salam.
cakap pasal takut. ini bukan post untuk cerita horror buat hiburan para pembaca malam2. jauh sekali, nak takut -takutkan kanak2 comel yakni anda semua ini dengan cerita hantu. -.-' oh jangan risau, saya sama sekali tidak berminat dengan cerita hantu.
takut di sini semestinya mengenai 'ketakutan kepada Allah'. banyak org mengaku, admit yg beliau takut, takut sgt dekat Allah. tapi, kalau tengok perbuatan, x pulak behave seperti yg sepatutnya.. ada yg kata 'sungguh, i takut sungguh dekat Allah', tapi pergi buat maksiat...ada pulak yg kata ' xdak org lain yg aku takut melainkan Allah' tapi, solat tinggal, aurat x jaga...so sekarang macam mana ni? action should speak louder than word.sepatutnya lah kan T_T
sebenarnya kalau betul kita takot kepada Allah, takut itu sendiri akan mengikat diri kita ketat2 dalam jalan Allah. merantai kita dari melakukan kemungkaran. sebab perasaan takut tu sendiri adalah satu perasaan yg sgt berat. takot boleh buat org yg sombong and riak jadi merendah diri dan takot jugak mampu menundukkan semua org tanpa kira sapa pon org tu, even anak raja sekalipun.
"sesungguhnya org2 yg takut kepada Tuhannya yg tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yg besar" 67:12
ada kisah pasal ketakutan ni.
jabir r.a berkata Rasulullah bersabda,
"Pada malam Aku diisrakkan, Aku melihat Jibrail a.s. seperti bekas air yg diperbuat drpd kulit biri2 yg lusuh dan usang kerana takutkan Allah SWT"
satu riwayat telah sampai kepada kami menceritakan bahawa Jibrail a.s. telah datang menemui Nabi dalam keadaan menangis. lalu baginda bertanya,
'Apakah yg menyebabkan engkau menangis?'
Jibrail menjawab,
'semenjak Allah menciptakan neraka jahanam, air mataku tidak pernah kering kerana bimbang aku akan melakukan dosa dan dilemparkan ke dalamnya.'
itu malaikat. malaikat yg sentiasa bertasbih, bertakbir, berzikir, dan beribadat kepada Allah takut dicampakkan ke neraka. tapi kita?.......
ketika saidina Umar Al-Khattab mendengar ayat2 al quran, beliau jatuh sakit, pada wajahnya terdapat kesan tangisan, dan pada suatu hari beliau ambil segenggam jerami gandum dan berkata,
"Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti jerami ini. Alangkah baiknya kalau aku tidak menjadi sesuatu yg bernilai dan alangkah baiknya kalau ibuku tidak melahirkan aku."
ini saidina Umar, sahabat yg dijanjikan syurga, menangis kerana takutkan ayat2 Allah. tapi kita?.....
jika disebut tentang mati kepada Umar bin Abdul Aziz, beliau akan menggeletar seperti kesejukan lalu beliau menangis sehingga basah janggutnya. satu malam, beliau menangis. Apabila tangisannya reda, isterinya Fatimah berkata,
"wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menangis?"
beliau menjawab,
"aku teringat nasib manusia selepas dihitung di hadapan Allah, satu kumpulan akan memasuki syurga manakala satu lagi akan ke neraka"
lalu beliau meraung dan akhirnya pengsan.
pengsan. menangis dan pengsan ya kawan2. (': takutnya para tabi'in kepda Allah.ini ketakutan seorang ulamak kepada Allah. tapi kita?
kecilnyaaa dirasakan diri ini. walaupun secara fizikal xdelah kecil sgt -.-' tapi,rasa sgt lah jauhhhhh kalau nak dibandingkan segala amalan kepada Allah dengan mereka2 tadi. tapi, kita ni riak. ego. nak tunjuk hebat. menangis konon x cool. nak tunjuk pada siapa 'cool' tu?
Rasulullah bersabda,
"seseorang yg sentiasa menyebut-nyebut nama Allah dalam masa lapang, lalu kelopak matanya mengenangi air mata" Sahih al bukhari
"dua mata yg tidak akan disentuh oleh api neraka, mata yg menangis kerana takutkan Allah dan berjaga malam" sunan at-tarmizi
takutlah kepada-Nya dengan sebenar-benar takut. takotlah kepada-Nya sehingga kita jadi resah dan gelisah bila nak melakukan kejahatan, takutlah kepada-Nya sehingga membentuk diri kita menjadi seorang yg lebih beriman. takutlah kepada-Nya sehingga menitiskan air mata.
kalau segala ujian dan dugaan yg Allah timpakan kepada kita, x mampu nak merendahkan diri kita di hadapan-Nya, takut mungkin boleh berjaya melakukannya. berfikirlah mengenai kebesaran-Nya, berfikirlah mengenai pembalasan yg dijanjikan kepada setiap kejahatan, berfikirlah mengenai redhakah Allah untuk mengambil ku ke syurganya. dan berfikirlah mengenai betapa dahysatnya neraka itu. takutnyaa T_T
mari pupukkan rasa takut kepada Allah. mari ajar diri untuk mengikat janji kepada Allah. cukup dengan hanya memiliki perasaan takut kepada Allah, kita akan melindungi diri kita dari segala perkara yg mungkar. yakni walau kita duduk sorang diri dalam apa jua situasi, walau xdak sapa pon nampak kejahatan yg kita nak buat, tapi bila kita ADA RASA TAKUT kepada-Nya.. insyaAllah kita terhindar dari segala kemungkaran.
jaga hati , jaga iman, jaga amal.
good night sayang2 semua (':
jaga hati , jaga iman, jaga amal.
good night sayang2 semua (':
1 comment:
jazakillah khairan utk peringatan:')
Post a Comment