up with this answer,

"私ね、感謝している時ちゃんとありがとうって言った人になりたい"

"saya nak jadi orang yang apabila rasa bersyukur, akan berterima kasih dengan bersungguh-sungguh"

ish, x reti laa nak translate. tapi, aiyoo, itulah maksud tersirat ke x tersirat yg mampu i translate kan dari ayat japanese tu.

rasa macammm, "wahhhhhh" tak?

kan time i tgok movie tu kan, i pause and ulang banyak kali kot time dia cakap ni sebab entah, i rasa macammm woww hebatnya ayat tu. erm, sebab selama ni kita tak penah pon terfikir kan.

eh tapi tak tahu la kalau you all penah terfikir ke tak, tapi i x penah la terfikir dgn serius kan yang memberi penghargaan kepada orang sekeliling kita tu sbnrnya sangat penting kan.


Friends18.com Orkut Scraps


contoh macam kita naik lif, and ada orang yg dekat dgn button lif tu tolong tekan kat kita nak naik tingkat berapa. kadang2 kita lupa nak berterima kasih kat orang yg tolong tekan tu. kan?

xponn. erm, naik teksi ke, naik bas ke. lepas bayar tu ade tak kita ucap terima kasih kat pakcik bas/teksi? mmg la kita bayar untuk servis yg pakcik tu bagi, tapi x rugi pon kalau kita bagi penghargaan untuk usaha pakcik tu dalam mencari rezeki. kan?

i mean like, hurm, kita hidup kat dunia ni macam satu putaran kan. kita dan manusia lain saling bersangkut paut. kalau ada sorang ni moody. pakcik bas contohnya tgh moody ke, manalah tahu, bila kita turun bas and cakap "thank you uncle!" akan mengembalikan keceriaan pakcik tu. and maybe bila pakcik tu dah ceria dia akan cakap pulak kat pengguna bas, "thank you, have a nice day!", pastu satu bas tu semua org happy, and bila turun bas pergi destinasi masing2 akan sebar pulak aura keceriaan pagi hari tu. isn't that cool????!!

maybe ramai yang x sedar kot eh, sebenarnya kata2 semangat, kata2 penghargaan and senyuman tu sebenarnya bagi effect yg super besar lagi2 dari segi psikologi. adaah satu hari ni, i tunggu bas taw, pastu makcik jepun sorang ni g cakap "ohayo(selamat pagi)" kat i sambil senyum lebar. i terus jadi happy sehari suntuk tu. dapat senyuman di awal pagi hari isnin sememangnya sangat bestttt nak mulakan hari hokayhhh! (': 

tak pasti la you all faham tak apa i nak sampaikan. 

but, conclusionnya, belajarlah menghargai orang sekeliling eh. sekecil-kecil perkara pon kalau orang tolong kita, jangan lupa berterima kasih okay. and senyum! jangan sebar aura negatif dgn buat muka masam, senyummmmm okayyy. and cakap terima kasihhh dekattt semua orang yg tolong kita okay? 

Friends18.com Orkut Scraps

bila kita buat orang lain gembira and tersenyum, kita pon akan automatically dapat perasaan yang best. trust me! smile and say thank you! sila buat! ^_^

btw, arigatou = terima kasih!

Wednesday, December 12, 2012

bangsa beratur

salam.

disebabkan i berada kat bumi matahari terbit nih, i rasa bertanggungjawab untuk cerita pasal segala nilai2 murni yang boleh kita ambik dari orang2 jepun nih. itulah tujuan sebenar malaysia hantar student dia ke luar negara kan? untuk belajar sesuatu yang x ada kat malaysia, and paling penting ambik bawak balikk segala perkara2 baik untuk dipraktikkan kat malaysia. kan? 

okay salah satu nilai murni yang BEST kat sini adalah, sikap BERATUR. 

orang jepun ni mmg dari kecik2 diajar, jgn nak berebut, apaaa segala bendaaa pon kena beratur. naik bas beratur, bukan naik bas je time tunggu bas pon beratur, beli makanan beratur, hantar kerja sekolah pon beratur, nak g toilet pon beratur, nak masuk dewan beratur, even ada earthquake semuaaa kelam kabut nak lari keluaq bangunan pon BERATUR! nampak tak nak cakap betapaa sukanyaaa mereka beratur? (':


and mmg agak jarang lah nak jumpa org yang potong line, atau gaduh2 sebab potong line nih. lol. kat malaysia selalu kot. i penah nampak makcik ni gaduh ngan sorang pakcik sbb pakcik ni potong line nak beli kek kat secret recipe kat kl sentral tuh. pastu pakcik ni boleh marah kat makcik tu balik. -.-'
sungguh x beradab.


ouh ya, orang jepun ni bukan setakat hari2 biasa tu ja beratur, di saat2 kritikal pon beratur. time earthquake yang teruk sampai ada tsunami dulu pon, banyak kedai tutup kan. pastu time nak ambik bekalan makanan tu, even semua orang lapar, tapi still, still BERATUR. xde yang lari kerumun2 macam semut lari2 pergi dekat gula tu.


yang ni kat sendai,somewhere in sendai, dorang tgh beratur untuk beli barang keperluan. time ni banyak kedai tutup sbb baru je lepas tsunami banyak kedai musnah. *ihsan google*


yang ni, dorang tgh beratur nak masuk kedai. situasi ceni boleh nampak kot kat mana2 ja kat jepun ni.



yang ni dorang beratur sebab nak beli iphone 5 yang baru keluar tuuuu rasanya. ouh my, dorang ni smart phone-freak rupanya. d:


sebenarnya i rasa sikap suka beratur ni adalah basic kepada terhasilnya banyak nilai2 murni macam sabar, tenang, menghormati orang lain,dan berdisiplin. benda simple which is BERATUR. tapi, hebatnya bangsa jepun ni sebab dari benda yg simple ni lah sebenarnya dah train diri mereka untuk praktikkan banyakkk sgt nilai2 murni tu.

tulah, kalau bangsa jepun ni jadi orang islam, mereka ni pasti jadi bangsa yang sgt sgt hebat. sebab dari segi kehidupan tu, mmg dorang sgt mengamalkan cara hidup yang dianjurkan islam. terutama dari segi kebersihan, semangat juang/kerja, disiplin diri, penjagaan masa, nilai2 murni, tatatertib. cuma, bangsa jepun ni kebanyakan mmg x mengenal Tuhan. mungkin lebih tepat kalau kita kata, mereka ni xnak ambik tahu pasal adanya Tuhan, adanya kuasa yang mengawal segaa sesuatu dekat muka bumi...sedih jap. tapi, kawan i mmg centu lah, dia cakap dia xnak ambik tahu TT


erm, tapi, insyaAllah...x lama lagi. bumi sakura ni pasti akan menjadi bumi islam. insyaAllah x lama lagi bolehlah makan KFC kat jepun ni. XD


usaha! Allah tengok usaha, bukan hasil! ganbarou!



x tahu itu sangat menyakitkan.

salam.

xpernah rasa kecewa ceni. huhhhh. sorrylah hari ni nak tulis jugak.

Ya Allah kecewanya dengan diri sendiri. entahlah. sejak datang jepun ni, masalah paling besar dalam belajar adalah saya x faham apa yang saya belajar.

eh tapi betul ke x faham? saya x pasti apa yang x kena. ada kelas yang faham betul, ada kelas yang memang blur terus. hurm. 

and sekarang sem ni sejak 3 bulan lepas, saya erm, saya busy dengan satu projek ni, projek individu di mana setiap student diberi tema and lab, and kena buat research pastu present.

sapa penah baca entry saya tulis pasal nuklear tu, haa benda alah tulah.

presentation saya pada 21 aribulan ni, which is next week. dah dekat. and rensyuu(practise) pon makin banyak, and jadual makin pack. siang malam saya bangun buat slide, fahamkan betul2, pinjam buku gedabak2 besaq kat library, search internet, baca research university2 lain and buat rujukan.

apa yang buat saya kecewa adalah, hurm, tadi pergi lab lagi, and practice present kat sensei pasal apa yang saya dah buat. 14minutes with 12 slides + 5minutes sesi soal jawab. sejak praktis, satu soalan pon saya tak boleh jawab. huh. tapi kalau x tahu, tu x cukup mengecewakan. the problem is, i cant make it into words. 



sensei tanya function machine yg digunakan dalam research. soalan senang. and hahhh i dah prepare jawapan kot, but in english la tapi, sebagai rujukan sendiri. sekali sensei tanya, and i was like translating english to japanese. TAPIIIII terms! terms adalah masalah paling besaq! scientific terms adalah key word tapi i x boleh translate it in japanese because i didnt know the terms in japanese! oh my God, is should prepare awal2 kan segala terms ni and bawak angkut satu kertas naik atas stage.

and sensei cakap yang saya ni x faham apa yang saya buat! hurm. huhh. baru rasaaa kecewaaa sangat bila apa yg kita nak sampaikan x tersampai dekat orang lain. rasa macammm ada beban dekat hati. sick! sick! 

sejak belajar kat jepun ni, banyak bendaa yang x dapat disampaikann dengan menyeluruh. faham tak? you want to say something, you want to give opinion, tapi perkataan tu x terkeluar. and sometimes, i x faham pon apaa yg sensei tu dok cakap kat depan. lagi merumitkan lagi keadaan adalah research ni pasal DNA. and i x pernah belajar biology, so i dont even know what is RNA. segalaaa bendaa yang terkandung dalam DNA. and bila kita nak belajar basic, i bacaa balik semua tu dalam english, supaya core(base) pada apa yg i nak research ni paham masuk dalam kepala otak betul2. TAPI, the thing is, bila sensei mengajar and cerita pasal DNA ni, kadang2 ada benda yang saya x terbaca, terlepas pandang, so, terus blur, and i was like "what are you saying??!!"

X TAHU ITU ADALAH SANGAT MENYAKITKAN. SANGAT.

dah x ingatdahh, since i came to japan, facing all the dugaan berdikari, dan paling penting dugaan belajar, i dont know, berapaaa banyak dahh yang saya rasa saya x bersungguh-sungguh buat sebabkan x tahu. sebab X TAHU. tapi bukan sebab xada pengetahuan maybe. tapi, sebab TIDAK TAHU APAKAH YG SEDANG BERLAKU PADA MASA ITU. haahh. i know you guys dont understand what im trying to say. me either. cakap macam org x waras. dahlah,  minta maaf. 

perlu berusaha lagi, semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 



Tuesday, December 11, 2012

muhasabah cinta

salam.

memanglah i ni kalau habitnya buat kerja yang kena guna komputer (report, assignment etc.) mesti nak dengar lagu/talk jugak. 2 dalam 1 kononnya. PAKEJ. telinga style melampau nak jugakkkk dengar sesuatu sementara tangan gigih menaip, mata pandang skrin, otak memahamkan perkara yg dibuat -.-

eh tapi serius, i suka buat centu. macam lagi produktif buat kerja. taktahu lah sejauh mana ke efektif an nya, tapi rasa gembira bila buat macam tu. okay, got it? why i have to explain this? -.-"

pastu pastu bilaaa dah dgr lagu tu, dia randomly play. i guna imesh. imesh tahu? i download imesh ni kat dalam computer and download laaa segala lagu yang nak. so, ada lebih kurang thousands of songs yg i dah download since i was in malaysia.(i kenal imesh ni 4 tahun lepas) so i create few playlist senang nak sort out mana yang suka nak dengar and mana yang untuk test kasi gegar gegendang telinga ja.

pastu, tetiba lagu ni dimainkan. hurm this song. this song and this videoclip, memang sangat terkesan la dalam hati. like seriously, first time i dengar, which is last year, rasa mmg entah. rasa suka kat lagu ni.

lagu ceni? haruslah x pernah dengar kan dulu. x remaja laa dengar lagu ceni! d:
aiyoo, pastu adalah pada suatu hari yang tenang tahun lepas, ada orang post lagu ni and dengan izin Allah i tersentuh hati nak g klik, lalu aduhh, x tahu nak cerita macam mana. hurm, rasa something.





sebab time tu pon macam baru kenal, baru "rasa" yang diri ini sebenarnya manusia eh. 
coz, i didnt know what "life" is before. serius. sejak dari sekolah, tahu study, get along with friends, socialize, desperately nak up-to-date segala bendaaaa - fashion, celebrity world, song and bla2..malas nak list dah. what past is past. 

tapi , mmg tepat pada masanya, last year bila ada masalah hati, masalah perasaan yang mmg sgt x berfaedah, kalau ingat balik macam lawak jugak. walaupun mengalami saat kritikal, tapi alhamdulillah ditempuhi dgn selamatnya.
tapi tulah, perancangan Allah adalah yang terbaik eh. bila kita isi hati kita dengan benda2 yang x sepatutnya, hati mmg xkan tenang. seriously x tenang. tapi janji Allah, bila kita nak kan kebaikan, kita tinggalkan apa yang Allah x suka, Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaAllah. (':


so videoclip and lirik lagu ni best lahhh. ada cakap pasal nikmat...pasal ujian.. 
hurm, kadang2 kan kita rasa kita ni hadapi banyak sgt ujian, tapi nilahhh ramai orang x sedar, yang nikmat Allah selalu melebihi ujiannya. and sebenarnya ujian tu juga satu nikmat kan? 

siapa sangka yang ujian tu sebenarnya boleh bawak kita balik menangis, sujud dan taat kembali kepada Allah? 
hati yang selama ni lalai, alpa, bila didatngkan ujian terus jatuh terduduk lalu mengenang balik apa yang dilakukan selama ini lalu membuatkan kita kembali balik kepada Allah? 

jadi itulah nikmat kan? Allah menguji hambaNya sebab Dia nak kita kembali kepada Nya. kann? so sweet (':

Tuesday, December 4, 2012

orang yang berjaya adalah orang yang banyak vocabulary. setuju?

salam

okay since i dont have the 'mood'. mood untuk siapkan segala slides presentation untuk dibawa menghadap muka sensei(prof) kesayanganku pada esok hari, maka tolong lah bagi i menulis kejap. paham tak perasaan susahnyaa nak cari mood untuk concentrate kerja? pahamm dakkk????!! serabut otak *screaming*


tadi i ada la tengok gambar ni, yang di tag oleh sorang akak senior ni.
ni la gambar tu, bawah ni adalah time bbq party + celebrate raya haji sekali. 



hahahaha. padahal bukan nak cerita pasal gambar ni. tapi, gambar ni buat i teringat kat kisah pasal vocabulary ni. 

vocabulary eh. haha. adala time bbq tu kan, i pergi join budak2, kanak2, anak2 kepada senior2 ku yg belajar kat sini, bermain pasir. MAIN PASIR okay! ce tengok gambar atas ni, belakang tu ada pasir taww, walaupun tak sehalus mulus pasir kat malaysia. sumpah best gile! lama sungguh x main pasir. serius.

maka dengan skirt kaler putih pon pedulilahh, duduk jugak atas pasir tu and main lah sampai bersepah kotor skirt. tapi xpa, skirt boleh basuh, peluang main jarang nak dapat.  style tak ayat! d:
pastu time tengah dok main bajet nak buat istana pasir tu, ada la sorang budak kecik ni datang dekat and makin dekat....lalu terdengarlah satu suara menyapa,

"auntie..."

(dorang semua panggil i auntie hokayyy! ah tapi  xpelah, xkisahlah.dah pasrah dah -.-')

budak kecik : auntieeee...auntie buat apaa?

fin : saya nak buat istana pasir. 

budak kecik : nak buat jugak auntie. nak buattt!

fin : okay ceni cara2 nya, ambik cup tu isi air separuh, pastu letak pasir sampai penuh and terbalikkan atas tanah.

budak kecik lalu memanggil kawannya lalu buat apa yg i suruh secara berjemaah.

tapi tapi tapi, dorang g terbalikkan cup ada tanah tu dekat tempat pasir yang ada batu2. pastu dahhhh jadi tunggang terbalik x cantik la sebab tanah x rata.

so, i cakap la kat dorang,

"terbalikkan dekat kawasan yang rata

pastu budak2 kecik ni, berpindah ke kawasan yg senget benget, ada lubang2 siap. maka i pon cakap lagi, 

"cari kawasan yang rataaaaa"

dahh tetiba sorang budak kecik ni cakap,

"auntiee , RATA tu apaa? x faham laaaa" sambil muka macam nak merajuk.


*pengsan*

 rupa2 nya dorang ni x faham rata tu apa. aduh. patutlaaa... -.-"

maka i pon tergamam la hampir 30 saat sambil berfikir 'apakah itu rata? bagaimanakah untuk menerangkan perkataan rata dekat budak kecik 4-6 tahun?'

otak ligat fikir, pastu x dapat jawapan, dgn pentasnya i alihkan soalan tu kat kohai(junior) sorang i.
junior i jawab ceni, " rata tuu maksudnya xde lubang..(sambil tangan tunjuk cara meratakan pasir before terbalikkan cup)" 

hahaha! i rasa i teruk gak laaa bab2 bahasa ni. aduh. serius tak terkeluar idea langsung pasal "rata" tu. 

bukan kes tu saja, before ni ada budak kecik ni tanya i, "bangunan tu apa?" 
dahh pulak dahhhh, time tu kat kampung, bangunan pulak xdak dekat2 situ. kalau dak, kan senang, boleh tunjuk ja. -_-"

haihh, maka i pun cakap kat dia, "bangunan tu benda petak, tinggi2, ada orang kat dalam". 
berkerut-kerut dahi budak ni nak paham. aiyooo, pastu i lukis lah bagi dia. pastu tataw la dia paham ke dak, tapi nampak gaya macam dia faham and berpuas hati gak dgn lukisan i. (nampakk takkk pandaii lukiss???! d:)

peristiwa2 centu kekal dalam ingatan la. sebab rasa lawak, and maybe sebagai peringatan jugak eh. bila bercakap dengan kanak2, vocabulary yang dorang ada pon terhad kan, so kita ni x payahlah nak pergi guna high level punya terms kan. kalau rasa nak guna perkataan yg zezassss sikit, maka bersedialah untuk berpeluh ditanya soalan2 seperti yg i kena tanya tu. 

pasni, kena banyakkan membaca lagi, untuk banyakkan lagi vocab2 supaya senang nak explain banyak perkara.

berbalik pada tajuk i kat atas ni, ada senior i ni cakap, orang yang berjaya adalah orang yang banyak vocabulary dia. i tak tahu la tu kata2 dari org femes mana, x ingat tapi centulah. dia kata, sebab banyak vocab lah sesorang tu berjaya menyampaikan apa yang dia nak sampaikan tu dengan berkesan. paham?


banyak vocab dengan tinggi vocab lain taw! tinggi vocab kedebabom punya bahasa, tapi orang x paham buat apa. sebab tu la pentingnya banyak vocab. kalau banyak vocab, bila kita sampaikan sesuatu and orang x paham, kita boleh guna perkataan lain untuk bagi seseorang paham. 

contohnya gini, ayat macam "mensekularkan agama", ada orang paham ada org x paham kan, dah kalauuu vocab x cukup, orang tanya "apa maksudnya tu?" kita tataw nak explain, kita bantai g cakap,  "alaaa, yang macam sistem pemerintahan kat turki tu" 
agak2 pakcik yang umur 40 tahun boleh paham dak? pakcik yg dah 40 tahun guna BM pon belom tentu paham.

tapi kalau kita jawab "sekular tu maksudnya mengasingkan. so kalau mensekularkan agama tu, maksudnya macam memisahkan agama..." mungkin pisah dari segi pemerintahan ka perundangan ka, boleh sambung la lagi ayat lepas tu.

haaa nampak tak? jawapan yang second ni lagi jelas la dari jawapan first yg macam mintak kasut tu. -.-

so apa  maksudnya? maksudnya banyakkanlah membaca. membaca kaa mendengar kaa x kisahlah, tapi cari input eh. input penting la untuk output kan. output kan bercakap. so kalau nak communication kita berjalan dengan baik, kita kenalah mantapkan input jugak. skrg dah masuk U xdak kelas BM kan? so pandai2 lah luaskan input tu eh.

sekian secebis. marilah membaca, membaca tangga kejayaan. ^^




Thursday, November 29, 2012

saya nak major pasal nuclear.

salam.

aci tak dua post dalam masa kurang 3 jam?? haha. biasalahhh orang kata perubahan emosi. hihi d:

 jiwa kacau sikit. maka kita menulis~

Friends18.com Orkut Scraps

mungkin ramai x tahu i ni student mechanical engineering. haaaa! jgn main2, i pandai silat taw! 

and sekarang i dah masuk kepada division material and evaluation. yes! i dapat first choice time rebut2 pilih division mana kita nak masuk dulu. 

so far, plannya mcm tulah. i ambil material sebab under material ni nanti i nak further dalam course berkaitan nuclear dari sudut material. 

so, skrg i dah masuk satu lab ni, training. xde keja sgt pon, and sensei(prof) layan i baik sgt. kat lab ni, i kena buat research,and sensei bagi i buat apa jaa research yg i suka, and sensei tolong2 borak dgn i, dengar i merungut, and cari2 maklumat and bagi pendapat. hihi

so, i buat la research pasal the effect of radiation to human DNA.
research nii mmg i sukaaa gila kot. serius. dari dulu lagi, sejak i tau cerita pasal kerosakan loji nuklear kat chernobyl, and apa yg jadi kat manusia2 yg terkena radiation tu. mmg nakkk sgt tahu pasal benda ni!

serius. you all tak rasa ke mcm wahhh, mcm mana nuklear energy tu, dari sebijik atom, digabung2 dapat hasilkan berbagai jenis radiasi, and dari salah satu radiasi tu apabila bertemu dengan sel sel manusia yg dalamnya ada DNA, lalu merosakkan struktur DNA tu. sebab tu lah jadinya kanser atau mutasi.

oihh, ckp mcm keling. sorry. tapi i taktaw istilah2 research yg i buat ni dalam bm, sbb semua buat dlm japanese. ada la dua tiga kerat cari jugak information dalam english.  

best kan? tgok atom2 ni rasa kagum! benda kecik, x nampak pon dgn mata kasar, tapi energy yg dihasilkan dari nuclear ni mmg gedabak besar.

pastu cam waaaaauuuu sungguh!! macam mana sinaran radiasi yang kita tak nampak tu, boleh masuk sampai ke dalam badan manusia lalu merosakkan DNA yang ada dalam sel manusia. tawu kan yang sel tu kecik. alaaaa sel yang ada nucleus kat tgh tu. sel tu kecik sgt sampai kena guna mikroskop baru boleh nampak. haaa, dalam sel tu baru ada DNA. nampak takkk nak cakap betapa keciknyaaaa DNA tu!!

susah sgt nak explain, nih i bagi gambar. 



subhanAllah. hebat kannn!! hebat kan cena cahaya radiasi tu boleh merosakkkan DNA yg kecik gilaaaaa tu secara senyap. pembunuh secara senyap laaa orang kata. hebat kann tu!!!

menakutkan pon ada gak. aha. i pon pelik sbnrnya kenapa i minat benda2 ceni. tapi xpalah, sebab minat tu penting untuk buat kita rasa nak tahu.

belajar. hurm, belajarlah apaaaa pon kat dunia ni, setiap benda tu mesti ada yang membuatkan kita sedar kebesaran Allah. 

ouh, i akan present pasal research ni 21 december nanti. doakan ya, terima kasih! (:

kalau presentation ni berjaya, insyaAllah i ingat nak deep kan lagi belajar pasal nuclear ni. since malaysia xdak pasal nuclear2 ni. 

semoga ilmu yang dipelajari ini bermanfaat bukan untuk diri ja tapi untuk ummah. 

ganbarou!




manusia boleh permainkan mesin!

salam.

dah lama i x menulis. haha. boleh gelak je la.sorry. d:

hari ni i satu group ada 6 orang semua balik jikken(experiment) awal. awal 30minit wo! haha. padahal i ni tukang angguk and sebut data je, terima kasih laaa kawan2 segroup ku yang sungguh efektif sekali buat kerja. zass!

mana taknya! meh sini nak cite. kan bila jikken kan, ada procedure kan, urutan step2 yang perlu dibuat. btw, ni jikken electric n electronic taw. 

so, we all ni, bila sensei(cekgu) kata, "okay start jikken!", excited x hingat dunia, komputer ada sebijik ja satu group, 6 kepala berebut dok sua muka dekat komputer yg sebijik tu. -_-" tapi, sorang ja yg boleh buat keja, sebab KOMPUTER SEBIJIK ja dia bagi. maka nya i  dilantik jadi tukang sebut data. 

SEBUT eh. jgn main2. ingat senang ke jadi tukang sebut data ni. bebelit-belit lidah dok sebut nombor2 ceni "0.02567893 Volt" dan yg sewaktu dengannya. haa ce buat ce buat. bukan dalam bm ke bi ke, dlm bahasa jepun kot. data ni pulak nak amik pun ada la dalam 30kali kena amik data berlainan. cis. siap tersalah sebut siap, kena bantai gelak habis satu group. *berpeluh*

dah melalut. ouh haaaa,nak cerita awat kami punya group ni habis awal kan. setiap kali before jikken ni mesti ada setsumei(penerangan) dari sensei pasal report and hasil data yang patut dapat.

tetiba ada laaa sorang pencetus idea bernas ni kan, yang cadangkan kami ni buat data ikut graph yang patut dapat, bukan buat graph ikut data yg dapat. paham?

hahahaha. pening sikit ~_~


benda petak atas ni, kami kena ambik data kat RMS tu yang kaler biru and hijau tu. ambik la ulang berjuta kali, sambil adjust frequency.

si pencetus idea ni hahahahaha, bagi idea suruh g click bagi dapat data yg sepatutnya ikut graph. maksudnya, kami agak2 bentuk graph dulu baru amik data bagi dapat cantik. cis. 

dan hasilnya, mmg cantiklahhh graph kumpulan kami, siap dapat pujian lagi, and mmg dapat balik awal lah kann! >< yeehaa!

pastu time tengah ambik data tu, i terpk la kan, mesin eh, mesin tu hebat kot. teknologi mesin, litar elektrik yg dahsyat gak la kan. kena tipu dgn manusia!

pastu lepas termenung sejenak berfikir, logik la jugak. sbb manusia yg cipta mesin tu, so mmg patutlah kan manusia boleh buli mesin tu. -_-

hebat kan? contoh macam kalkulator tu kita rasa hebatnyaaaa sbb pantas gila buat kiraan, tapi pada asalnya manusia yang cipta kalkulator tu, so manusia la lagi hebat..

hurm, lama2 buat jikken ni selalu terpk pasal hebatnya otak manusia. 
hebatnya kuasa Allah cipta manusia. 

mesti ada sebab kan kenapa Allah cipta manusia ini dengan sangat hebat kan berbanding makhluk2 lain? 





Tuesday, October 30, 2012

angan-angan kecil dan hari raya.

salam.

tataw. nak bubuh tajuk apa. tajuk tu macam lawak. 

setiap kali dalam kelas i akan pasang angan2 ceni, "balik kang nak tulis blog, nak tulis ceni2. idea mencurah-curah ke ladang gandum" kenapa ladang gandum eh? -.-'

tapi, bila melangkah sahaja kaki masuk ke dalam rumah sepulangnya dari sekolah, terus rasa macam ish membazirnyaaa kalau spend masa tulis blog. hahahaha.

makanya terabailah blog ini berbulan lamanya. d:

eh heyyy! btw, selamat hari raya aidil adha! mesti best kan raya korban! kalau kat rumah, i mesti makan segala bihun sup, kari daging, daging bakar and segala makanan yg resepinya menggunakan daging. almaklumlah musim korban, daging lembu berada di mana2. setiap orang berkongsi kegembiraan yang sama. *tetiba*

tapi kat sinii, raya first pergi sekolah. sobs. maka beriyalah iron jubah di malam raya nak pakai di hari raya, lalu mendapat pandangan mata pelik oleh rakan sekelas pada hari raya tersebut.

ahah. pedulilahh pada pandangan2 itu sebab, kalau dah mood raya tu, mood raya jugak~

raya first. time rehat. sempat lagi bergambar! inilah orang panggil skill curi masa g tangkap gambar! :D



ouh ni hah. raya ketiga. boleh pulak dok p join fashion show. hahaha~ fashion show lah sgt kan d:
gaya tu pulak bajet ayu habis, haihh nur fatihin padahal~... -_-"


eh, apa motif nii tulis blog hari ni. aiyoo. xdak motif, senyum. minta maaf. nanti i tulis lagi bila dah ada idea yg lebih bernas! kalau tak, jadi ceni haaa, tulis tanpa motif. -_-

ouh ya, and hari ni birthday one of my close friend. happy birthday awak! semoga dirahmati Allah selalu. cepatnya kann masa berlalu.. (:

Thursday, May 24, 2012

pakai shawl cantik kan?

assalamualaikum wbt. salam jumaat! :D



saya juga pernah jahil. because i didnt know, and dont want to know.  and now im still, struggling my very best to become a practising muslim. but, i have to share with you about this. 






‎"Because the best way to learn, is to teach it" - imam anwar alawlaki 


semoga kita tidak menjadi mangsa2 fashion dan persekitaran. hanya kerana nak nampak up-to-date, kita lupa, LUPA apakah arahan Pencipta kita. Lupa siapa yg beri nikmat bernafas pada kita. Lupa siapa yg bagi kita ada di dunia ini.

BUKAN manusia yg harus kita fikirkan, BUKAN manusia yang kita nak ambil hati, BUKAN manusia yang kita nak puja2, BUKAN manusia yang kita perlu bergantung harap untuk terus hidup.

HANYA ALLAH, HANYA ALLAH, HANYA ALLAH 

Tiada sesuatu sebab lain untuk setiap perkara yg kita lakukan di dunia ini melainkan untuk meraih cinta Allah (aim : syurga)  (':


p/s : jika sekiranya malaikat maut dtg menjemput pada esok hari, sudah yakinkah amalan kita ini akan membawa ke syurga? *muhasabah diri* 

pesan dari murabbi saya, "tak perlu tunggu ikhlas untuk buat apa yg WAJIB, apa yang Allah suruh. paksa diri BUAT dulu, then lambat laun akan ikhlas juga." 

Saturday, February 4, 2012

kami merinduiMu..(':

hello. hello. hello testing.

salam. *lamanya x menulis* (':

adakah faktor kedewasaan mnyebabkan sy makin malas untuk menulis? entahlah. mungkin ya mungkin tidak.hurm. abaikan.


sempena maulidur Rasul ni, mari berselawat kepada Baginda..

saya pasti anda semua merindui Baginda...jadi, jom! berselawat kepadanya. 





check,

nama penuh Baginda?

anak berapa org?

siapa isteri Baginda?

siapa ayah, ibu, datuk, dan bapa saudara Baginda?

pada umur brapa wahyu pertama Baginda?

anda tahu kisah perjuangan Baginda?

10 org sahabat baginda yg dijamin masuk syurga?

sunnah2 Baginda?

adakah anda tahu, adakah kita tahu?

kalau lagu Selena Gomez boleh hafal sampai habis, tawu dia umur brapa, latest gossip semua, tapi kalau AT LEAST 5 soalan kat atas tu x boleh jawab...

saya rasa diri saya failed sbg manusia -.-"

jahil mengenal manusia terbaik ciptaan Allah, yg seharusnya dijadikan ikutan, role model, idola kepada kita semua.. maka apa alasan kita utk tidak mengambil tahu segala kisah hidup Baginda walhal dia adalah utusan Allah kepada kita semua...(':

kalau anda juga rasa anda pernah failed macam saya dulu, jgn risau, masih belum terlambat utk kembali cari ilmu dan jawab segala soalan,belajar dan fahamkan, praktikkan apa yg Rasulullah buat lalu dapat A++ di mata Allah..insyaAllah.. (':
#muhasabah diri