Monday, October 31, 2011

halloween?

salam.

okay sorry.selalu muncul terkejut di pagi hari. harap maaf...harap maaf..-.-' 

halloween. rasa-rasa nya ramai yg tahu pasal halloween ni. halloween disambut every year pada tarikh 31 october.which is tadi. dan 'mereka' percaya, bahawa pada hari ini adalah hari paling banyak devil/demon yg ber jalan jalan di muka bumi.eh jap jap. mesti korang tertanya-tanya, kenapa i tahu pasal halloween. sebab japanese people celebrate halloween. s0, kalau org keliling i semua dok cakap pasal halloween, i yg tak penah tawu halloween tu bila, pon jadi tahu.-.-'

okay. pengetahuan am. -.-'  cukup serba sikit.kalau cakap bnyk nanti, org salah faham pulak kata i nak ajak org sambut halloween. oh tidak tidak


masalah i di sini adalah apabila 'ter' baca di facebook and twitter, wahahaha. kantoi stalker. -.-' but eh no, no. i x stalk. dah naik kat timeline i, so i baca jelah. -.-'


terbaca mengenai kawan2 yg nak sambut halloween ni. org Muslim, Islam, kalut nak sambut halloween? okay bunyi pelik kat situ. tapi, erm xdelah pelik sgt actually. sbb masyarakat sekarang, especially Malay la kan, kalau org tak bagi, benda tu lah yg ada dalam list nombor satu YG PALING NAK BUAT. 


contoh mcm valentine day, dah jelas lagi bersuluh lampu spotlight lagi kata haram, haram haram, tapi nak jugak celebrate. dah la couple g lepak2 ke hulu ke hilir tu dah salah dah, at the first place. TT


hurm. well, anyway, dari kita dok kalut2 nak cari costume lah bagai, why dont, why dont kita buat something yg lebih mendatangkan faedah? i mean, yeah, mungkin you all nak cakap ' ala, kitaorg celebrate pakai2 costume je, bukan ikut kepercayaan dorang'. yes darlings, i have an idea for you. if you really want to wear the costume,why dont you wear it to school tomorrow? ^_^ xnak? xnak pulak...tadi, kata you all x ikut kepercayaan dorang. then, why you must wear it on that day. why not tomorrow, next week, or next month? 


'ehh, xpayah sibuk boleh tak, we all tawu la yg mana baik yg mana buruk' . that attitude. ini adalah salah satu contoh ayat org tak berfikir. you said you know how to differentiate between good and bad? whatttt? think again. 

ada kisah mengenai sahabat yg sedang memberitahu Rasulullah yg mereka berkumpul untuk melihat org gila mengamuk. tapi Baginda kata, orang itu bukan gila, tetapi mendapat musibah.

Rasulullah bertanya lagi, 'tahukah kamu siapa org gila yg sebenarnya?' para sahabat menjawab tidak tahu lalu baginda berkata, 


"Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu. Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".


maksiat kat sini bukan maksud 'maksiat' versi orang Melayu, maksiat kat sini maksudnya perkara2 kemungkaran, yg bercanggah dalam Islam. 

jadi kalau kita dok berharap syurga,tapi sambil2 tu dok buat maksiat...adakah kita termasuk dalam org g*l*?  

takutnya kann.... TT

sama-samalah kita muhasabah diri. kadang2 kita terpedaya dgn trick duniawi ni. nampak sambutan cam best, so kita pon terikut-ikut...#peringatan kasih sayang untuk diri sendiri ;D



diterjah oleh mereka2 yg excited nak bagi coklat dekat kami.okay tipu. sebab kami balik kelas dah malam. and halloween kan paling kecoh time malam. 


p/s : hari ni dapat banyak coklat sebab halloween ni lah.murahhh rezeki. tak pasal2 terlibat sekali -__-"

Friday, October 28, 2011

congratulations dear sister!



salam.

this is a special post. 



this is my sister with mama, on her big day. big day, yeah. her second big day. coz she's already graduated from uitm shah alam for her first degree. and this time was the convocation for her second degree. second degree. whatttt??? second degree??? 

while im still here struggling all the way like crazy, making a move for my first degree, she's already owned 2 degrees! and now still studying for a diploma while working at the age of 22! two degrees and a diploma! wowww! this is super cool and awesome!! 

okay fine. congratulations dear sister. im happy for you. seriously. i am so proud of you.and i am very sure that abah,mama abang chik and rem also super proud of you. yayyyy!!!

may Allah bless you always and yes, pray for my turn too ;D






Wednesday, October 26, 2011

takutnya mereka.tapi kita?

salam.

cakap pasal takut. ini bukan post untuk cerita horror buat hiburan para pembaca malam2. jauh sekali, nak takut -takutkan kanak2 comel yakni anda semua ini dengan cerita hantu. -.-' oh jangan risau, saya sama sekali tidak berminat dengan cerita hantu.

takut di sini semestinya mengenai 'ketakutan kepada Allah'. banyak org mengaku, admit yg beliau takut, takut sgt dekat Allah. tapi, kalau tengok perbuatan, x pulak behave seperti yg sepatutnya.. ada yg kata 'sungguh, i takut sungguh dekat Allah', tapi pergi buat maksiat...ada pulak yg kata ' xdak org lain yg aku takut melainkan Allah' tapi, solat tinggal, aurat x jaga...so sekarang macam mana ni? action should speak louder than word.sepatutnya lah kan T_T


sebenarnya kalau betul kita takot kepada Allah, takut itu sendiri akan mengikat diri kita ketat2 dalam jalan Allah. merantai kita dari melakukan kemungkaran. sebab perasaan takut tu sendiri adalah satu perasaan yg sgt berat. takot boleh buat org yg sombong and riak jadi merendah diri dan takot jugak mampu menundukkan semua org tanpa kira sapa pon org tu, even anak raja sekalipun. 


"sesungguhnya org2 yg takut kepada Tuhannya yg tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yg besar" 67:12


ada kisah pasal ketakutan ni.

jabir r.a berkata Rasulullah bersabda,
"Pada malam Aku diisrakkan, Aku melihat Jibrail a.s. seperti bekas air yg diperbuat drpd kulit biri2 yg lusuh dan usang kerana takutkan Allah SWT"

satu riwayat telah sampai kepada kami menceritakan bahawa Jibrail a.s. telah datang menemui Nabi dalam keadaan menangis. lalu baginda bertanya, 

'Apakah yg menyebabkan engkau menangis?'

Jibrail menjawab,

'semenjak Allah menciptakan neraka jahanam, air mataku tidak pernah kering kerana bimbang aku akan melakukan dosa dan dilemparkan ke dalamnya.'



itu malaikat. malaikat yg sentiasa bertasbih, bertakbir, berzikir, dan beribadat kepada Allah takut dicampakkan ke neraka. tapi kita?....... 



ketika saidina Umar Al-Khattab mendengar ayat2 al quran, beliau jatuh sakit, pada wajahnya terdapat kesan tangisan, dan pada suatu hari beliau ambil segenggam jerami gandum dan berkata,

"Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti jerami ini. Alangkah baiknya kalau aku tidak menjadi sesuatu yg bernilai dan alangkah baiknya kalau ibuku tidak melahirkan aku."

ini saidina Umar, sahabat yg dijanjikan syurga, menangis kerana takutkan ayat2 Allah. tapi kita?.....



jika disebut tentang mati kepada Umar bin Abdul Aziz, beliau akan menggeletar seperti kesejukan lalu beliau menangis sehingga basah janggutnya. satu malam, beliau menangis. Apabila tangisannya reda, isterinya Fatimah berkata,

"wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menangis?" 

beliau menjawab,

"aku teringat nasib manusia selepas dihitung di hadapan Allah, satu kumpulan akan memasuki syurga manakala satu lagi akan ke neraka" 

lalu beliau meraung dan akhirnya pengsan.

pengsan. menangis dan pengsan ya kawan2. (': takutnya para tabi'in kepda Allah.ini ketakutan seorang ulamak kepada Allah. tapi kita?


kecilnyaaa dirasakan diri ini. walaupun secara fizikal xdelah kecil sgt -.-' tapi,rasa sgt lah jauhhhhh kalau nak dibandingkan segala amalan kepada Allah dengan mereka2 tadi. tapi, kita ni riak. ego. nak tunjuk hebat. menangis konon x cool. nak tunjuk pada siapa 'cool' tu? 

Rasulullah bersabda,

"seseorang yg sentiasa menyebut-nyebut nama Allah dalam masa lapang, lalu kelopak matanya mengenangi air mata" Sahih al bukhari


"dua mata yg tidak akan disentuh oleh api neraka, mata yg menangis kerana takutkan Allah dan berjaga malam" sunan at-tarmizi




takutlah kepada-Nya dengan sebenar-benar takut. takotlah kepada-Nya sehingga kita jadi resah dan gelisah bila nak melakukan kejahatan, takutlah kepada-Nya sehingga membentuk diri kita menjadi seorang yg lebih beriman. takutlah kepada-Nya sehingga menitiskan air mata. 


kalau segala ujian dan dugaan yg Allah timpakan kepada kita, x mampu nak merendahkan diri kita di hadapan-Nya, takut mungkin boleh berjaya melakukannya. berfikirlah mengenai kebesaran-Nya, berfikirlah mengenai pembalasan yg dijanjikan kepada setiap kejahatan, berfikirlah mengenai redhakah Allah untuk mengambil ku ke syurganya. dan berfikirlah mengenai betapa dahysatnya neraka itu.  takutnyaa T_T

mari pupukkan rasa takut kepada Allah. mari ajar diri untuk mengikat janji kepada Allah. cukup dengan hanya memiliki perasaan takut kepada Allah, kita akan melindungi diri kita dari segala perkara yg mungkar. yakni walau kita duduk sorang diri dalam apa jua situasi, walau xdak sapa pon nampak kejahatan yg kita nak buat, tapi bila kita ADA RASA TAKUT kepada-Nya.. insyaAllah kita terhindar dari segala kemungkaran.

jaga hati , jaga iman, jaga amal.

good night sayang2 semua (':

Tuesday, October 25, 2011

kenapa hati itu penting?

salam.


hati. hati. yes. semua org ada hati. bagus. siapa xdak hati, errr. okay abaikan.


beza antara manusia sesama manusia punya hati adalah dekat dalam hati tu, samada ada titik hitam atau tidak. yakni hati yg bersih atau hati yg kotor. eceh fin. ayat macam penceramah bebas.ouh maafkan saya. 'ter'over -.-'


tapi, bercakap pasal hati. hati ni ya kawan2, bukan nya sama. setiap org hati dia berbeza. ada yg belajar tinggi, pandai mmg trsangat pandai lah ni, ilmu agama tinggi melangit, kiranya mcam kalau kita timbang otak dia tu, mmg beratlah. penuh ilmu. 


TAPI, penuh ilmu tinggi bertimbun macam mana pon, kalau x sampai ke hati, ilmu tu setakat yg dalam otak tu jelah. sebab itulah, sebab itulah PENTINGNYA PERANAN HATI KAT SINI.


kalau apa yg kita belajar, contohnya, ini contoh ye, si A ni tahfiz, x pon si B graduate bachelor of islamic education. tapi, tetiba si A dan si B ni ditangkap sebab pecah masuk rumah orang. contoh lain, ustazah yg tidak menghormati ibu bapa, ataupun imam masjid yg ditangkap sbb kes merogol org. ini contoh ye, diulang sekali lagi CONTOH.  


dan masyarakat kita, typical malaysian, (saya pon termasuk sekali lah), kita akan respon, automatic respon ye, 'tuh, tengok tu, org belajaq agama bukan baik sgt, jgn dok jadi macam tu' . maka, kita pon berlari-lari jauh dari menjadi seorang yg alim,menjauhkan diri dari kehidupan islam, konon nak jadi yg tengah2, x jahat sgt or x alim sgt, HANYA sebab berlakunya kes2 begini. 


mudahnya kita menilai islam hanya dari perkara sebegini? walhal, banyak lagi kisah2 hero islam yg kita belajar seperti kisah Saidina Umar, kisah Hamka, kisah Bilal dan kisah2 hero ini lagi banyak dari kisah2 kejahatan yg melibatkan alim-ulamak islam ini, tapi kita nakkkk jugak ambik pengajaran dan menilai islam dari perkara yg sedikit.kita nakkk jugak cetuskan kontroversi mengenai perkara yg sedikit, yg tidak meningkatkan keimanan. kenapa agaknya? 


jadi, inilah masanya, hati memainkan peranan penting untuk menilai yg baik dan yg buruk.  kita kena faham, yg manusia ni ada pelbagai jenis. BANYAK SGT JENIS MANUSIA. kealiman seseorang bukan diukur melalui pendidikan, bukan melalui status, dan yes, bukan juga melalui penampilan. tapi keimanan. sebab tu lah, seperti ada seorang penceramah ni cakap, 


" ada orang yg berpakaian tudung labuh. budi pekerti cantik. tapi, naik kereta buang sampah campak keluaq dari kereta" 

walhal, dalam islam kita disuruh menjaga kebersihan. 

" ada budak yg hafaz al-quran, tapi bila x dapat kawal marah, terkeluar kata2 kesat dari mulut"

walhal, dah jelas Allah kata dalam al-quran, 
"berkatalah kepada manusia dengan kata2 yg baik" 2:83

ini adalah contoh, bagaimana ilmu yg dipelajari tidak selari dengan hati. segala ilmu yg dipelajari tu x meresap ke dalam hati. jadi, jelas di situ bagaimana hati menjadi organ paling penting buat manusia.

ayat standard yg jadi modal org yg malas berfikir,

"eleh,org pakai tudung macam baik sgt." 

ini ayat org yg tidak berfikir. mari kita gunakan akal untuk berfikir, dan buka hati untuk positif. 


seperti yg saya kata tadi, manusia ni ada bnyk sgt jenis. ada yg bertudung, tapi x tahu pon sebab apa dia bertudung. jadi, adalah SGT TIDAK ADIL MELETAKKAN BAHU KESALAHAN DI ATAS WANITA BERTUDUNG hanya kerana segelintir yg tidak faham konsep. ada slot rancangan di tv yg membincangkan hal 'wanita bertudung kini semakin berani', 'bertudung tapi seksi'. ingin saya tekankan di sini,memakai tudung tidak semestinya dapat meningkatkan keimanan seseorang atau membuatkan nilai2 islam meresap ke dalam hatinya. kenapa menggembar-gemburkan sesuatu yg tidak mendatangkan faedah??kenapa nak kecoh2 pasal yg buruk? jgn menilai org dari segi penampilan wahai sayang sayangku. kita ambil yg baik. daripada kita kecoh isu 'bertudung tapi seksi' ada baiknya kita cerita pasal ' wanita berhijab yg sanggup berhenti kerja apabila disuruh mnanggalkan hijab'.



samalah juga dgn kesnya pasal si A dan B yg ditangkap merompak. X ADIL BAGI KITA MENGADILI para alim ulamak hanya kerana perkara yg dilakukan cik A dan B. 


dan contoh kes ustazah yg x hormat ibu bapa, x perlu rasanya ayat sebegini 'tuu, x padan dgn ustazah, tapi x reti hormat ibu bapa'.. dan lagi sekali saya ulang,menjadi ustazah x menjamin bahawa nilai2 islam itu telah meresap ke dalam dirinya...


berhentilah menilai perilaku, status, pekerjaan dan penampilan seseorang kerana SESIAPA PUN DI DUNIA INI TIADA ALAT UNTUK MELIHAT KETAKWAAN SESEORANG. hanya Allah yg dapat menilai nilai ketakwaan kita di sisi-Nya. pilihan yg kita ada hanya bersangka baik. sebab kalau bersangka buruk kita dapat dosa kan. jadi, BERSANGKA BAIKLAH. 


jadi kawan2, stop okay, mari berhenti menilai org dari skop yg sgt2 kecil macam ni... mari melihat dunia dalam skop yg lebih besar...  


islam adalah mengenai cara hidup. 
kita belajar dan belajar, kita isi hati kita.

hati ni kan sayang sayangku, sgt fragile. fragile kat sini bukan maksud mudah pecah, tapi mudah tercemar. kalau kita x jaga, x isi hati kita dgn pengisian,x isi dgn ayat2 suci al-quran, senangnya hati kita nak jadi hitam. 

then bila kita dah isi hati kita, barulah kita dapat zahirkan dari segi cara pemikiran, dan cara pemakaian, cara kita melihat kehidupan. cantiknya islam ini adalah bermula dari dalam..

tapi bila zahir lagi cepat, hati yg dekat dalam tu belum sempat cantik lagi, sbb tu lah jadinya kes2 perempuan yg pakai tudung berpelukan dekat taman, ustaz kena tgkap sebab kes rogol. 


ini hakikat. sbb tulah pentingnya kita bergerak seiring dengan hati kita.kita belajar, dan belajar mengenai hidup, dalam masa yg sama kita zahirkan melalui perbuatan kita. lalu kita jadi contoh kepada orang lain. 


x perlu nak sibuk2 hal 'dia ni macam ni, ish aku x suka dia lah' 'eh eh dia ni bajet baik betul'...kalau lah kan, bila kita tengok orang, atau kita ditegur oleh sesiapa, lalu wujud unsur2 kemarahan atau rasa x puas hati dalam diri, maka hati kita tu adalah something wrong somewhere tu. check balik hati, bersihkan hati. sebab tulah kita disarankan untuk berdoa  agar sentiasa dibersihkan hati...supaya hati x konfius nak pikir positif ke negatif, or nak praktikkan ilmu yg dipelajari ke atau tidak, sebab hati mmg sentiasa berbolak balik...


hurm, sampai sini jelah kot...walaupun tahu x ramai pon yg baca, tapi alhamdulillah tersampai juga apa yg saya nak sampaikan...


 jaga hati! jaga iman! jaga amal! (pinjam ayat alia jap d:)


sekian. sorry kalau ada tersalah apa2. tegurlah saya... good night! (:






Sunday, October 23, 2011

spread the kindness.. (':

salam.

yayyy! jazakillah khair,minna! thank you for all the support,kind words and warm feeling that i got from you. yes you. tears (': 

i dont know how to make it into words. but i really appreciate all the kindness that you, all of you gave to me. 

and now its my responsibility, to spread the kindness back to the others... (:

talking about kindness. do you know how easy for us to gain 'pahala' in our everyday life?

but first of all, lets remind ourselves about all the 'nikmat' and loves from Allah...



look at all what Allah gives us!


Allah loves us,darlings! 


"....He is the One who is the Most-Forgiving, the Very-Merciful" 39:53 

now, why dont we show that we love Him too?... 



pray, fasting, reciting quran, strengthen the ukhuwah, do charity, say kind words, make good deeds .. be kind to other people..and

SPREAD THE KINDNESS (:


you know what's the greatest thing about islam? 

Islam connecting people!. people who we dont even know, or dont even met before,suddenly could become our bestfriend, and help us with the problems. Islam teaches us to spread and feel the love between each other under the same roof as a muslim. the bond of the brothers and sisters in muslim. 

wow! dont you think that was amazing? woww! double wow! (':


i love my family, i love my friend, i love all the sisters, and i love you all because of Allah.

may Allah bless all of us.

thank you! <3 



Saturday, October 22, 2011

apa tujuan hidup ini?

salam.


saya x ada benda nak cakap. cuma mungkin boleh beri peluang untuk saya buat luahan hati kejap.


sejak 2 3 hari ni asyik terjaga x kena waktu. i mean, suddenly terjaga. SUDDENLY T__T pastu mulalah risau x ketahuan hala. hurm. 


malam. gelap. bila bangun duduk seorang diri, baru terfikir macam2. haihh~ banyak benar perkara yg difikirkan. 'baguslah, Allah kurniakan akal untuk kita berfikir, fikirlah mengenai kebesaran-Nya', ini komen seorang rakan terdekat. (':


lagi banyak kita berfikir, lagi takut kan. bukan, mungkin lagi mendewasakan. dan menjadi dewasa adalah satu perkara yg menakutkan. entah. blog yg sudah 3 tahun dewasanya ini, kalau diimbas kembali, sgt kelakar... 


cepatnya masa berlalu. dan satu respons dahsyat dari saya sambil buat mata bulat 'oh, x matangnya kamu ni dulu fin'. sigh~ memandangkan saya x dpt tidur tadi, saya ambil masa untuk membersihkan kembali, mencuci segala kenangan2 yg x perlu lagi untuk dilampirkan.sesuatu yg tidak meningkatkan keimanan. langsung.


dan juga di facebook. entah. hati mmg tidak senang melihat fenomena facebook yg bagi saya makin parah. fitnah merata-rata, gambar2 murahan bersepahan begitu saja. walhal diri ini adalah sebahagian dari itu suatu waktu dahulu. itu belum kira di social network lain mcm myspace dan friendster. zaman remaja yg sgt tak terkawal, x kenal erti takut, dan x pernah terfikir mngenai kematian dan kehidupan setelah mati. jahil. 


perhatian dan tarikan yg dicari mungkin. bukan diri tak tahu itu salah. pelajaran agama, bukan tidak cukup. hanya mungkin, desakan nafsu yg lebih kuat. pengisian hati yg KOSONG. dan dorongan yg boleh dikatakan hampir tiada. 


tudung kepala yg dipakai dulu, hanya sekadar memenuhi tanggungjawab dan undang2 sekolah. bukan kerana patuh pada perintah Allah. jadi, dgn sewenang-wenangnya dilemparkan apabila pergi keluar berjalan-jalan. sigh~ kenapa agaknya ya?  walhal di amerika sana, apabila penindasan terhadap mereka yg berhijab berlaku, mereka bermati-matian mempertahankan hijab mereka.


gejala paling hebat kini,bertudung cantik, penuh keayuan, itu yg kita kenali di luar, tetapi, dalam laman2 sosial, dgn sewenang-wenangnya melampirkan kecantikan diri yg haram ditunjukkan kepada yg bkn muhrim. haram sayang ku... kenapa pamerkan pada satu dunia?dang! saya x layak mempersoalkan ini bukan?. kerana saya adalah nur fatihin. manusia yg pernah melakukan perkara yg sama.


dan apabila terpandang remaja2 yg melepak, duduk di tepi2 jalan, berpeleseran, berdua-duan. lagi sekali, hati membenci. ingin saja sampaikan soalan itu, 'apa tujuan kamu hidup di dunia ini?'. dan lagi sekali, saya tidak layak bukan?. kerana saya lah yg berada di tempat yg sama itu dulu.


saya tawu itu. saya x pernah layak untuk bersuara. walau sedikit pon.walaupun saya pernah melakukan kejahilan yg sama, tapi saya membenci perkara itu kini. dan masih adakah ruang untuk saya betulkan diri ini? 


dulu,x pernah sekali pon saya persoalkan pada diri, 'apa tujuan aku hidup ini?' sehinggalah dtgnya soalan ini apabila saya bertemu sinaran hati, kakak2 yg disayangi yg mula2 bertanyakan soalan ini, jawapan standard yg saya bagi 
'untuk belajar rajin2, dapat kerja yg baik, kawin and balas jasa ibu bapa'

jawapan yg saya sangka dikira cukup padat dan lengkap. kakak2 hanya tersenyum.

tapi, kakak2. saya sudah faham maksudnya. tanyalah saya. tanyalah saya soalan begitu lagi. kerana saya sudah yakin untuk menjawabnya. kerana apabila saya terjaga di tengah2 malam, saya akan bertanyakan soalan yg sama. dan apabila saya bangun pada setiap pagi, juga saya akan bertanya.lagi dan lagi. dan apabila saya duduk seorang diri, dan juga apabila saya terasa hati, dan bila saya rasa saya tidak mampu nak menghadapi sesuatu lagi.  

 apa tujuan hidup ini?

tanyalah diri anda sendiri.


saya tidak mampu kembali ke masa dulu. x mampu nak membuang memori kejahilan diri. tapi, saya mampu untuk bersuara. kini,walau diulang seribu kali kelayakan diri, saya tetap akan nyatakan kebencian saya terhadap perkara2 jahiliah itu walaupun ia melibatkan rakan2 baik dan ahli keluarga. biarpun saya tidak layak, tapi biarlah ini menjadi saksi di mata Allah suatu hari nanti bahawa saya menyatakan kebencian saya kepada perkara yg dimurkai Allah. 

