Tuesday, January 29, 2013

wanita dan hukum. BERHENTILAH MELABEL!!!


salam wbt.

dekat facebook saya mmg saya suka tgok perkara2 isu semasa. lepas tu, saya suka baca komen2 orang, to be specific, komen2 dari orang2 kita lah, orang malaysia kan. sebab dari situlah kita boleh nilai bagaimana mentaliti and pemikiran masyarakat sendiri.

latest yang saya perasan pasal wanita muslimah. kalau cakap pasal wanita muslimah, memang pasal hukum lah. dekat facebook ni banyak betul cakap pasal hukum untuk wanita. ini x boleh. ini x patut. ini kalau yang cakap dgn cara baik, kalau yang lawan jantina ada yang lebih cenderung menghina. 
saya tertarik la dengan komen2 yang macam ni sebenarnya, 

"fesyen2 ni semua tabarruj, haram."  
"warna2 terang ni tabarruj!"
"mekap pon tabarruj, haram"

APAKAH ITU TABARRUJ?
disebabkan saya xdak ilmu dalam bidang ni, jadi kita rujuk pada orang yang berilmu. saya ambik petikan ni dari blog ustazah fatimah syarha. 

"..isu-isu fiqah ini banyak perbezaan pendapatnya. Ianya suatu rahmat. Misalnya maksud ‘tabarruj’ ini, ada pelbagai definisi oleh para ulama. Ada yang berkata, membuka leher dan tempat anting-anting. Pendapat lain mengatakan ia suatu perbuatan berjalan melenggang-lenggok. Pendapat lain, membuka aurat.
Di sini, Allah benarkan kita berbeza. Semuanya dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala. Melayani perkara khilaf seperti ia bukan khilaf adalah suatu sikap yang tidak adil atau zalim."

so, APA ITU FESYEN?
disebabkan saya juga bukan pakar bahasa, kita google sikit. :D
fesyen bermaksud gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. 

jadi, erm, adakah berfesyen itu tabarruj? 
sebenarnya, pada pendapat saya yang x berilmu ni (tapi saya percaya setiap manusia ada hak beri pendapat), fesyen ke, mekap, warna2 terang ke, semua tu tidak bersalah. sebab definisi perkataan2 tu bagi setiap manusia adalah berbeza. 

macam fesyen, seperti definisi yg encik google cakap atas tu, x dak pon definisi yang kata, "fesyen adalah berpakaian ketat, menjolok mata dan seksi". xdak. fesyen tu bergantung pada individu tulah. kalau lah tgh trending pasal "tudung hana tajima", and dia suka lepas tu dia pakai macam hana tajima, tapi di pastikan menutup aurat dengan sempurna (cover chest, x jarang, x ketat etc.). so, adakah perkara ini tidak dibenarkan dalam islam?

mekap pulak. ada light make up, ada heavy make up. kalau setakat pakai bb cream, compact powder and lip balm secuit, ini masuk kategori bermekap ke? kalau pakai foundation, lipstick natural color, eyeliner ke, maksudnya daily make up just untuk nampak fresh. jadi setakat mana yang dikatakan masuk dalam kategori tabarruj? 

aaa lepas tu, saya x setujulah ada saya nampak satu poster ni dgn gambar animation pastu ada tulis.
"buat apa pakai shawl ni, buang masa nak belit2. baik pakai tudung labuh, lagi Allah sayang."

pakai shawl. pakai shawl pon ada banyak jenis, ada yang pakai singkat, ada yang pakai ikut apa yang disyariatkan islam. so, apa salah shawl niii? dalam Al-Quran Allah berfirman untuk kita menutup aurat. bukan suruh pakai tudung labuh. Tudung labuh adalah salah satu cara untuk menutup aurat, shawl pon! macam mana dia tahu Allah lagi sayang orang pakai tudung labuh sedangkan yang pakai shawl tu menutup aurat sama macam dia jugak?

 jadi, saya x suka lah salah faham yang banyak berlaku ni, sehinggakan banyak orang menjauhi islam itu sendiri. contohnya, ada org nak berubah tapi takut " xnak lah berubah nanti kena pakai tudung labuh". padahal kalau dia dah pakai shawl, kita gantikan ja dgn yg lebih besar, x jarang, tarik tutup dada bagi kemas.

pastu warna terang. yang ni banyak pendapat, banyakkk sangat pendapat. maksudnya ada khilaf dari segi hukumnya. pakai stokin stripe2 contohnya, adalah kempen pasal pakai stokin ni, pastu ada orang komen "buat apa pakai stokin kalau pakai warna terang2 macam tu?". padahal, kita tahu menutup aurat itu wajib. adakah org yang bertanya soalan tu nak kata yang kerana isu khilaf, lebih baik kita tidak perlu menutup aurat? which is obviously salah. menutup aurat adalah hukum Allah dan patut dipatuhi. isu warna terang adalah pilihan masing2 mengikut pendapat orang berilmu yang diyakini masing2. 

sebenarnya, saya rasa bahawa, fesyen, make up, shawl, warna terang semua tu x bersalah. 
kita dan pembawaan diri kita, pemahaman mengenai ilmu Allah dan sejauh mana keimanan kita kepada Allah adalah yang penting. kita pakai lah apa pun, tapi bila kita beriman kepada Allah, kita akan membataskan diri kita pada sesuatu perkara, tanpa perlu disuruh oleh sesiapa.  

apa kata kita, erm berhenti melabel. yes, BERHENTI MELABEL. 

contohnya, mungkin ada orang yang merasakan nak kena letak bunga dekat tudung, sebab dia suka bunga, suka sangat bunga, so dia beli la pin bentuk bunga dan pin kan di tudung kat kepala. kita nii jangan nak dok pi pandai2 kata, "eh niii tabarruj nii,, harammm!" 

sebab ya, anda tidak tahu sejauh mana yang dikatakan tabarruj, sebab seperti yang saya katakan tadi, ianya banyak pendapat. sebaliknya, kita anjurkan kesederhanaan. "eh nii, besar sangat ni  bunga ni, cuba beli yang kecik sikit"...contohh XD

islam itu mudah. islam bukan suatu agama yang bersandarkan hukum semata-mata, tetapi juga bersandarkan pembinaan hati. jadi, jangan jadikan isu2 khilaf ni sebagai punca perbalahan sesama kita which is sangat tak menguntungkan.

jadi, berhentilah melabel ni haram, tu haram, ni tabarruj. 

wallahualam. 

nota kecik : saya ada baca ada org tanya soalan kat seorg pendakwah bebas ni lah, 

A: "apa pendapat akhi tentang wanita yang ber'vlog'? banyak betul peminatnyaa!"

B: "adakah wanita tersebut menutup aurat dgn sempurna dan bercakap mengenai perkara2 yang baik?"

A: "ya"

B: "tidak ada masalah"

A: "walaupun dia ada ramai peminat?"

B: "ya. kalau dia dah menutup aurat dengan sempurna dan bercakap mengenai perkara2 yang baik pastu masih ada lelaki2 yang menggatal dan menggedik, masalahnya ada pada lelaki tersebut, 
Allah berfirman, supaya lelaki dan wanita menjaga pandangan masing2. Allah suruh dua2, bukan sorang ja. maksudnya kalau yang wanita ni dah menjaga dirinya, auratnya, jadi kenapa wanita ni pulak yang harus dipersalahkan?"

komen sikit, yang cakap kat atas ni surah An-Nur : 30-31. Allah bagi arahan kepada lelaki terlebih dahulu sebelum bagi arahan kepada wanita. tapi kebanyakan kita cenderung menyalahkan wanita semata-mata, pakai terang lahhh, tabarruj lahh, suara lembut menggoda lah. padahal kalau dah suara perempuan tu lembut, nak buat macam mana? xpayah bagi bercakap? -.-" 

kalau ada wanita pakai stokin polkadot, pastu lelaki yang melihat ni tertarik, kenapa pulak nak salahkan wanita ni, walhal wanita ni menutup aurat. kenapa tidak disalahkan diri sendiri yang tidak menghijab pandangan??  adakah lelaki ni nak kata, perempuan tidak boleh memakai sesuatu yang berwarna? 

kalau ada perempuan yang putih gebu luar sana, yang kalau x pakai lipstick pon bibir pink cantik, sampai ada lelaki yang melihatnya terus suka, tapi dia menutup aurat dengan sempurna, menjaga maruah, adakah salah dirinya kerana dikatakan menarik perhatian?padahal itu adalah kecantikan aslinya, Allah yang bagi.  kenapa bukan salah lelaki itu yang tidak menghijab pandangan, pandangan mata dan pandangan hati?

CENDERUNG MENYALAHKAN WANITA, walaupun wanita sudah berusaha menutup aurat seperti yang dianjurkan islam .(saya bercakap mengenai wanita yang menutup aurat sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, bukan yang setakat sarung tudung, pakai ketat2 tu).
wanita x boleh buat ni, wanita tak boleh buat tu, wanita yg salah sebab pakai kaler tu, wanita salah sebab suara lembut, semuanya nak salahkan wanita, padahal diri sendiri tu punya keimanan, hijab hati tu xnak check, xnk renew, cenderung menyalahkan orang lain. 
saya hilang hormat pada mereka yang begini. *emo*

entry panjang di musim exam. sorry T_T

1 comment:

Aisyah Kz said...

Salam,saya agree sangat opinion awk psl tabarruj tu :).keep it up .harus hindari diri drpd melabel org x tntu pasai