Saturday, January 15, 2011

Muqaddimah Zilal- 1

salam

awak...boleh tak saya nak amik masa awak sekejap...kejap je. terima kasih (:

as promise. hari ni ada masa sikit, jadi kita akan cerita pasal Sayyid Qutb. rugi rasanya kalau ilmu yg saya dapat x bagi kat org lain sama.emm. korang tahu, kenapa Rasulullah disanjung tinggi dan terpilihnya diri baginda menjadi kekasih Allah.menurut kata akak naqibah, kerana baginda menyampaikan ilmu yg baginda dapat kpd org lain. means, kita x bolot sorang2, kita share, n bagi org lain pun sama taw dgn kita. kalau x, kita sama la jugak mcm kaum israel. dorang antara yg special sbb dpt petunjuk (kitab taurat) dari Allah dulu, tapi jadi tamak, bolot sendiri, tanak share.ouhhh. sgt tidak patut kannn.... =_="

oleh itu, walaupun saya ni x berapa nk 'center' otaknya, x dapat nak sampaikan 100% dari apa yg saya dapat,tapi, insyaAllah main point n tujuan dia x lari lagi kowtt :D

okay.

1.2.3


starttt!!




Sayyid Qutb adalah. eh jap!! korang knal x sape ni??? x knal eyyy........takpe takpe. x knal x pe.saya pun x knal sampailah saya pergi Kalumpang haritu. :D nah, biodata





(: tarikh,tempat lahir : tahun 1906, Kg Musyrah, Egypt
(: seorg yg disegani umum, bnyk berbakti kat org miskin
(: usia belum cecah 10 tahun dah berjaya hafal Al- Quran( hebat kan!! malunya sayaaa...darjah
5 baru khatam, hafalnya,dah umur 20 tahun pun blom lagi..)
(: 1945-1950, menulis pelbagai penulisan sastera Islamiyah
(: 1951, mengalihkan penulisan beliau kepada penulisan2 Islamiyah
(: karya penghasilan yg jadi mercu tanda ialah tafsir ' Fi Zilalil-Quran'
(: penulisan Sayyid Qutb telah berjaya menaikkan semangat juang, dan menyedarkan ramai
umat Islam
(: 1960,dizalimi dan diainayai, lalu dimasukkan ke dalam penjara
(: tafsir in terpaksa ditulis sebanyak dua kali(kali pertama tafsirnya telah diharamkan semua),
dan kali kedua ditulis di penjara dengan 'darah syuhada'
(: 29 Ogos 1966, beliau syahid di tali gantung di Mahkamah Tentera tanpa sebab dan alasan yg
wajar.(mahkamah ini mmg mempunyai sejarah x adil n suka ainaya org)




jadi, tamat lah riwayat Sayyid Qutb ini. tapi, perjuangan beliau tetap terus berjalan. tafsir beliau sentiasa dipelihara. (:



erm. saya x belajar habis lagi sbb tafsir kan sgt panjang. insyaAllah sikit2 ye..
kita start dgn
Muqaddimah Zilal dulu. yosh!! >_<




' Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yg tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yg mngecapinya. Ia adalah suatu kenikmatan yg meluhur(secara menyeluruh), memberkati dan membersihkan usia seseorang'




'Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yg telah mengurniakan kepadaku, kenikmatan hidup di bawah bayangan al-Quran selama beberapa waktu ( mula betul2 hidup di bawah bayangan Quran pada umur 40tahun sehingga ajal), di mana aku telah mengecapi nikmat yg x pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yg meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.'



'Aku hidup seolah olah mendengar Allah bercakap kepadaku dgn Al-Quran ini....ya Dia bercakap kepadaku, seorang hamba yg amat kerdil lagi kecil.Manakah penghormatan yg dpt dicapai oleh seseorang yg lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yg amat besar ini? Manakah keluhuran usia yg lebih tinggi dari keluhuran usia yg diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yg lebih tinggi dari darjah kemuliaan yg dikurniakan oleh Allah Pencipta Yg Maha Mulia?'



(cuba bygkan,katakanlah kita tgh jalan2 pastu tetiba Najib dtg n ckp " eh, hye fatihin. sihat hari ini?" apa perasaan anda? mesti la mcm..waaahhh!!! "Najib tegor aku!najib tawu nama aku!!!"... takpun, nangis guling2 sbb terharu. haaaaa~ tu baru najib, seorang manusia biasa sama mcm kita. dapat penghormatan mcm tu pun kita da rasa mcm, gila best!cuba bayangkan Allah bercakap dgn kita,tak rasa ke yg nikmat ni lah yg paling agung? bestnya sampai 'speechless' lah nk kata betapa BEST NYA! )


okaylah, 3 perenggan je hari ini...terima kasih bg yg membaca.merasakan diri tidak pernah layak untuk menyampaikan ilmu,jadi, saya minta maaf. tetapi saya masih mahu mencuba. maafkan saya jika ada yg tersilap. saya banyak kekurangan. tapi, saya hanya mahu berkongsi..

sekian.






No comments: