Saturday, May 28, 2011

apa erti sebenar hidup ini?

salam.

nikmat kesihatan yg ditarik oleh Allah, membuatkan saya lebih bnyk berfikir.

sakit tekak, selsema dan pening yg agak melampau,nikmat dunia dah x lagi dirasai.nak makan pon rasa perit, apatah lagi mahu bercakap. menyebabkan saya mengasingkan diri lalu berfikir.

perkara yg terdetik di fikiran saya tadi, apa erti sebenar hidup ini? kadang2 hati selalu saja lalai dalam melaksanakan peranan sebagai manusia.

kata akak naqibah, tidak Allah turunkan manusia ini sia2 hanya untuk hidup, makan, belajar, tidur, menjadi tua lalu mati.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'
2:30


Allah dah cakap terang-terang dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan khalifah di muka bumi. bukan sekadar manusia yg perlu hidup dan akhirnya mati.


jahilnya saya dahulu, apabila tidak pernah memahami apa yg disampaikan Al-Quran. khatam Al-Quran hanyalah dari segi bacaan walhal isi kandungan dan mesej itu adalah yg paling penting.


Allah turunkan Al-Quran itu untuk kita, memang KHAS untuk kita semua, mungkin ramai yg masih x menyedari, Al-Quran bukanlah sekadar bahan bacaan, tetapi ianya adalah panduan hidup kerana Islam adalah 'cara hidup' bukan sekadar satu perkataan.


"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?"
47:24


ini yg paling saya khuatiri. tetapi, Alhamdulillah, Allah x pernah tinggalkan saya. daripada seorang yg jahil,Allah masukkan saya ke AAJ, tempat di mana terdetiknya perasaan ingin tahu saya.


kemalasan dan kengganan ke usrah juga, mmg agak ketara.terdapat suatu kuasa negatif dalam diri pada waktu itu. dunia lebih banyak mendapat kemenangan berbanding akhirat. T__T


namun kuasa Allah, yg menghendakkan hati ini untuk memahami, lalu Allah tempatkan saya di suatu komuniti rakan2 yg sgt bnyk membimbing saya. sehingga saya mula merasakan perubahan hati.sedikit demi sedikit, saya lakukan perubahan hidup. dari cara pemakaian, penjagaan hati, dan tatatertib.


tangisan demi tangisan dalam menetapkan hati di jalan Allah.dan apabila hati membenarkan apa yg disampaikan namun perbuatan masih sebaliknya.


kemudian, Allah hantar saya pula ke sini, ke bumi matahari terbit ini, dan saya dibimbing pula dgn akak2 naqibah yg comel2 dan baik hati.


sungguh, Allah x pernah tinggalkan saya.kadang2 saya malu, Allah x pernah henti2 beri peluang, dan beri hidayah kepada saya, tidak Allah jadikan saya pelajar cemerlang spm untuk dimasukkan ke AAJ kerana sebab yg sia2. dan tidak juga Allah jadikan pilihan saya untuk ke Jepun ini adalah satu yg sia2. Alhamdulillah, tarbiyah di jepun agak kuat dan hati juga sudah tidak begitu malas untuk terus belajar.

sememangnya jalan menuju keredhaan Allah agak perit, bermacam2 dugaan. bahkan,ahli keluarga dan rakan yg paling rapat juga boleh menjadi satu benteng yg menghalang ke arah jalan itu.semoga Allah permudahkan jalan kita semua. (':


menjawab persoalan, apa erti sebenar hidup kita ini? jawapan nya ada di dalam Al-Quran. bacalah. bacalah dan hayatilah, maka setiap persoalan yg terdetik di hati akan terjawab sedikit demi sedikit. insyaAllah.


p/s : mohon maaf kepada akak naqibah, saya terlepas usrah kerana pening yg agak melampau sehingga tidak boleh berdiri semalam. T__T oh, mohon maaf juga sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya. teguran amat dialu-alukan. (:



No comments: