salam.
x ada perkara menarik. cuma tertarik dengan paper sinar harian ni.
ditanyakan pendapat mengenai hukum hudud kepada golongan artis yg rata2 nya mengatakan bahawanya ia tidak relevan...
bukan mahu membidas para artis, jauh sekali mewujudkan suatu prasangka buruk..sekadar berkongsi pendapat saya pulak...(walaupun saya bukan artis, n takde siapa pon tanya pendapat. nak tulis jugak. hihi~ )
tertanya tanya , kenapa harus kita takut pada hukuman yg ditetapkan agama sekiranya kita tidak melakukan kesalahan tersebut dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukannya?
juga tertanya tanya kenapa kita merisaukan azab di dunia walhal di akhirat sana, sudah pasti pembalasannya lebih perit?
hukum hudud dianggap seperti kejam dan tidak relevan...tapi kalau baca Al-Quran, x nampak pon kekejaman tu di mana....contohnya seperti hukum berzina,
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]
bukankah lebih baik lakukan begini daripada membiarkan pembuangan bayi terus berleluasa?risau difitnah? jgn risau. sesungguhnya Allah itu Maha Adil. tidak membiarkan sesiapa pon terainaya.
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]
dan Allah juga tidak membiarkan hukuman jatuh dengan sewenang-wenangnya, sbb itulah dtgnya ayat ini...(:
“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]
bukankah aturan Allah itu adalah yg terbaik (':
sebagai penutup, cuba kita hayati ayat ni,
"...Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. Oleh yang demikian itu, maka serulah (mereka-wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami, dan bagi kamu amal kamu. Tidakkah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)” [Asy-Syura:14&15]
jelas tertulis dalam kitab Al-Quran,tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dgn kamu kerana kebenaran telah jelas nyata. (:
jelas dan nyata. buat susah2 je nak persoalkan lagi kan? (:
btw, daripada kita menjadi prihatin dan merisaukan pesalah2 yg melakukan kesalahan yg boleh dikenakan hukuman hudud ni, mungkin ada baiknya kita risaukan, kenaikan kadar pembuangan bayi yg makin berleluasa, risaukan golongan kanak2 di palestin sana yg tidak dpt hidup dgn aman. risaukan golongan yg kebuluran x cukup makanan. merisaui iman diri sendiri, entah cukup agaknya untuk memijak kan kaki di syurga Allah...
erm, tapi daripada menyeru kepada hukum hudud, lebih baik kita banyak berusaha kepada pelaksanaan cara hidup islam(Ad-Deen) kan? yosh! perlu memperbaiki diri lagi. jom! jom!
p/s : post ini sekadar berkongsi pendapat. teguran membina amatlah dialu-alukan. (:
1 comment:
nice one my dear...
ramai yang tidak memahami apa yaku rasai.. makanya ayuh! sudah menjadi tugas kita.
spread His WORDS!
spread His LOVE!
teruskan menulis...
(^_^)//
semoga tulisan ini bisa jadi saksi dihadapan Allah kelak.
Post a Comment