apa tujuan saya hidup ini?

untuk mencapai REDHA ALLAH, mencari RAHMAT ALLAH, mendapatkan KASIH SAYANG ALLAH.



satu2nya jalan yg saya yakin dapat membawa kebahagiaan yg abadi buat selama-lamanya, hanya jalan ini. jalan menuju cinta Allah

Friday, October 21, 2011

antara dua

salam.

antara duaaaaaaa yay yay yay. haha. sapa taw ni lagu sapa? okay stop.xyah jawab. i know you all tawu. bab2 lagu ni lajuuu je kan.tawu habis segala lagu, dengar muzik sikit siap boleh buat teka2.hahahaha~ samelah kita....haih -.-'  tapi kan, kalau lah perdengarkan ayat2 dalam quran and suruh kita teka2 surah or juzuk berapa, agak2 laju x kita boleh jawab eh?
waaa~ menginsafi kelemahan diri.
http://www.emocutez.com

okay itu mukadimah.

antara dua. antara dua bukan kisah cinta memilih antara dua hati. salah salah. antara dua adalah kisah cinta agung, menetapkan hati, 'pada jalan mana yg aku nak pilih'.


okay fin please. ayat jgn nak bunga sgt. okay sorry. -.-' huraian ayat simple, 


kita Islam. tanya diri kita masing2, islam pada apa? hanya pada nama? banyak dan sgt banyak org yg berfikiran begini, 

'alaaa, kita xyah lah jadi alim sgt, kita solat, puasa and tutup aurat semua tu, dah cukup baik lah tu, kita tengah2 je, x payah nak alim2 sgt' 


okay sayalah tu yg berfikiran cetek macam ni suatu waktu dahulu. T__T

jadi, inilah pilihan yg manusia seperti saya sesuka hati cipta,

menjadi orang biasa( baik sikit2)

atau

orang luar biasa( org2 yg alim, menjalani cara hidup islam yg betul)


walhal dalam islam, tiada pilihan tengah2.

yg ada hanya syurga atau neraka

menjadi baik atau jahat.

x ada pon baik, baik sikit sikit, jahat sikit sikit, atau jahat.


Allah pon dah cakap dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 208,


"hai orang2 yg beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan...."



nampak tak tu? haaa. Allah x cakap, masuklah ke dalam Islam biarpun sedikit or separuh ke or sebelah kaki ke,oh tidak! tidak! tapi Allah kata, 
MASUKLAH KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHAN


jadi sayang2 sekalian, betulkan pilihan 'ciptaan' kita. x ada istilah baik sikit2 ni. 


pilihan yg ada just, menjadi islam, dan menjalani cara hidup islam sbb ramai yg terlupa bahawa ISLAM ADALAH CARA HIDUP yg lengkap lagi sempurna (ad-deen).


sebenarnya x terlambat pon. and x ada istilah terlambat pon dalam hidup sesiapa saja untuk kita mulakan hidup baru. build the islam again in our heart! 


jangan kata tak mampu, and jangan tutup peluang diri. contohnya mcm ckp 'aku jahat sgt lah. aku rasa x layak nak berubah dah, so aku nak kekal macam ni lah'

ouh what?? sayang ku, bercakap di dunia mmg lah berani, tapi kalau kat akhirat nanti, menyesal pon x boleh patah balik sayang.

setiap orang ada jahiliah masing2. 
Saidina Umar sendiri, sahabat Nabi yg dijanjikan Allah sebagi penghuni syurga, juga mempunyai jahiliah yg dahsyat. pernah membunuh anaknya sendiri! tapi beliau BERUBAH, menjadi senjata dalam menegakkan islam, lalu dijanjikan syurga untuknya.



jadi kita, kalau jahiliah kita dulu suka mencuri,couple ke hulu ke hilir, x tutup aurat, suka mencarut,and lain2 lagilah, banyak sgt.. xada alasan untuk tidak berubah. 
Allah itu MAHA PENGAMPUN.


okay. so sekarang dah tawu pasal pilihan antara dua. so, jom decide cepat jadi baik. BAIK YG BETUL2 BAIK sbb kita semua nak masuk SYURGA. there is no other choice! 


s0, that's all for today.pengisian hari ini. jazakillah akak naqibah ku. <3


 p/s : sharing is always loving. nak share? boleh click like.hihi~ ^^v


Thursday, October 20, 2011

si pemalas yg bangun lambat -.-'

salam.


this last few days, i memang selalu bangun lambat.bangun kelam kelibut, siap2, kayuh basikal laju2 n terpacak terus depan klas.penat weyyy panjat bukit. T_T eh cop cop. bukan bangun lambat kes terlepas subuh ni. oh tidak tidak...


subuh kat sini dalam pkul 4.30 pg.. nak tak nak, kau kena bangun jugak kejap, g solat. lepas solat terjun balik atas katil, sambung tido. zzzzzZZZ


okay ini adalah perangai yg sangat tak perlu diikut. tidur lepas subuh. hidoiiiiiii~(org jepun ckp ni utk mnggambarkan sesuatu perbuatan yg teruk d:)


kalau kat malaysia, lepas subuh, ini cerita time study kat UM lah ye..lepas subuh, terus siap, mana ada time nak tido2 ni. kau nak kena lempang kalau tido balik?? dush2.lempang diri sendiri je la -___-" dah la org jepun ni strict, kau lewat sekali mmg la dia senyum, tapi nantii...haaa~ tawula apa dia comment kat jadual kehadiran... sbb bagi org jepun, kehadiran ke kelas dan TIDAK LEWAT tu adalah perkara yg saaaaaaangaaaaattt penting! 


aish lebih pulak bercakap. sebenarnya nak beritahu sebab saya bangun lambat ni, SALAHKAN JAM LOCENG! jam loceng saya yg dibeli time mula2 datang jepun, semangat membara nak p klas,kononnya! ececece, sampai2 terus nak beli jam loceng. ya, jam loceng yg dibeli dengan semangat penuh tahap maksima itu sudah jatuh rosak terperosok celah katil. oh , amat kasihan. dalam hati  [padan muka!! ]


wahahaha! sapa suruh bising sangat pagi2!!


jadi skrg saya hanya bergantung dgn smart phone punya alarm, yg sgt lebih annoying,tapi MALANGNYA saya x sampai hati pulak nak campak dia tolak jatuh dari katil. almaklumlah, bayar pon x abis lagi...-.-'


then,sewaktu tengah berfikir sedalam-dalamnya mengenai cara bangun pagi dengan penuh riang ria lagi bertenaga(tipu! padahal tengah dok blogwalking d:), terjumpa pulak gambar comel kat chibird punya tumbler...^_^





wahahaha! SUPER CUTE kan?? lagi lagi kalau ada moving clock tu..senang sikit, kalau i rasa nak cepuk(gile ganas si fin ni -.-') and belasah alarm clock tu dia pandai2 la dia lari sendiri...then, kalau dia lari, sebab geram punya pasal, mesti la i kejar, so secara automatiknya i akan bangun dari tidur and dapat exercise free sebab main kejar mengejar di pagi hari. bagus dak teori i ni?? welll~ d:

haha. okay entry merepek. tapi, kan best kalau dapat bright lights tu..kalau pagi2, automatically tingkap terbuka and sunshine masuk. waaaa~ bestnyaaa!!! x pon duduk kat malaysia, mama or kakak n adik tolong kejut ke.. xpayah susah2 nak berperang bermasam muka dengan smart phone... 


okay fine. pengajarannya, SILA AJAR DIRI UNTUK BERDIKARI!jangan nak selalu berharap bantuan orang, dan jangan nak bergaduh dengan smart phone, sbb kalau dia rosak, anda yg susah!. sekian, terima kasih 

Wednesday, October 19, 2011

berkiranya kita dengan Allah T_T

salam.

erm, hye semua...abis kelas awal hari ni. yayyyyy!!!  okay bertenang.

sebenarnya nak ckp pasal solat lagi. again. haha. sapa dah jemu, xpayah baca *merajuk

ermm, kan saya ada post semalam pasal maksud doa iftitah, and i got a comment from my friend yg cakap doa iftitah ni x wajib, selalu ramai yg skip je sbb hukumnya sunat...

ha'ah...lupa plak nak cakap kat post tu yg doa iftitah ni hukumnya sunat... ye sayang2 sekalian, hukumnya sunat... TAPI, eh, ada TAPI kat situ,  d:  tapi, jgnlah jadikan alasan kerana hukumnnya sunat, maka nak skip je.

manusia ni kannn, semua nak senang je...haha. saya lah tu. kalau boleh nak pendek, lagi pendek nak solat tu. tu tak kira lagi dgn bacaan2 wajib yg laju tunggang terbalik. sigh~


dah la bacaan wajib pon x diyakini lagi kesempurnaannya, lepas tu kita g skip pulak segala yg sunat...jadi, amalan mana nak topup solat yg x sempurna tadi tu? alhamdulillah kalau ada yg mampu, yakin 100% n cakap 'aku solat sempurna kowtttt'... 

tapi still, untuk sehari-hari kehidupan kita yg Allah bagi pinjam, rasa2 amalan wajib 5 kali sehari ni cukup ke nak balas jasa Allah yg SETIAP MASA jaga kita? ulang lagi sekali * 
Allah jaga kita SETIAP MASA, tapi kita ingat 5 kali ja sehari.


berkiranya kita dengan Allah. T____T


saya x tahu macam mana nak bagi contoh mngenai kepntingan doa iftitah ni, tapi jom kita guna akal untuk berfikir jap...kita kan, bila kita nak melawat rumah orang, nak masuk rumah someone, apa yg selalu kita buat? xpe xyah jawab. saya jawabkan. ;D kita bagi salam kan....


tapi, kenapa kita bagi salam?? walhal hukum beri salam kan SUNAT... kenapa kita x redah masuk ja senyap2, tak pon say 'hye, yo! how are you?' -.-'  kenapa agak agak nya?

sbb kita nak masuk rumah orang dalam keadaan tertib, sopan, penuh hemah...jadi kita mulai ia dengan salam. macam tu jugaklah dengan solat,kalau dengan manusia bukan main cantik lagi kita bagi salam penuh sopan lagi tertib, tapi dengan Allah kenapa nak skip?

doa iftitah ni 'doa pembuka solat' sayangku... 
kalau sesama manusia, ringan je mulut nak bagi salam, tapi kenapa dengan Allah berat sgt nak baca doa pembuka solat je pun?


 kita nak mengadap Allah,pencipta kita, jadi kenapa tidak kita mulakan dengan puji-pujian untuk-Nya? 


'sesungguhnya tidak sempurna solat sehingga berwuduk dgn sempurna.kemudian bertakbir memuji Allah dan menyanjungnya dgn membaca ayat2 Al-Quran..' 
hadis riwayat Abu Daud.


erm. tapi tu lah... tujuan saya post maksud kepada doa iftitah pada post yg lepas, bukan untuk provoke kalian untuk baca doa iftitah(bagi sapa2 yg skip), jauh sekali mewujudkan unsur2 memaksa dalam penulisan saya.. ia hanya, ajakan kasih sayang mungkin, untuk semua merenung kembali diri masing2 dalam solat yg dilakukan hari2.. xterkecuali diri saya yg serba kekurangan ini..(':


amalan sunat liat betul nak buat.mungkin ada yg skip dgn alasan 'amalan sunat aku yg lain dh bnyk'...waaa~ baguslah (: ...tapi,kalau doa iftitah yg pendek tu pon skip sbb malas nak baca, kalau nak solat sunat 2 rakaat yg lebih lama tu, mampu ke buat agak-agaknya...erm, entahlah... #positive thinking.



bukan saya x faham.desakan kemalasan tahap melampau juga menimpa saya. im a human too, just like you. tapi, bila malas dtg, saya akan tanya diri saya, cukup ke amalan ni untuk masuk syurga? umur makin meningkat, sampai bila nak terus kekal di takuk lama? 20 years old. 20 is a big number! mungkin kalau diizinkan Allah, boleh hidup lagi beberapa tahun. umur panjang sikit. mungkin 20-30 tahun.umur dah 20 tahun, bacaan solat still tak tahu. then, bila nak tahu?? saya selalu tanya diri saya, kalau x buat sekarang, bila lagi kita nak start? xkan nak tunggu dah tua, baru nak ulang alik ke masjid,sehari suntuk beramal? masalah nya, yakin ke kita akan sampai ke umur tua tu?? sigh~ 


sememangnya kemalasan adalah satu perkara yg menyedihkan untuk setiap manusia. sbb kemalasan, buat kita membazirkan waktu hidup yg singkat ni! sedihnya saya apabila mengenangkan kejahilan diri yg lambat benar mendapat ketukan kasih sayang untuk melakukan perubahan.makanya, sharing is always loving. saya menulis utk share perasaan saya kini, dan ilmu yg sy dapat.. 
bangunlah,bergerak dan lakukan perubahan dalam hidup anda.


btw, sampai sini jelah kot. no offense. maafkan saya jika ada yg terasa hati....tegurlah saya jika ada yg tersilap...dengan teguran yg membina dan berakal.... 


p/s : ada macam2 jenis doa iftitah ni. bukan macam yg kita belajar time skola rendah tu ada satu ja.nak tawu yg lain? sila manfaatkan encik google. d:


  

lets improve our solat (2)

salam.

hey. HYEEEEEE!!!! happy nya dapat update blog. yayyy!! http://www.emocutez.com

okay fine.

hari ni i update pasal meaning doa iftitah...kesinambungan dari post lepas, to improve our solat!yosh! yosh!





macam kecik je. kalau nak tumbesaran die besar, kelik laju2 kat gambar ni ye (:



and pesanan riang gembira hari ni, JANGAN BACA JE, tapi HAFAL!!


mesti korang macam, ' eiiii, apesal dia niii, rushing2 nak g mana...eiii, geram geram' sambil buat muka ceni kan? http://www.emocutez.com   hahahahaha!


but, im sorry! really. memang nak tulis panjang2, tapi ada kerja sikit.


quick post. sorryyyy T___T  byeee!


p/s : will update later about other meaning pulakk...(:


Monday, October 17, 2011

learning through song.much fun rite?

salam

ekk...anybody remember yesterday's post? i did post about the meaning of  surah al fatihah.the main surah in holy quran...


and i browsed through all the blog that i followed just now and look!i found this!

  
 
credit to encik mimpi.thank you! ^^v


great! sometimes, the coincidence is just too great! okay girls and guys, you can try memorizing through song.


owh ya, btw... its for memorizing. not to sing during prayers.don't get it wrong...hihi~

bye!

p/s : i know i did promised to post about other translation. but wait,wait... im having a busy week this week --' 


Sunday, October 16, 2011

haipp!! baca ni jap!take time to improve your solat (1)

salam.

hye! haha *gelak sorang2. -___-'

saikin(sejak kebelakangan ni) mmg susah nak tidur, jd jom buat something yg berfaedah sikit.

suka untuk saya ingatkan dan beri peringatan riang ria pada diri sendiri dan sesiapa yg membaca mengenai solat.

yes, SOLAT ya anak2.. *bajet ibu ;D


mula2 nak tanya, berapa ramai yg cyanto(properly) tunaikan solat? i mean, yess, solat awal waktu, x bertangguh, lengah2, x pon buat muka masam mencuka bila dtg ja time nak solat...


tapi yg bestnya kita ni kebanyakannya, solat tetap solat cuma yg banyak bezanya adalah, buat betul2 dengan ikhlas or buat dengan terpaksa. haha...saya la tu. kalau sembahyang kelam kelibut mcm 100meter run, pecut sampai habis. punya nak cepat, nak p mana tak taw lah -__-'


tapi sejak mendapat serba sikit kasih syg dan penjagaan rapi oleh 'bulatan gembira'(istilah incik gabbana, i pinjam ye!) ini, sdikit sbnyk perubahan meresap dalam diri. yehaaaa! tepuk gembira sikit!! \(^.^)/


ehh, tapi cerita hari ni nak story pasal bacaan dalam solat. okay, i baru je lpas baca artikel pasal survey yg dijalankan kepada pelajar sekolah menengah and university, dan rata2 mmg x tahu maksud bacaan surah al-fatihah.


eh apaaaa????? x tahu maksud bacaan surah al fatihah?? *pengsan.. T__T


okay xpa... bertenang semua... masih belum terlambat lagi... sebelum tu tepuk dada tanya diri sendiri dulu, 'berapa umur saya ya sekarang?' * tanya diri sendirilah! bukan tanya saya -.-'


lepas tu tanya diri lagi, ' selama ni dalam solat aku baca apa ya?'


pastu tanya lagi, 'agak2 Allah terima tak solat aku selama aku hidup ni ya?'


cantik elok dah, bacaan semua rakaat cukup, tapi sayang kalau x tahu bacaan maksudnya... itu kalau surah UTAMA, pon x tawu, yg lain2 tu...errr.... xpe xpe...hari ni kita buat sesi memahami maksud surah Al-Fatihah dulu ya... jom! jom! 


maksud surah Al-Fatihah





















-end-


haaaaa. jap jap jap. jangan baca je, HAFAL! *muka garang d:


cuba fikir jap.selama lama kita dah solat ni, pernah terfikir tak, kenapa x rasai kemanisan solat? walhal solat kan makanan untuk hati kita, macam mana bila kita rasa seronok nak makan nasik, kalau boleh nak lari2 terbang g cafe sbb nak makan, macam tu lah kita patut rasa untuk tunaikan solat...


bila kita tawu maksud setiap satu,daripada maksud takbir sehinggalah tahyat akhir... barulah kita rasa nikmat mendirikan solat tu...dan mungkin juga boleh menangis kerana terlalu menghayati... (:

jadi, ambillah inisiatif untuk melakukan perubahan. jgn dok kata sat sat , nanti sattt, nanti baru nak buat.


pernah dengar ayat ni,

"a man who decides to change on 12th hour, dies on 11th"

haaaa! kan takot tuuu! takotnya kalau mati and x sempat pulak tu nak buat perubahan.... perkara pertama yg akan dihisab di akhirat nanti adalah solat sayang sayang ku....
 jadi, please take this as a serious matter ya.. 


lepas ni kita sambung dgn bacaan dalam solat yg lain pulak ya... err, tapi sapa yg dah dapat spark kejutan mendadak untuk berubah tu rajin2 lah g google sendiri ye... takut i lambat pulak nak update, almaklumlah, i kan budak skolah, nak kena p skolah... ;D


okaylah. nak tido dah...good night you alll!!! <3


Thursday, October 13, 2011

fitrah should not go against us.......


is it strange?? 



haha. anybody who answer yes. not much to say, check iman i guess.. 


this is all fitrah. why we should do this, and should not do that, there's a reason behind all that!


sometimes people can easily get mad and become haters just because they can't accept the fact that they know IS TRUE! 

this is what we call human beings. me too. i used to be on that place. rebellious. never listen to what people said. instead, i gave them excuses! -.-' even i was not mad, i was just like trying to force myself no to trust, trying hard to ignore all the advise.


and the time came when i started to realize, why should i force myself too hard? why don't i try to understand? because this is fitrah. and fitrah should not go against us. 

and i was inspired by one of the sisters who said 'there will comes the time when you woke up every morning, took your bath, and when choosing your clothes, what to wear,you wonder 
"do i look good in Allah's eye?" 
"do Allah like if i wear this clothes?" ' (':


okay sgt terharu! how i wish i could be like her. okay, lets pray so that all of us will become a better person...insyaAllah (:

Wednesday, October 12, 2011

my memorable weekend!

salam.

and hye!

do you realize the time when your life are getting busy,busy busy? i realized it by looking at my own room. books and papers are everywhere!

okay, this is what we call student life. and i just started my second semester for 2 weeks.not much to talk about my new sem. same friend,new teachers. and i got a lot of new classmates since i 'takumi' much to suit my schedule well. (takumi-jump to another person classes)

err. yes. im suppose to talk about my weekend which happened to be '3renkyuu'. weekend plus monday(public holiday!) i got a called from the JPA for this 'program pembangunan pelajar' about a month before.

feelings? not very clear. but before meeting them, i was like super duper excited to meet all friends!

and now, yeah! im glad that the JPA organised such program. i know it, i love this kind of program. i love being surrounded by friends. (':


here's the video about the program.

location : yakehashiri international exchange village, iwate 



and i met aween too!! muah2!!



the girls! 




with duta besar malaysia ke jepun




majlis penutup. great enough? find me! d:



them. im gonna miss you all! thank for the memories!!! <3



err. owh ya... thank you for all the co-operations, and sorry for any mistakes. im not a good leader, and im not sure if i could ever be one, but i'll try my best when it comes to responsibility... thank you for trusting me. thank you jpa, thank you puan siti, encik annizam, kak su, encik zul, kelvin, amuri, and all friends! 

may we meet again another time! insyaAllah (:

Thursday, October 6, 2011

why find when it is already written?


ever face this kind of situation?




One Sided


you dont praise people darlings...


if someone does not want you in their life, you dont force yourself to force them to put you in their life!


if someone leave you because you become a better person, then let he/she be..they are not worth to be in your life at all...


did you know that God has created specific person to be our family, friends and one day, specific person to be our spouse?


it all has been written at Luh Mahfuz before our birth! 


then why are you guys so like worrying when you lose someone in your life? 


and to those with broken heart, shouting all over at the facebook about your love story...from married to unmarried -.-' 


just to share a quote from a close friend to be consider about....


"why find when it is already written?" 
-quoted from close friend-


love from human beings will never be enough. 


"God is sufficient for me" 
9:129 


one by one, ten by ten...even if more and more people leave me on the same reason, i wont turn back. that's my word.  



Wednesday, October 5, 2011

hudud (:

salam. 

x ada perkara menarik. cuma tertarik dengan paper sinar harian ni. 

ditanyakan pendapat mengenai hukum hudud kepada golongan artis yg rata2 nya mengatakan bahawanya ia tidak relevan... 



bukan mahu membidas para artis, jauh sekali mewujudkan suatu prasangka buruk..sekadar berkongsi     pendapat saya pulak...(walaupun saya bukan artis, n takde siapa pon tanya pendapat. nak tulis jugak. hihi~ )

tertanya tanya , kenapa harus kita takut pada hukuman yg ditetapkan agama sekiranya kita tidak melakukan kesalahan tersebut dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukannya?  

juga tertanya tanya kenapa kita merisaukan azab di dunia walhal di akhirat sana, sudah pasti pembalasannya lebih perit?

hukum hudud dianggap seperti kejam dan tidak relevan...tapi kalau baca Al-Quran, x nampak pon kekejaman tu di mana....contohnya seperti hukum berzina,


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]


bukankah lebih baik lakukan begini daripada membiarkan pembuangan bayi terus berleluasa?risau difitnah? jgn risau. sesungguhnya Allah itu Maha Adil. tidak membiarkan sesiapa pon terainaya.


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]


dan Allah juga tidak membiarkan hukuman jatuh dengan sewenang-wenangnya, sbb itulah dtgnya ayat ini...(:

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]


bukankah aturan Allah itu adalah yg terbaik (':


sebagai penutup, cuba kita hayati ayat ni,


 "...Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. Oleh yang demikian itu, maka serulah (mereka-wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami, dan bagi kamu amal kamu. Tidakkah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)” [Asy-Syura:14&15]


 jelas tertulis dalam kitab Al-Quran,tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dgn kamu kerana kebenaran telah jelas nyata. (:

jelas dan nyata. buat susah2 je nak persoalkan lagi kan? (: 
btw, daripada kita menjadi prihatin dan merisaukan pesalah2 yg melakukan kesalahan yg boleh dikenakan hukuman hudud ni, mungkin ada baiknya kita risaukan, kenaikan kadar pembuangan bayi yg makin berleluasa, risaukan golongan kanak2 di palestin sana yg tidak dpt hidup dgn aman. risaukan golongan yg kebuluran x cukup makanan. merisaui iman diri sendiri, entah cukup agaknya untuk memijak kan kaki di syurga Allah...


erm, tapi daripada menyeru kepada hukum hudud, lebih baik kita banyak berusaha kepada pelaksanaan cara hidup islam(Ad-Deen) kan? yosh! perlu memperbaiki diri lagi. jom! jom!


p/s : post ini sekadar berkongsi pendapat. teguran membina amatlah dialu-alukan. (: