Wednesday, December 12, 2012

bangsa beratur

salam.

disebabkan i berada kat bumi matahari terbit nih, i rasa bertanggungjawab untuk cerita pasal segala nilai2 murni yang boleh kita ambik dari orang2 jepun nih. itulah tujuan sebenar malaysia hantar student dia ke luar negara kan? untuk belajar sesuatu yang x ada kat malaysia, and paling penting ambik bawak balikk segala perkara2 baik untuk dipraktikkan kat malaysia. kan? 

okay salah satu nilai murni yang BEST kat sini adalah, sikap BERATUR. 

orang jepun ni mmg dari kecik2 diajar, jgn nak berebut, apaaa segala bendaaa pon kena beratur. naik bas beratur, bukan naik bas je time tunggu bas pon beratur, beli makanan beratur, hantar kerja sekolah pon beratur, nak g toilet pon beratur, nak masuk dewan beratur, even ada earthquake semuaaa kelam kabut nak lari keluaq bangunan pon BERATUR! nampak tak nak cakap betapaa sukanyaaa mereka beratur? (':


and mmg agak jarang lah nak jumpa org yang potong line, atau gaduh2 sebab potong line nih. lol. kat malaysia selalu kot. i penah nampak makcik ni gaduh ngan sorang pakcik sbb pakcik ni potong line nak beli kek kat secret recipe kat kl sentral tuh. pastu pakcik ni boleh marah kat makcik tu balik. -.-'
sungguh x beradab.


ouh ya, orang jepun ni bukan setakat hari2 biasa tu ja beratur, di saat2 kritikal pon beratur. time earthquake yang teruk sampai ada tsunami dulu pon, banyak kedai tutup kan. pastu time nak ambik bekalan makanan tu, even semua orang lapar, tapi still, still BERATUR. xde yang lari kerumun2 macam semut lari2 pergi dekat gula tu.


yang ni kat sendai,somewhere in sendai, dorang tgh beratur untuk beli barang keperluan. time ni banyak kedai tutup sbb baru je lepas tsunami banyak kedai musnah. *ihsan google*


yang ni, dorang tgh beratur nak masuk kedai. situasi ceni boleh nampak kot kat mana2 ja kat jepun ni.



yang ni dorang beratur sebab nak beli iphone 5 yang baru keluar tuuuu rasanya. ouh my, dorang ni smart phone-freak rupanya. d:


sebenarnya i rasa sikap suka beratur ni adalah basic kepada terhasilnya banyak nilai2 murni macam sabar, tenang, menghormati orang lain,dan berdisiplin. benda simple which is BERATUR. tapi, hebatnya bangsa jepun ni sebab dari benda yg simple ni lah sebenarnya dah train diri mereka untuk praktikkan banyakkk sgt nilai2 murni tu.

tulah, kalau bangsa jepun ni jadi orang islam, mereka ni pasti jadi bangsa yang sgt sgt hebat. sebab dari segi kehidupan tu, mmg dorang sgt mengamalkan cara hidup yang dianjurkan islam. terutama dari segi kebersihan, semangat juang/kerja, disiplin diri, penjagaan masa, nilai2 murni, tatatertib. cuma, bangsa jepun ni kebanyakan mmg x mengenal Tuhan. mungkin lebih tepat kalau kita kata, mereka ni xnak ambik tahu pasal adanya Tuhan, adanya kuasa yang mengawal segaa sesuatu dekat muka bumi...sedih jap. tapi, kawan i mmg centu lah, dia cakap dia xnak ambik tahu TT


erm, tapi, insyaAllah...x lama lagi. bumi sakura ni pasti akan menjadi bumi islam. insyaAllah x lama lagi bolehlah makan KFC kat jepun ni. XD


usaha! Allah tengok usaha, bukan hasil! ganbarou!



2 comments:

Hawa Ahmady said...

Bestnya.. jeles ngan awak... hehe.. bilalah kita berpeluang ke Jepun.. wuwuwu

cik amal said...

sabar jugak diorang ni... terlalu ramai yg beratur pulak tuu