Wednesday, June 29, 2011

tegurlah dengan cara yg berhemah..(:


salam..(:


pernah berasa hati terguris? tangisan yg dicurahkan kerana sekeping hati disakiti? manusia sering saja tanpa sedar mengeluarkan kata2 yg tajam.menikam hati manusia lain tanpa perasaan.TT


walhal peranan si pemberi penasihat itu sendiri adalah untuk menegur.bukannya memberi kata2 perlian.jauh sekali untuk memburukkan lagi keadaan.di mana hemah dan adab nya sebagai seorang yang mempunyai akal??



selalu kita baca di internet, (kita? eh..saya sebenarnya d:) artikel2 mengenai wanita, yg kebanyakannya adalah mengenai aurat wanita..penggunaan perkataan2 yg lucah, penghinaan terhadap kaum wanita itu sendiri..walaupun tidak berada di dalam golongan yg ditujukan tapi ketahuilah bahawa kami adalah WANITA.


tujuan penulis yg pada asalnya mungkin mahu memberi nasihat kepada golongan wanita ini, telah bertukar menjadi satu perkara yg memalukan kaum muslimah itu sendiri. soalan!


beginikah sifat dan cara untuk memberi nasihat?







kata mereka..'kalau cakap elok2 bukan nak dengar pon, so kena cakap kasar2'...



soalan lagi!

adakah mereka akan berubah sekiranya awak bercakap secara kasar?


think beb!..jgn memalukan diri sendiri dengan menulis artikel, mencipta pantun2 yg bukan2, lalu menyumbang kepada gugurnya titisan air mata orang lain...awak bukan sahaja x membantu dalam menyedarkan orang2 yg awak nak sedarkan tu, tetapi awak mngguriskan hati orang lain pulakkk...aiyooo~kawan2...sila berfikir...





kadang2 kita terlupa...dalam masa sibuk membersihkan hati orang lain, hati diri sendiri juga perlu sentiasa dibersihkan...kerana hati sentiasa berbolak balik...dan dari hatilah lahirnya kata2 dari lidahmu..adab dan tatasusila harus sentiasa dijaga...



jagalah penggunaan bahasa andaa.. kata2 yg baik insyaAllah akan sentiasa diterima oleh org lain....tegurlah dengan cara yg berhemah....nasihat dan teguran sepatutnya dapat mengubah peribadi seseorang menjadi lebih baik..bukannya menjurus ke arah yg lebih terukk...(':



okay. bye!



p/s : penulisan saya ini tiada niat riak, takbur, bajet baik atau apa...haihh~jgnlah menilai diri saya dengan sesuatu yg pasif...pengubahan corak penulisan saya dari entry budak2 yg kosong kepada entry yg mungkin dpt dimanfaatkan kpd orang lain hanyalah kerana saya mula memahami nilai hidup yg sebenar..jadi kalau berasa tidak suka, sila tinggalkan kawasan BETA ini dengan segera ;D hahahaha~



kalau x nak beri support, mungkin diam lebih bermakna...saya belajar utk melakukan perubahan, dan apa kata awak pon turut belajar menerima perubahan..

maafkan saya kalau ada yg terasa..TT




4 comments:

Cik TeN10 said...

ohh cara penulisan kali ni mmg sgt berbeza.. sgt matang.. ^^

ahaa biasa la manusia.. rambut sama hitam tp hati lain2.. pape pn kita kna saling berpesan-pesan agr tak lalai dan mudah alpa.. :)

chill !! XD

Syafa Mohamed said...

ganbatte fin..sayang fin selalu..walaupun jauh di mata insyaAllah dekat di hati....semoga kita sentiasa berada di atas jalan yang sama..amin:)

keranaNya kita bertemu,keranaNya juga kita berpisah^^

finn asri said...

sayang syafa jugakk..(':

thank cik ten! ^_^

Khairy said...

yup...sy kadang terjumpa gak golongan yang budjet baik. Memang betol niat diorang murni..tapi aplikasi tak kena. Bukan pahala yang ditambah, malah dosa yang berganda-ganda...