Tuesday, October 25, 2011

kenapa hati itu penting?

salam.


hati. hati. yes. semua org ada hati. bagus. siapa xdak hati, errr. okay abaikan.


beza antara manusia sesama manusia punya hati adalah dekat dalam hati tu, samada ada titik hitam atau tidak. yakni hati yg bersih atau hati yg kotor. eceh fin. ayat macam penceramah bebas.ouh maafkan saya. 'ter'over -.-'


tapi, bercakap pasal hati. hati ni ya kawan2, bukan nya sama. setiap org hati dia berbeza. ada yg belajar tinggi, pandai mmg trsangat pandai lah ni, ilmu agama tinggi melangit, kiranya mcam kalau kita timbang otak dia tu, mmg beratlah. penuh ilmu. 


TAPI, penuh ilmu tinggi bertimbun macam mana pon, kalau x sampai ke hati, ilmu tu setakat yg dalam otak tu jelah. sebab itulah, sebab itulah PENTINGNYA PERANAN HATI KAT SINI.


kalau apa yg kita belajar, contohnya, ini contoh ye, si A ni tahfiz, x pon si B graduate bachelor of islamic education. tapi, tetiba si A dan si B ni ditangkap sebab pecah masuk rumah orang. contoh lain, ustazah yg tidak menghormati ibu bapa, ataupun imam masjid yg ditangkap sbb kes merogol org. ini contoh ye, diulang sekali lagi CONTOH.  


dan masyarakat kita, typical malaysian, (saya pon termasuk sekali lah), kita akan respon, automatic respon ye, 'tuh, tengok tu, org belajaq agama bukan baik sgt, jgn dok jadi macam tu' . maka, kita pon berlari-lari jauh dari menjadi seorang yg alim,menjauhkan diri dari kehidupan islam, konon nak jadi yg tengah2, x jahat sgt or x alim sgt, HANYA sebab berlakunya kes2 begini. 


mudahnya kita menilai islam hanya dari perkara sebegini? walhal, banyak lagi kisah2 hero islam yg kita belajar seperti kisah Saidina Umar, kisah Hamka, kisah Bilal dan kisah2 hero ini lagi banyak dari kisah2 kejahatan yg melibatkan alim-ulamak islam ini, tapi kita nakkkk jugak ambik pengajaran dan menilai islam dari perkara yg sedikit.kita nakkk jugak cetuskan kontroversi mengenai perkara yg sedikit, yg tidak meningkatkan keimanan. kenapa agaknya? 


jadi, inilah masanya, hati memainkan peranan penting untuk menilai yg baik dan yg buruk.  kita kena faham, yg manusia ni ada pelbagai jenis. BANYAK SGT JENIS MANUSIA. kealiman seseorang bukan diukur melalui pendidikan, bukan melalui status, dan yes, bukan juga melalui penampilan. tapi keimanan. sebab tu lah, seperti ada seorang penceramah ni cakap, 


" ada orang yg berpakaian tudung labuh. budi pekerti cantik. tapi, naik kereta buang sampah campak keluaq dari kereta" 

walhal, dalam islam kita disuruh menjaga kebersihan. 

" ada budak yg hafaz al-quran, tapi bila x dapat kawal marah, terkeluar kata2 kesat dari mulut"

walhal, dah jelas Allah kata dalam al-quran, 
"berkatalah kepada manusia dengan kata2 yg baik" 2:83

ini adalah contoh, bagaimana ilmu yg dipelajari tidak selari dengan hati. segala ilmu yg dipelajari tu x meresap ke dalam hati. jadi, jelas di situ bagaimana hati menjadi organ paling penting buat manusia.

ayat standard yg jadi modal org yg malas berfikir,

"eleh,org pakai tudung macam baik sgt." 

ini ayat org yg tidak berfikir. mari kita gunakan akal untuk berfikir, dan buka hati untuk positif. 


seperti yg saya kata tadi, manusia ni ada bnyk sgt jenis. ada yg bertudung, tapi x tahu pon sebab apa dia bertudung. jadi, adalah SGT TIDAK ADIL MELETAKKAN BAHU KESALAHAN DI ATAS WANITA BERTUDUNG hanya kerana segelintir yg tidak faham konsep. ada slot rancangan di tv yg membincangkan hal 'wanita bertudung kini semakin berani', 'bertudung tapi seksi'. ingin saya tekankan di sini,memakai tudung tidak semestinya dapat meningkatkan keimanan seseorang atau membuatkan nilai2 islam meresap ke dalam hatinya. kenapa menggembar-gemburkan sesuatu yg tidak mendatangkan faedah??kenapa nak kecoh2 pasal yg buruk? jgn menilai org dari segi penampilan wahai sayang sayangku. kita ambil yg baik. daripada kita kecoh isu 'bertudung tapi seksi' ada baiknya kita cerita pasal ' wanita berhijab yg sanggup berhenti kerja apabila disuruh mnanggalkan hijab'.



samalah juga dgn kesnya pasal si A dan B yg ditangkap merompak. X ADIL BAGI KITA MENGADILI para alim ulamak hanya kerana perkara yg dilakukan cik A dan B. 


dan contoh kes ustazah yg x hormat ibu bapa, x perlu rasanya ayat sebegini 'tuu, x padan dgn ustazah, tapi x reti hormat ibu bapa'.. dan lagi sekali saya ulang,menjadi ustazah x menjamin bahawa nilai2 islam itu telah meresap ke dalam dirinya...


berhentilah menilai perilaku, status, pekerjaan dan penampilan seseorang kerana SESIAPA PUN DI DUNIA INI TIADA ALAT UNTUK MELIHAT KETAKWAAN SESEORANG. hanya Allah yg dapat menilai nilai ketakwaan kita di sisi-Nya. pilihan yg kita ada hanya bersangka baik. sebab kalau bersangka buruk kita dapat dosa kan. jadi, BERSANGKA BAIKLAH. 


jadi kawan2, stop okay, mari berhenti menilai org dari skop yg sgt2 kecil macam ni... mari melihat dunia dalam skop yg lebih besar...  


islam adalah mengenai cara hidup. 
kita belajar dan belajar, kita isi hati kita.

hati ni kan sayang sayangku, sgt fragile. fragile kat sini bukan maksud mudah pecah, tapi mudah tercemar. kalau kita x jaga, x isi hati kita dgn pengisian,x isi dgn ayat2 suci al-quran, senangnya hati kita nak jadi hitam. 

then bila kita dah isi hati kita, barulah kita dapat zahirkan dari segi cara pemikiran, dan cara pemakaian, cara kita melihat kehidupan. cantiknya islam ini adalah bermula dari dalam..

tapi bila zahir lagi cepat, hati yg dekat dalam tu belum sempat cantik lagi, sbb tu lah jadinya kes2 perempuan yg pakai tudung berpelukan dekat taman, ustaz kena tgkap sebab kes rogol. 


ini hakikat. sbb tulah pentingnya kita bergerak seiring dengan hati kita.kita belajar, dan belajar mengenai hidup, dalam masa yg sama kita zahirkan melalui perbuatan kita. lalu kita jadi contoh kepada orang lain. 


x perlu nak sibuk2 hal 'dia ni macam ni, ish aku x suka dia lah' 'eh eh dia ni bajet baik betul'...kalau lah kan, bila kita tengok orang, atau kita ditegur oleh sesiapa, lalu wujud unsur2 kemarahan atau rasa x puas hati dalam diri, maka hati kita tu adalah something wrong somewhere tu. check balik hati, bersihkan hati. sebab tulah kita disarankan untuk berdoa  agar sentiasa dibersihkan hati...supaya hati x konfius nak pikir positif ke negatif, or nak praktikkan ilmu yg dipelajari ke atau tidak, sebab hati mmg sentiasa berbolak balik...


hurm, sampai sini jelah kot...walaupun tahu x ramai pon yg baca, tapi alhamdulillah tersampai juga apa yg saya nak sampaikan...


 jaga hati! jaga iman! jaga amal! (pinjam ayat alia jap d:)


sekian. sorry kalau ada tersalah apa2. tegurlah saya... good night! (:






1 comment:

_mauhaha_corner said...

setuju dengan awak..
jgn menilai sesuatu dari luaran saje..:))