kan haritu i ada buat satu emo punya post. *emo la sangat* d:
pasal ada la satu poster dakwah kat facebook ni yang cakap "buat apa pakai shawl ni, buang masa, lebih baik pakai tudung labuh, lagi Allah sayang"...haaa lebih kurang gitulah ayatnya.
pastu bila i baca balik apa i tulis, hurm... pikir2 balik, hurmm, mungkin orang yang buat poster tu xpenah jumpa shawl yang sesuai kee, or ada pengalaman buruk pakai shawl ke.. hii~
maybe laaa, maybe la kann...pastu ada lagi satu hipotesis la i dapat, which is, maybe laaa..erm, maybe *banyak betul maybe nya d:*
maybe dekat malaysia kurang shawl yang bersaiz lebar? yg dapat cover properly..?
so, untuk membuktikan hipotesis tersebut, maka i buat la eksperimen.
hipotesis :
mungkin di malaysia, kurang shawl yang lebar. kalau lebar 50cm ke bawah tu, kecik la jugak sebenarnya. kalau yang okay selalunya 70cm ke atas kot. i cakap kurang shawl yang lebar taw, bukan xdak langsung di malaysia. mungkin susah nak jumpa?.. > btw, ini baru hipotesis. relax everyone d:
tujuan :
membuktikan, benarkah banyak shawl yang i beli kat malaysia itu kecik. hahaha~ okay lawak. ini i punya shawl taw, bukan you all.d:
bahan:
shawl yang beli kat malaysia, beli kat korea, beli kat japan, ahh, senang kata semua shawl jelah.
koleksi shawl. d:
cara-cara:
1)hamparkan shawl, dan bandingkan kelebaran shawl2 tersebut.
2)semua shawl panjangnya dilipat dua, sebab x muat nak masuk gambar nanti. lagipun kita nak bandingkan kelebaran, bukan kepanjangan. sebab, shawl mmg patut panjang! adeh,org x panggil shawl kalau ia x panjang.
standard 180cm panjang.
3)perhatikan segala perbezaan dan amik nota!
4)untuk lebih kepastian, bandingkan jela belambak kali pon ikut sesuka hati. who cares anyway, it's your experiment. *like a boss* XD
experiment 1
info:
shawl leopard beli kat supermarket pacific kat alor star. harga rm15 kot. shawl zebra beli kat h&m, harga dalam rm40
pemerhatian :
shawl leopard sangatlah kecik dibandingkan dengan shawl zebra.
experiment 2
info:
shawl pink beli kat masjid jamek, harga dalam rm10 kot, masjid jamek selalu cam murah ja, x ingatlah. shawl stripe beli kat forever21, harga dalam rm40 jugakk.
pemerhatian :
shawl pink kecikk dari shawl stripe.
experiment 3
info:
shawl grey black tu beli dekat times square, harga rm25. yang bawahh niii, yang kaler pink ni, serious lebar gilaaa lebar dia ja dah 110cm. mmg bestt! boleh lipat2 pusing2, keliling and whatever. harga around rm35, no brand, made in china.
pemerhatian:
boleh tgok sendiri, sgt obvious besarrr.
-experiment tamat-
kita jump to conclusion.
so conclusionnya, harga untuk shawl yang lebih lebar lagi mahal dari harga yang kurang lebar. benda yang ceni, mengikut logik akal pon boleh paham kot eh, dah nak kainn besarr, mesti la bayar lebih sikit. macam makan nasik la, kalau nak nasik lebih mesti la kena tambah duit kan. -.-'
pastu, sebenarnya shawl2 yang besar, cantik, kualiti tip top ni, boleh ja dapat kat belambak kedai kat malaysia. forever21 and h&m tu ada ja kat malaysia. tapi xdela cakap, suruh pegi beli pakai shawl yang branded, kalau kat masjid jamek pon ada shawl yang lebar, it's fine, beli la. cuma, kalau yang ada label, ada brand ni, kualiti dia terjaga. and pendapat peribadi la, rm40-rm50 tu affordable la, and standard la kot eh, untuk harga tudung. TUDUNG kot, untuk tutup kepala. selalu orang cakap, buat apa pilih kualiti elok2 sangat untuk tudung, baik simpan duit untuk beli kasut. padahal, function lebih kurang kot. tudung untuk tutup kepala, kasut untuk jaga kaki. bukan suruh beli tudung harga ratus2, tapi at least check la kualiti, jgn nak meng anaktirikan tudung, main cikai2 je beli. *okay, makcik fatihin dah start berleter*
pastu, haaa, actually nya kalau shawl yg 50cm tu pon, bukannya kata xleh cover properly, kalau kena gaya, boleh ja tutup segala benda yg perlu ditutup.
cuma lagi besarr shawl tersebut, lagi secure la kann.
ouh pastu, shawl uniqlo best jugak! lebar dia dalam 70cm. 70 cm okay, mmg best, kain dia pon best, cuma uniqlo, harga mahal sikit kot compare dgn yg atas2 ni.
pastu, eh apa lagi conclusion patut buat?. erm haaa, pasal hipotesis tu. "mungkin di malaysia, kurang shawl yang lebar. " hipotesis ni salah la. ada banyak jaa kedai2, kalau yg ada brand tu la kat malaysia. kalau yg kat masjid jamek tu, pon erm, kena pandai la cari kan. i x pandai cari, haha, sebab i dok kedah, jarang nak p masjid jamek nih, selalu pegi sana beli keropok lekor. sedap keropok lekor situ. ada makcik and abang2 ni jual dekat laluan kecik2 tu, sekali dgn goreng pisang.
pastu kalau nak yang besar, kat malaysiaaa selalu nihh, pashmina. pashmina mmg besar kan, tapi i mmg x suka pakai shawl pashmina, sebab kain dia tebal sangat. and dia bukan cotton, ia org panggil arcrylic kot. ahaha. x tahu, tapi bukan cotton yang cotton tu. kalau i pakai ja nanti peluh2 kat leher. kalau time winter xpelah. tulah, lain orang lain taste. ada orang sukaa, kain pashmina tu, i x sukaa. so, pilihan masing2.
andd, yeah lepas pada semua emo post and eksperimen ni, i ada terfikir idea nak jual shawl. yeahhh!!tapi xdela nak jual yang ada brand tuu, yang tuh you all pegi beli sendirik. haha~ i nak juall yang beli kat kedai2 biasaa, no brand la maksudnya, tapi besarr and lebarr, and of course kualiti yang sgt tip top!! okayh? XD
so, this is going to be my spring break project, inshaAllah nantikannn!! semoga ada keberkatanNya.
"Dan katakanlah pada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara maruahnya, dan janganlah menampakkan auratnya. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada nya, dan janganlah menampakkan auratnya(kepada bukan mahram)....." 24:31
p/s : nanti kalau dah beli shawl besar2, jangan g campak pulak yg kecik2 tu. shawl yang kecik2 tu, xpe2, xyah buang, ambik je lilit2 kat muka ke time winter. ehh, kalau kat malaysiaa, boleh je ambik buat lapik meja ke, letak atas kepala lepas dah pakai tudung yang proper tu untuk feeling2 princess ke, bagi budak2 kecik comell pakai ke. x kisahlah. be creative okay! tapi, jangan nak membazir. ^^v
btw, esok pagi last examm.. alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha2 kita semua (':
1 comment:
haha..sempat lagi berjikken..ganbatte shiken esok..
uh,akk dah terbuang semua shawl kecik2..x kreatif langsung..eheh!
Post a Comment