salam.
ini entry penuh keinsafan. sesiapa yg boleh membaca dan menafsirkan dengan cara yg positif boleh lah membaca. teguran yg membina sgt2 dialukan (:
terasa bertanggungjawab untuk menge'post' sesuatu....terasa diri semakin lalai. hari semakin hari.
masakan diri tak menjadi lalai, bila cara hidup tak disusun dengan teratur.
sejak minggu lepas, waktu tidur memang sgt tidak teratur. tidur pukul 6 pagi, bangun pukul 11. bertuah punya anak dara.mmg x layak dibuat menantu ni. rasa nak lempang diri laju laju sambil cakap, 'bangunlahhh weyyy!!!'
tapi apakan daya, cuaca sejuk dan rumah yg memang dah sedia gelap, cukup nyaman untuk terus sambung tido mengabaikan waktu. zzzZZZ
haihh! lalai lalai! sbb tu lah bila bukaknya kembali sekolah, hati rasa suka sgt nak melompat riang ria. bukan apa, bila dah klas pagi, secara automatiknya diri pon rajin terbangun pagi, siap2 lalu mengayuh basikal laju2 penuh semangat. maka terpacaklah si nur fatihin ini di hadapan kelas tersayang lebih kurang pukul 8.30 pagi semalam.(i dtg awal 20 minit okeyhhh d:)
maka dengan ini, rasmilah pembukaan semester kedua! lompat gembira sikit. yeehaaa!! alhamdulillah. lembaran semester 1 ditutup dengan jayanya.rezeki dan ketetapan dari Allah bahawasanya saya lulus untuk sem 1 ini. without repeat paper or class. walaupun result x berapa nak cantik,setakat lulus 'cukup makan' atau mungkin boleh kata 'markah kesian' dari sensei. -.-'
dan of course, cukup lah kiranya kita anggap result untuk semester lepas ini sebagai satu titik penolak, a great motivator, atau spark untuk menembak diri agar berusaha pada kadar paling tip top untuk semester kali ini.
sejak beberapa hari lepas, sememangnya agak busy menyusun jadual. punya dahsyat tak tidoq malam, sbb study buku2 syllabus yg tebal mcm kamus dewan bahasa n pustaka tu. okay tipu. okay hiperbola.
lepas banyak2. study punya study dekat syllabus tu, berusaha keras mencari kelas yg terbaik untuk sem 2 ni. kalau boleh nak sensei paling baik paling senang bagi markah dekat tohoku university ini dengan harapan dapat lulus dengan cemerlang tanpa perlu study hard sgt smester 2 ni. kononnya~
tapi, diri terlupa. rupa rupanya dalam sibuk mengalihkan perhatian kepada perkara yg tidak sepatutnya, dtg signal dari seorang teman mengetuk kepala otak pemikiran diri sendiri yg semakin lalai.
lalai? kenapa dikatakan lalai? kerana tujuan saya dalam memilih kelas telah tersasar daripada apa yg telah dianjurkan dalam islam. belajar merupakan suatu ibadah! dan apabila kita nak gain pahala daripada belajar, makanya niat yg betul patut diletakkan di tempat yg pertama.tempat pertama ya kawan2. bukan tempat kedua ketiga keempat or kelima!.
di situlah silapnya saya, apabila mengabaikan tujuan ini. memilih kelas dgn tujuan nak pass subjek dengan senang hati riang ria, walhal dalam Islam kita disuruh berusaha, berusaha, berusaha kerana Allah tidak melihat hasil tetapi usaha. (':
ketukan kasih sayang oleh rakan ini telah banyak mnyedarkan saya. sudah tertulis di luh mahfuz sebelum kelahiran kita lagi mengenai segala sesuatu yg bakal terjadi kepada diri kita.saya ulang, sebelum kelahiran kita lagi telah dicorakkan segala warna dalam kehidupan kita.
jadi saya bertanya kepada diri sendiri, apa tujuan saya berusaha keras, berfikir sehingga menjadi begitu risau dalam memulakan semester 2 ini? risaukan result semester 2? takut repeat? walhal diri sudah mengerti bahawasanya kalau pilih kelas apa pon, result yg bakal saya dapat nanti,dgn kekuasaan Allah 'kunfayakun' jadilah, maka jadilah sesuatu dengan kehendak-Nya.
bukan maksud saya untuk mengatakan yg kita tidak perlu memilih kelas dgn begitu shinken(serius) sekali. kerana memilih kelas juga boleh dikirakan sebagai suatu usaha kita untuk meraih kejayaan. tetapi, apa yg ingin saya katakan di sini adalah mengenai niat saya sendiri yg sememangnya telah terkeluar sedikit dari landasan. tetapi, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya rakan sebagai medium untuk memberikan ketukan kasih sayang mengenai menjadikan 'belajar sebagai satu ibadah'.
cuba bayangkan, alangkah ruginyaaa kita dah belajar almost 13 tahun but gain nothing(pahala) at all hanya sebab niat kita yg dah lari daripada apa yg dianjurkan dalam islam. there is a lot, lotsssss of ways to gain pahala in everyday life! lihat!betapa banyaknya kasih sayang Allah pada kita! tapi kita sendiri yg x nak ambil inisiatif untuk gain pahala tersebut. sayalah tu. (':
kalau setakat belajar, untuk dapat kerja yg bagus, untuk jadi insan berjaya kat dunia, untuk hidup senang di masa depan, bak kata Syed Qutub, keciknyaaaa pemikiran kita umpama pemikiran kanak2 padahal hidup kita bukan setakat di dunia yg nyata ini.
okay insaf. (': menyedari hakikat ini, maka saya cuba membetulkan niat saya. cuba, berusaha, dan buat. hopefully xda kawan2 yg menjadi sperti saya, atau kalau mungkin ada, jom check diri masing2, recharge iman renew niat!
remember that, Allah does not look at the result, but the effort. EFFORT ya sayang!
sekian.
with love, fin.
3 comments:
Yeahh . gudluckk :)
all the best !
Assalamualaikum fin sayang...
kembali ke sini melabuhkan sayap untuk terbang bersama kamu♥
semoga Allah campakkan keyakinan dan semangat baru buat kita semua..
sayang kamu sentiasa walau jauh di mata,iA dekat sentiasa dihati ini;)
Post a Comment