Tuesday, January 29, 2013

wanita dan hukum. BERHENTILAH MELABEL!!!


salam wbt.

dekat facebook saya mmg saya suka tgok perkara2 isu semasa. lepas tu, saya suka baca komen2 orang, to be specific, komen2 dari orang2 kita lah, orang malaysia kan. sebab dari situlah kita boleh nilai bagaimana mentaliti and pemikiran masyarakat sendiri.

latest yang saya perasan pasal wanita muslimah. kalau cakap pasal wanita muslimah, memang pasal hukum lah. dekat facebook ni banyak betul cakap pasal hukum untuk wanita. ini x boleh. ini x patut. ini kalau yang cakap dgn cara baik, kalau yang lawan jantina ada yang lebih cenderung menghina. 
saya tertarik la dengan komen2 yang macam ni sebenarnya, 

"fesyen2 ni semua tabarruj, haram."  
"warna2 terang ni tabarruj!"
"mekap pon tabarruj, haram"

APAKAH ITU TABARRUJ?
disebabkan saya xdak ilmu dalam bidang ni, jadi kita rujuk pada orang yang berilmu. saya ambik petikan ni dari blog ustazah fatimah syarha. 

"..isu-isu fiqah ini banyak perbezaan pendapatnya. Ianya suatu rahmat. Misalnya maksud ‘tabarruj’ ini, ada pelbagai definisi oleh para ulama. Ada yang berkata, membuka leher dan tempat anting-anting. Pendapat lain mengatakan ia suatu perbuatan berjalan melenggang-lenggok. Pendapat lain, membuka aurat.
Di sini, Allah benarkan kita berbeza. Semuanya dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala. Melayani perkara khilaf seperti ia bukan khilaf adalah suatu sikap yang tidak adil atau zalim."

so, APA ITU FESYEN?
disebabkan saya juga bukan pakar bahasa, kita google sikit. :D
fesyen bermaksud gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. 

jadi, erm, adakah berfesyen itu tabarruj? 
sebenarnya, pada pendapat saya yang x berilmu ni (tapi saya percaya setiap manusia ada hak beri pendapat), fesyen ke, mekap, warna2 terang ke, semua tu tidak bersalah. sebab definisi perkataan2 tu bagi setiap manusia adalah berbeza. 

macam fesyen, seperti definisi yg encik google cakap atas tu, x dak pon definisi yang kata, "fesyen adalah berpakaian ketat, menjolok mata dan seksi". xdak. fesyen tu bergantung pada individu tulah. kalau lah tgh trending pasal "tudung hana tajima", and dia suka lepas tu dia pakai macam hana tajima, tapi di pastikan menutup aurat dengan sempurna (cover chest, x jarang, x ketat etc.). so, adakah perkara ini tidak dibenarkan dalam islam?

mekap pulak. ada light make up, ada heavy make up. kalau setakat pakai bb cream, compact powder and lip balm secuit, ini masuk kategori bermekap ke? kalau pakai foundation, lipstick natural color, eyeliner ke, maksudnya daily make up just untuk nampak fresh. jadi setakat mana yang dikatakan masuk dalam kategori tabarruj? 

aaa lepas tu, saya x setujulah ada saya nampak satu poster ni dgn gambar animation pastu ada tulis.
"buat apa pakai shawl ni, buang masa nak belit2. baik pakai tudung labuh, lagi Allah sayang."

pakai shawl. pakai shawl pon ada banyak jenis, ada yang pakai singkat, ada yang pakai ikut apa yang disyariatkan islam. so, apa salah shawl niii? dalam Al-Quran Allah berfirman untuk kita menutup aurat. bukan suruh pakai tudung labuh. Tudung labuh adalah salah satu cara untuk menutup aurat, shawl pon! macam mana dia tahu Allah lagi sayang orang pakai tudung labuh sedangkan yang pakai shawl tu menutup aurat sama macam dia jugak?

 jadi, saya x suka lah salah faham yang banyak berlaku ni, sehinggakan banyak orang menjauhi islam itu sendiri. contohnya, ada org nak berubah tapi takut " xnak lah berubah nanti kena pakai tudung labuh". padahal kalau dia dah pakai shawl, kita gantikan ja dgn yg lebih besar, x jarang, tarik tutup dada bagi kemas.

pastu warna terang. yang ni banyak pendapat, banyakkk sangat pendapat. maksudnya ada khilaf dari segi hukumnya. pakai stokin stripe2 contohnya, adalah kempen pasal pakai stokin ni, pastu ada orang komen "buat apa pakai stokin kalau pakai warna terang2 macam tu?". padahal, kita tahu menutup aurat itu wajib. adakah org yang bertanya soalan tu nak kata yang kerana isu khilaf, lebih baik kita tidak perlu menutup aurat? which is obviously salah. menutup aurat adalah hukum Allah dan patut dipatuhi. isu warna terang adalah pilihan masing2 mengikut pendapat orang berilmu yang diyakini masing2. 

sebenarnya, saya rasa bahawa, fesyen, make up, shawl, warna terang semua tu x bersalah. 
kita dan pembawaan diri kita, pemahaman mengenai ilmu Allah dan sejauh mana keimanan kita kepada Allah adalah yang penting. kita pakai lah apa pun, tapi bila kita beriman kepada Allah, kita akan membataskan diri kita pada sesuatu perkara, tanpa perlu disuruh oleh sesiapa.  

apa kata kita, erm berhenti melabel. yes, BERHENTI MELABEL. 

contohnya, mungkin ada orang yang merasakan nak kena letak bunga dekat tudung, sebab dia suka bunga, suka sangat bunga, so dia beli la pin bentuk bunga dan pin kan di tudung kat kepala. kita nii jangan nak dok pi pandai2 kata, "eh niii tabarruj nii,, harammm!" 

sebab ya, anda tidak tahu sejauh mana yang dikatakan tabarruj, sebab seperti yang saya katakan tadi, ianya banyak pendapat. sebaliknya, kita anjurkan kesederhanaan. "eh nii, besar sangat ni  bunga ni, cuba beli yang kecik sikit"...contohh XD

islam itu mudah. islam bukan suatu agama yang bersandarkan hukum semata-mata, tetapi juga bersandarkan pembinaan hati. jadi, jangan jadikan isu2 khilaf ni sebagai punca perbalahan sesama kita which is sangat tak menguntungkan.

jadi, berhentilah melabel ni haram, tu haram, ni tabarruj. 

wallahualam. 

nota kecik : saya ada baca ada org tanya soalan kat seorg pendakwah bebas ni lah, 

A: "apa pendapat akhi tentang wanita yang ber'vlog'? banyak betul peminatnyaa!"

B: "adakah wanita tersebut menutup aurat dgn sempurna dan bercakap mengenai perkara2 yang baik?"

A: "ya"

B: "tidak ada masalah"

A: "walaupun dia ada ramai peminat?"

B: "ya. kalau dia dah menutup aurat dengan sempurna dan bercakap mengenai perkara2 yang baik pastu masih ada lelaki2 yang menggatal dan menggedik, masalahnya ada pada lelaki tersebut, 
Allah berfirman, supaya lelaki dan wanita menjaga pandangan masing2. Allah suruh dua2, bukan sorang ja. maksudnya kalau yang wanita ni dah menjaga dirinya, auratnya, jadi kenapa wanita ni pulak yang harus dipersalahkan?"

komen sikit, yang cakap kat atas ni surah An-Nur : 30-31. Allah bagi arahan kepada lelaki terlebih dahulu sebelum bagi arahan kepada wanita. tapi kebanyakan kita cenderung menyalahkan wanita semata-mata, pakai terang lahhh, tabarruj lahh, suara lembut menggoda lah. padahal kalau dah suara perempuan tu lembut, nak buat macam mana? xpayah bagi bercakap? -.-" 

kalau ada wanita pakai stokin polkadot, pastu lelaki yang melihat ni tertarik, kenapa pulak nak salahkan wanita ni, walhal wanita ni menutup aurat. kenapa tidak disalahkan diri sendiri yang tidak menghijab pandangan??  adakah lelaki ni nak kata, perempuan tidak boleh memakai sesuatu yang berwarna? 

kalau ada perempuan yang putih gebu luar sana, yang kalau x pakai lipstick pon bibir pink cantik, sampai ada lelaki yang melihatnya terus suka, tapi dia menutup aurat dengan sempurna, menjaga maruah, adakah salah dirinya kerana dikatakan menarik perhatian?padahal itu adalah kecantikan aslinya, Allah yang bagi.  kenapa bukan salah lelaki itu yang tidak menghijab pandangan, pandangan mata dan pandangan hati?

CENDERUNG MENYALAHKAN WANITA, walaupun wanita sudah berusaha menutup aurat seperti yang dianjurkan islam .(saya bercakap mengenai wanita yang menutup aurat sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, bukan yang setakat sarung tudung, pakai ketat2 tu).
wanita x boleh buat ni, wanita tak boleh buat tu, wanita yg salah sebab pakai kaler tu, wanita salah sebab suara lembut, semuanya nak salahkan wanita, padahal diri sendiri tu punya keimanan, hijab hati tu xnak check, xnk renew, cenderung menyalahkan orang lain. 
saya hilang hormat pada mereka yang begini. *emo*

entry panjang di musim exam. sorry T_T

Wednesday, January 16, 2013

exams.

semenjak dua menjak ni, kehidupan makin kelam kelibut rasanya.

bukan hanya exam, assignment betimbun semata-mata, tapi disebabkan tanggungjawab2 lain yg turut memerlukan perhatian sama rata.

kadang2 rasa bersalah apabila tidak mampu membahagi masa seadil-adilnya T_T

suka untuk saya kongsi kata2 dari salah seorang akhawat yang begitu terkesan dalam hati saya, "study itu nombor satu, tapi dakwah bukan nombor dua".

sentap. (':

semoga ilmu2 yg didapati ini bermanfaat untuk ummah, inshaAllah.

doakan kami dipermudahkan-Nya untuk menjawab exam.


entry berkongsi rasa.



Sunday, January 13, 2013

kekecewaan itu.

salam wbt.

pernah rasa kecewa? kecewa dgn banyak perkara?

kecewa kerana pengharapan yang terlalu tinggi kepada banyakk perkara di sekeliling kita.

kecewa bila kita x faham apa yg belajar dalam kelas. kecewa bila cikgu x faham perasaan kita. kecewa bila result menghampakan. kecewa bila kawan2 x memahami kita. kecewa bila berlakunya salah faham. kecewa bila diri x mampu usaha dgn sehabisnya. kecewa bila x reti buat something.

macam2 lah kekecewaan yang boleh berlaku dalam dunia ni, dalam kehidupan kita yg sementara ni.

kenapa berlakunya kekecewaan?

sebab pengharapan kita terhadap orang lain, terhadap sensei, terhadap kawan2, pengharapan kita terhadap diri sendiri, pengharapan kita terhadap benda2 di sekeliling tu dah lebih daripada pengharapan kita terhadap Allah.

mungkin kita x sedar kadang2. contohnya, kita harap sangat dapat A dalam satu subjek ni, kita pon selalu lah p tanya sensei segala soalan x faham, nak tunjuk kat sensei yg kita sungguh2 belajar, sampai satu tahap kita rasa sensei laahh yg boleh bagi kita dapat A tu. kita lupaa, kita lupaaa yg bagi A tu sebenarnya Allah. sensei tu sebagai medium sahaja.

yg beri segala sesuatu nikmat tu hanya Allah, hanya Allah. kalau kita yakin yg Allah lah yg memberi segala sesuatu, kita xkan mudah kecewa sebab kita tahu yg Allah memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..

jadi jgnlah kita mudah kecewa...

"Learn from a baby. get up, fall down, get up, fall down, get up, fall down..get up, eventually walking.

You didn't give up when you were a baby, so why give up now?" -aiman azlan


SO WHY GIVE UP NOW?

kadang2 kekecewaan ni satu benda yg sgt bagus actually bila ia mampu bawak kita balik kepada Allah.

bergantung lah pada Allah. hanya pada Allah. walau apa jua kegagalan dan kecewaan yg dialami, keep on moving, work harder!
Allah lihat usaha kita, bukan hasilnya.. (':


Wednesday, January 9, 2013

si cantik yang mencantikkan dunia

salam wbt. 

selamat tahun baru! aci lagi kan wish. aci sangatt. baru 9 aribulan. XD

since it's already 2013, and i'm pretty sure pretty girls out there trying their best to fulfill all the 2013 wishlist/targets since the first of january. 

ada nak kurus laa, ada nak rajin lagi la, ada nak ni nak tu, haaaaa, terkejut i tgok berbondong-bondong entry pasal azam tahun baru nihh.  heyy, i pon ada targets okay, tapi tamaw tulih kat blog ja. sebab dasar kurang rajin -_-" 

maaf maaf. patut dah umur 22 ni perkataan kurang rajin dah boleh campak jauh2 kann. (':

actually i nak share dgn you all satu idea. maybe it's quite lame, sbb dah lamaaa kot org bagi idea ceni. but it's okay, i memang suka repeat2 cerita. d:

the idea is, untuk masukkan kempen "WEAR IT RIGHT CAMPAIGN" dalam you all punya target for this 2013. x terlambat lagi kan nak padam sikit bagi ruang and tulis azam tambah lagi satu kecik kat bawah. hihi

wear it right, erm mostly girls, pasal aurat la kann. sikit2 kita ubah. sikit2 xpe, jgn xde langsung okay, coz it's soo sad kalau xde langsung.  coz you know what, we're getting older, but getting far away from Allah, degil x dengar apa Allah suruh, haaa kan sedih tu. TT

so, kita start la sikit2. i just want to point out two points je. dua jeee ^^

first, check your hijab. is it properly covering your chest or not? IMPORTANT POINT GIRLS.
you have to cover your chest! and you know why right. 



i took this picture from a blogger,sue anna joe. 

it's not that hard to cover you chest pon kannn. the thing is, you have to try. TRY. masalah nya bila you don't even want to try. start pagi esok, bila dok pakai tudung depan cermin tu kann, tarik pelan2 your shawl, and make sure it cover the chest properly and kemaskan dengan pin, and there you go, boleh keluar g kelas dgn riangnyaa! XD 

for those yang pakai tudung bawal, tudung segi empat tu, haaaa, kan hari2 selalunya you selempang (i'm not sure how to spell it), alaaaa, yg macam tarik dua2 bucu tudung and lempar ke belakang je tuu, gaya paling simple and semua org taw tuuu. haaaa, sebenarnya personally, i mmg x suka tgok orang selempang tudung, kecualilah bersebab, mcm dia nak memasak ke, or ada lah sebab2 lain kan, tapi i x suka kalau tgok orang pergi kelas selempang tudung, sebab you know girls, seriously nampak x kemas. 
haaa apa lagi, ambik pin yg comel2 and pinkan di kiri dan kanan bahu you all. BUT, make sure tudung tu dah cover your chest properly before you pin it, ok. (: 



the second point is, socks up!! weehuuu~ 



pakai la socks dear... it's totally in okay. jgn fikir apa org nak kata, fikir yg Allah suka. ok? (: 
i know it's hard. seriously it's hard. same je, i pon rasa, and you all sapa yg baru nak start pakai socks pon mesti rasa it's kind of hard to erm istiqamah (to do it everyday). but, yeah, you just have to try, correct your intention, wear it because of Allah, and insha Allah everything will go smoothly. i dah rasa happy and rasa ringan, i mean rasa x terbeban pon nak kena pakai socks everytime keluar rumah, sebab it's something you have to do. mula2 mmg la rasa x suka. macam time kecik2 dulu, bila kita kena suruh solat, ada rasa macam malas lahh, x suka lahh, tapi bila latihan, bila parents kita latih kita untuk solat and beritahu kenapa perlu solat, semua tu, then sekarang kita semua cool je kan solat lima waktu. kann? 

the thing is, kita kena train diri kita sendiri untuk suka pada sesuatu. benda2 yang WAJIB ni, you have to do it. pilihan yang ada adalah, whether you love to do it or not. you suka ka tak suka, you kena buat. so, pilihan paling baik adalah, try to love it, and inshaAllah Allah will ease you in everything.

kenapa i guna title "SI CANTIK MENCANTIKKAN DUNIA" ? hihi.

because for me, if you think you're pretty, of course you are, you will obey Allah's orders happily. sebab kecantikan tu kan Allah jugak yang bagi, so, si cantik manis sekalian, Allah bagi kecantikan dekat kita semua adalah untuk mencantikkan dunia....not to make the world become worst dgn segala crime yg melibatkan wanita, gejala2 maksiat semua tuu. 

think about it again, kalaulah ada lelaki yg suka dekat awak sebab kecantikan awak yang tidak ditutupi mengikut syariat tu, do you really think that he will still love you 30years later? 


you girls are beautiful. and your pretty face won't fade just because you wear hijab, cover your chest and wear socks.

what is important is what is in your heart (: