Monday, November 7, 2011

tanggungjawab hati : BERSABAR (':


salam.

alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas, dan jari2 sihat yg laju ja menaip. yay!

bukan sengaja x nak update blog, tapi tapi tapi, terpaksa menenangkan hati, apabila hati lagi sekali disentap kasar dgn kata2 manusia. *jatuh terduduk

cuba menilai diri sendiri untuk berfikiran waras tanpa perlu segala emo. lalu, saya menjatuhkan arahan pada diri supaya tidak mengupdate blog, agar tidak tersalah bicara atau mengguris mana2 hati.

tanggungjawab hati pada waktu itu adalah BERSABAR. walaupun hati agak degil lagi mengada-ngada, tapi alhamdulillah berjaya melepasinya! yippe yeah!! lompat berguling \(^.^)/

kadang2 terasa penat juga. penat dgn sikap manusia ini. ya. saya juga manusia. penat jugak dgn diri sendiri kdg2 -.-'

setelah memahami, apa tujuan hidup kita, apa mission kita kat dunia ni. penilaian saya sememangnya banyak berubah. mana dulu, perangai terkinja-kinja(skrg pon ada tapi dah kurang sikit -.-'), gila shopping sampai rasa nak tido kat shopping complex, pakai baju main sesedap hati ja, konon diri rasa 'i pakai tudung i dah cukup baik dah', sembahyang pon lewat-lewatkan. tudiaaa, perangai x berapa nak comel.
Allah x suka, sayangku. *usap kepala.

tapi, seperti apa yg saya percaya, tanam, ketuk kuat2 hammer dalam kepala otak, satu persoalan yg selalu menggerakan diri utk terus berlari, kalau x boleh, terus berjalan, merangkak pon xapa, persoalan yg memberi saya semangat untuk mengejar cinta Allah,

"sampai bila mahu kekal di tempat yg sama?"

saya takut. takut andai dicabut nyawa dalam keadaan jahiliyah itu. jahiliyah apa maksudnya sayang? jahiliyah maksudnya tidak tahu, atau bahasa kasar dia bodoh.


jadi, kalau kita tak tawu apa tujuan kita hidup. mesej2 dari pencipta kita? maka x ke kita tergolong dalam kumpulan jahilliyah jugak?


saya bagi contoh, kita baca doa, baca doa setiap hari, after solat setiap kali kita baca versi bahasa arab tu, cantik alunan sedap mendayu. mmg cukup lahh. tapi, bila ditanya 'err, cik adik, apa ya maksud bacaan doa yg adik baca tadi?' 'eh, saya tak tawu' dang! ini salah satu contoh. contoh di mana apabila kita meminta sesuatu kepada Allah tapi kita tak tawu apa yg kita mintak.

kalau kita nak mintak something kat ayah kita pon,pastu kita tulis surat.x lama lpas tu ayah pon tanya 'nak apa?' kita pon cakap, 'ala, seperti yg ditulis dalam surat tu', pastu ayah kata 'yala, seperti yg ditulis dalam surat tu, tapi apa?' then mcm mana kita nak jawab soalan tu? kita yg tulis surat tu, tapi x faham pon apa yg kita tulis. so, x jahilliyah ke kita kalau macam tu?

setiap hari solat 5 kali. ulang2 bacaan yg sama. tapi x pernah tahu pon, apa yg aku cakap ketika mengadap Allah time solat tadi?

fikir kejap. fikir kejap. hurm, time ni lah soalan tadi patut mencelah,


"sampai bila mahu kekal di tempat yg sama?"


saya x nak. saya x mahu kekal di tempat yg sama. saya x mahu mati dalam keadaan tidak tahu,dalam keadaan yg tidak mengerti, dalam keadaan yg bukan pada fitrah.

atas dasar itu, atas sebab itu, saya menyahut ajakan kasih sayang kakak2 dan rakan2 comel untuk belajar.belajar dan belajar!

dan ia merupakan satu anjakan perubahan dalam hidup saya. bukannya ilmu saya yg menjadi tinggi, dan bukan juga kedudukan, tapi mungkin iman yg mengambil tempat. haippp, saya x kata iman saya jadi banyak. tapi, kemasukan iman ke dalam diri hatta walau sedikit pon, telah mengubah sedikit sebanyak pandangan saya terhadap sesuatu perkara.

terasa diri semakin fanatik dalam meraih cinta Allah. terasa nak berlari-lari nak masuk syurga Allah. terasa nak berguling-guling nak jadi wanita solehah, nak duduk sebaris dengan bidadari syurga. nak Allah sayang. (':


dan, disebabkan perubahan pandangan inilah, yg menyebabkan mereka yg menjadi teman riang ria gembira gelak ketawa suatu masa dahulu, dgn kasarnya merentap hati dgn kata2 x diundang. hati mana x rasa kecewa bila diperlakukan sedemikian oleh rakan sendiri? hurm.


tapi, saya yakin. saya tidak berhak terasa hati. kerana Allah telah melapangkan jalan-Nya untuk saya. dan kerana mereka ini masih belum faham. masih belum faham...


"Dan kami jadikan sebahagian dari kamu,sebagai ujian kepada org lain. Mahukah kamu bersabar? Tuhanmu Maha Melihat" 25:20

apabila mesej kasih sayang dari Allah ini menyentuh hati saya,hati terus rasa lega. hurm. ujian rupanya...(': semoga Allah juga membukakan hati mereka untuk mencari..mencari nilai hidup yg sebenar..



dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (':



1 comment:

desmeto said...

sayangku ;)
moga Allah beri kekuatan pada kita..