Saturday, October 22, 2011

apa tujuan hidup ini?

salam.


saya x ada benda nak cakap. cuma mungkin boleh beri peluang untuk saya buat luahan hati kejap.


sejak 2 3 hari ni asyik terjaga x kena waktu. i mean, suddenly terjaga. SUDDENLY T__T pastu mulalah risau x ketahuan hala. hurm. 


malam. gelap. bila bangun duduk seorang diri, baru terfikir macam2. haihh~ banyak benar perkara yg difikirkan. 'baguslah, Allah kurniakan akal untuk kita berfikir, fikirlah mengenai kebesaran-Nya', ini komen seorang rakan terdekat. (':


lagi banyak kita berfikir, lagi takut kan. bukan, mungkin lagi mendewasakan. dan menjadi dewasa adalah satu perkara yg menakutkan. entah. blog yg sudah 3 tahun dewasanya ini, kalau diimbas kembali, sgt kelakar... 


cepatnya masa berlalu. dan satu respons dahsyat dari saya sambil buat mata bulat 'oh, x matangnya kamu ni dulu fin'. sigh~ memandangkan saya x dpt tidur tadi, saya ambil masa untuk membersihkan kembali, mencuci segala kenangan2 yg x perlu lagi untuk dilampirkan.sesuatu yg tidak meningkatkan keimanan. langsung.


dan juga di facebook. entah. hati mmg tidak senang melihat fenomena facebook yg bagi saya makin parah. fitnah merata-rata, gambar2 murahan bersepahan begitu saja. walhal diri ini adalah sebahagian dari itu suatu waktu dahulu. itu belum kira di social network lain mcm myspace dan friendster. zaman remaja yg sgt tak terkawal, x kenal erti takut, dan x pernah terfikir mngenai kematian dan kehidupan setelah mati. jahil. 


perhatian dan tarikan yg dicari mungkin. bukan diri tak tahu itu salah. pelajaran agama, bukan tidak cukup. hanya mungkin, desakan nafsu yg lebih kuat. pengisian hati yg KOSONG. dan dorongan yg boleh dikatakan hampir tiada. 


tudung kepala yg dipakai dulu, hanya sekadar memenuhi tanggungjawab dan undang2 sekolah. bukan kerana patuh pada perintah Allah. jadi, dgn sewenang-wenangnya dilemparkan apabila pergi keluar berjalan-jalan. sigh~ kenapa agaknya ya?  walhal di amerika sana, apabila penindasan terhadap mereka yg berhijab berlaku, mereka bermati-matian mempertahankan hijab mereka.


gejala paling hebat kini,bertudung cantik, penuh keayuan, itu yg kita kenali di luar, tetapi, dalam laman2 sosial, dgn sewenang-wenangnya melampirkan kecantikan diri yg haram ditunjukkan kepada yg bkn muhrim. haram sayang ku... kenapa pamerkan pada satu dunia?dang! saya x layak mempersoalkan ini bukan?. kerana saya adalah nur fatihin. manusia yg pernah melakukan perkara yg sama.


dan apabila terpandang remaja2 yg melepak, duduk di tepi2 jalan, berpeleseran, berdua-duan. lagi sekali, hati membenci. ingin saja sampaikan soalan itu, 'apa tujuan kamu hidup di dunia ini?'. dan lagi sekali, saya tidak layak bukan?. kerana saya lah yg berada di tempat yg sama itu dulu.


saya tawu itu. saya x pernah layak untuk bersuara. walau sedikit pon.walaupun saya pernah melakukan kejahilan yg sama, tapi saya membenci perkara itu kini. dan masih adakah ruang untuk saya betulkan diri ini? 


dulu,x pernah sekali pon saya persoalkan pada diri, 'apa tujuan aku hidup ini?' sehinggalah dtgnya soalan ini apabila saya bertemu sinaran hati, kakak2 yg disayangi yg mula2 bertanyakan soalan ini, jawapan standard yg saya bagi 
'untuk belajar rajin2, dapat kerja yg baik, kawin and balas jasa ibu bapa'

jawapan yg saya sangka dikira cukup padat dan lengkap. kakak2 hanya tersenyum.

tapi, kakak2. saya sudah faham maksudnya. tanyalah saya. tanyalah saya soalan begitu lagi. kerana saya sudah yakin untuk menjawabnya. kerana apabila saya terjaga di tengah2 malam, saya akan bertanyakan soalan yg sama. dan apabila saya bangun pada setiap pagi, juga saya akan bertanya.lagi dan lagi. dan apabila saya duduk seorang diri, dan juga apabila saya terasa hati, dan bila saya rasa saya tidak mampu nak menghadapi sesuatu lagi.  

 apa tujuan hidup ini?

tanyalah diri anda sendiri.


saya tidak mampu kembali ke masa dulu. x mampu nak membuang memori kejahilan diri. tapi, saya mampu untuk bersuara. kini,walau diulang seribu kali kelayakan diri, saya tetap akan nyatakan kebencian saya terhadap perkara2 jahiliah itu walaupun ia melibatkan rakan2 baik dan ahli keluarga. biarpun saya tidak layak, tapi biarlah ini menjadi saksi di mata Allah suatu hari nanti bahawa saya menyatakan kebencian saya kepada perkara yg dimurkai Allah. 

apa tujuan saya hidup ini?

untuk mencapai REDHA ALLAH, mencari RAHMAT ALLAH, mendapatkan KASIH SAYANG ALLAH.



satu2nya jalan yg saya yakin dapat membawa kebahagiaan yg abadi buat selama-lamanya, hanya jalan ini. jalan menuju cinta Allah

No comments: